Wednesday, December 28, 2011

SOLEKAN: dari kaca mata lelaki

salam semua,

pernah tak anda menonton iklan Dafi & Amani,yang Nani merajuk sebb Dafi tebagi bunga kat mak nani?ingat x?

iklan tu sebenarnya simple je mesej dia,umur korang dah lanjut ke..tetap cantik.
ok,hari ni time lunch tadi aku telah melihat sekumpulan wanita di KFC Persada.Bila aku cuci-cuci mata baru aku perasaan,kenapa diorang x berapa nak cantik???padahal dressup office attire ni..bile aku belek betul2..rupa-rupanya diorang yg speaking abuk ni TAK BER MAKE UP!!!!

dol,patah selera aku tgk diorang.bukan apa beb,topik yg diorang bualkan tu agak tidk kena dengan gaya..NATURAL BEAUTY!!..wak lu.


orang cantik pun make up!!!

gurls(tetiba nak memondan plak)..tolonglah jgn hegeh-hegeh konfiden kata korang ni natural beauty kalau muka dah macam mangsa periuk api..orang cantik pun bersolek...mungkin sesuai la muka korang tu untuk gi pasar tani ke,gi teman abang repair motor ke...ini haiyo..time keje kot..aku rasa wanita KFC lagi cantik drpd korang.

aku nak share gak satu bidalan kot yg mengatakan,kalau nak tgk kecantikan ister,tgklah time dia bangun tidur...korang rasa zaman skarang ni leh ke nak bernatural beauty sgt?susah beb...kalau ckp pasal make up dengan org yg warak skit sure kena carut balik,pada mereka bersolek tidak boleh ditayangkan..

ok,hari ini,solekan bukan untuk kecantikan semata-mata..tetapi ia juga adalah satu bentuk kebersihan..kalau muka dah macam buah mengkudu..pastu feeling2 kejadian alam...pastu ikut suami gi kenduri kawin sedara mara..mahu kena cerca dgn orang yg tgh makan kat kenduri tu..plzla...tacap sikit..

jgn pulak,muka tu dah bermengkudu...pastu ko blusher biru kat pipi..silap aribulan mahu jadi blueberry kat muka...

kepada awek2 diluar sana,kiranya sudah berlaki or berbf...plz mintak pendapat diorang..kalau leh honestnya...yelah,manalah tau nak gi jumpa bakal mak mentua korak make up sundal..x ke haru!!..bile laki tu dah bg idea n tegur..jgnlah perlekehkan pendapat laki tu mcm 'eleh,mcmlah dia tau bermakeup'...

lelaki zaman skarang ni,kalau boleh mmg nak awek dia bermakeup...tp xpayah lah smp 7 inci fondesyen tu..lipstik x perlulah sama merah dgn lampu isyarat...lelaki x suka.

giler apa nak berbini makeup mcm ni!!

dan ada masanya jugaklelaki suka sgt tgk muka awek dia tanpa makeup..kalau korang xpercaya..korang tanya lelaki korang...diorang syok kat korang time bersolek ke atau time natural beauty...

aku sendiri test kat awek aku,sbb aku xpernah tgk dia makeup..last2 masa ajak gi kenduri kawin..dia tau bawa diri..dia calit la sikit apa2 yg patut..manis je aku tgk.xde la memalukan aku..ini semua dilema lelaki yg slalu kita alami...

unutuk lelaki juga,hari ni...dah berlambak2 pencuci muka yg sesuai..jgnlah ko feeling rania gold rozita che wan..nanti kalau cantik..susah uolllSS

faizal tahir pun dah jadi mekanisme memujuk lelaki unruk menjaga kebersihan..kalau aznil jd model,korang xnak...ni FT dah kuar..plz cuci muka...jgn korang feeling2 ckp awek gua suka muka ganas berminyak gua...palerhotak ko..nampak sgt awek ko tu pengotor..xkan 24jam nakberlendir muka..haiyo..dunia2

lesson learn,
-kita x perlu bermakeup all the time,tp kita kena tau bile perlu make up
-bersolek bukan sekadar kecantikan,tapi untuk kebersihan
-berilah pendapat kepada pasangan masing-masing tentang imej dan pembawakan diri ke sesuatu tempat
-guna produk yg sesuai
-jgn tayang sgt wajah mengkudu anda di majlis2 berprestij tinggi

Tuesday, December 13, 2011

Pra AJL 26- Ramalan dan Pandangan

Salam semua,


Masing-masing dah tahu kan senarai akhir AJL 26.Amacam? Anda berpuas hati? xper..jgn tarik2 rambut..susah kalau nak cakap pasal lagu yang baik..benda2 mcm ni subjektif untuk dibincangkan.Tetapi lagu terbaik yg dicari dlm AJL selalunya dijadikan kayu pengukur untuk lagu pada tahun itu.Maknanya,kalau kita ckp pada tahun 1986,sememangnya lagu Sekadar Di Pinnggiran adalah lagu terbaik pada era itu.

Tapi tu semua pengiktirafan daripada mereka yang pakar.Kita ni hanya pendengar yang xdelah ilmu mana pun.So,adakalanya xperlula kita nak bising sgt sbb siapa kita nak tentukan juara milik siapa...Paperhal pun selaku penyokong kuat muzik tanahair,aku tetap ok walaupun adakalanya lagu yg dipilih itu adalah lagu yg bukan dlm kelompok faveret song aku pun..

Ok,untuk tahun ni,aku nak wat ulasan n pandangan sebelum AJL bermula..selama ni pun aku ulas selepas event,so,xnampakla ramalan aku sgt..jom,kita tgk finalis satu persatu

                       Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)

personally,lagu ni sgt mudah dari segi komposisi muzik dia.Dari segi lirik cukup ringkas dan padat dengan unsur2 nasihat.Tetapi,kelemahan lagu ini dari pandangan mata saya ialah,lagu seperti ini sudah lama ada didalam industri muzik kita.Seingat saya,ada sebuah lagu lama seakan2 lagu ini pernah wujud ketika zaman P.Ramlee lagi.Dan,jika mahu dilihat dr segi komposisi lagu ini,ianya seolah2 sebuah lagu yang setaraf dengan lagu Sandarkan pada Kenangan.Mungkin pemilihan lagu ini ke final juga disebabkan suntikan baru yang dibawa oleh altimet yg mana bahagian rapping nya seolah2 dekat dgn budaya semasa.

                                             Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

Faizal Tahir untuk tahun ni membawa perubahan baru dari segi lagunya.Untuk susunan lagu kali ini unpredictable,tidak seperti lagu beliau pada tahun2 yang lalu.Pemilihan tajuk Karma dan liriknya sgt sesuai dgn  muzik yg diketengahkan.Kekhuatiran saya ialah,apabila lagu ini tidak seimpak lagu2 lama beliau.Mudah sekali,kalau lagu tidak meniti di bibir pendengar bermakna lagu itu masih belum lawas didalam industri muzik.Good Job FT,kalau tahun ni x sangkut pun,at least ko dah bg pendedahan awal kepada pendengar tentang muzik ni.

                                                                                    Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

Ini lagu kontroversi 2011.Lagu ini menjadi mangsa mainan politik.Kita berbincang dr segi karyanya dahulu.Ikhlasnya lagu Penakut ini memberi impak yang mendalam bagi pendengar.Cumanya,ianya tidak diletakkan dalam pasaran mainstream.Liriknya semudah nama lagunya.Muziknya mempunyai komposisi drama yang baik.Cuma ianya seolah2 kedekut,dalam erti kata lain lagu ini tidak puas didengari.Dari aspek kepuasan,sememangnya didlm menghasilkan karya,karya yang kedekut adalah satu karya yang bersifat bijak kerana ia mendorong pendengar utk mendengar dan memahami lagu tersebut dgn lebih mendalam.Dari segi mainan politik industri muzik,semua orang tahu insiden AIM yang dialami oleh Yuna.DIkhuatiri lagi apabila AJL tahun ini dijadikan alasan untuk Yuna membalas dendam.Bukan untuk apa,sebaik2nya apabila sesuatu keputusan itu dibuat,perlu ada penjelasan yg kukuh.

                                                Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

Bravo to Kru sbb menghasilkan sebuah karya yang tidak ada langsung pengaruh KRU.Lagu ini menjadi siulan ramai disebabkan Anuar Zain  dan Merong Mahawangsa.So,lagu ini sedikit demi sedikit meniti di bibir peminat.Dalam kata erti lain,ini adalah kelainan yang dibuat oleh Edry.Cuma sedikit kerisauan ialah apabila lagu dendangan Anuar Zain kebanyakkan berbau melankolik,yg mana ianya terlalu klise untuk didengari.Dalam kata lain,muzik lagu ini lebih tinggi markahnya dari penulisan liriknya.

        Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

Lagu ni sechicky tuan empunya badan.Honestly,saya x berapa minat dengan lagu ini kerana ianya terlalu feminisme.Dalam erti kata lain,dari segi muziknya sahaja sudah menunjukkan kekuatan maksud ini.Ianya adalah bonus untuk Yuna mentafsirkan karya dan cerita beliau didalam lagu tersebut.Jika diamati betul2,lagu ini berpotensi menjadi lagu malar segar kerana keunikan muziknya.Saya akui lagu ini hebat walaupun sy tidak gemarkannya.

Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

Lagu terbaik APM 2011.Aku jerit time lagu ni menang sbb lagu ni mmg best.Lirik dia yang mendalam,muziknya yg sayu buat aku berangan2 nak nyanyi lagu ni time kahwin nanti.hehe.Ok,back to basic,lagu superb,lirik amazing cuma aku risau durasi lagu ni yang sedikit panjang,dlm erti kata lain lambat panas.Kita tgk mlm finale nanti,bagaimana Ramli MS arrange muzik lagu ni..x sabar rasanya.

Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Lagu baru,genre baru,nafas baru,penulisan lirik gaya baru,komposer baru dan penyanyi baru.Bersediakah anda sekiranya tahun ini lagu beliau dinobatkan sebagai juara?Kalau korang bersedia,fikirkan kembali apa yang berlaku pada Ana Raffali tahun lepas.Jika dibandingkan,lagu Ana lagi serius dari lagu budak ni,tetapi masih kena kondem.Tetapi kalau anda mahukan sesuatu yang baru,mengapa tidak Cinta Muka Buku diangkat sebagai juara?.
Ini adalah lagu generasi baru.Kalau thn lepas korang kondem Ana Raffali pastu korang tahun ni sokong Cinta Muka Buku,korang memang keji..hahaha

Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

Lagu ini mahakarya hebat.3 vokalis terbaik Malaysia bergabung tenaga untuk lagu yang sungguh tragis.
Pada mulanya,aku adalah peminat tegar lagu ini,tetapi lama kelamaan aku  merasakan yang ada yg x kena dgn lagu ni kerana aku dah rasa bosan sedikit.Jujurnya,lagu ini hanya memberi kesan smp 5 minit je,pastu xde pape dah.Dalam erti kata yang lain,lagu ini umpama lagu saduran Cinta nyanyian Ibu Kris dan Ibu Melly.Jadi,ianya hebat tetapi liganya sudah ketinggalan.Jangan salah sangka,lagu ini tetap hebat cuma ianya setaraf lagu Cinta,ciptaan seberang.

Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

I have friends just told me that this song's too cheesy.Ok,itu pandangan beliau sebb mungkin lagu ini terlalu ringan untuk didengar.Honestly,ini antara lagu terbaik yang bertanding pada AJL nanti.First,lagu ni ada cerita yang lengkap,muziknya sgt cheesy(seperti yang dikatakan) dan dlm erti kata lain muzik dan penulisan liriknya mempunyai markah yang seimbang.Cuma,point yg perlu dilihat adalah didalam penulisan lagu ini terdapat penulisan campur or rojak seperti  'overtime' & 'support bini'Tetapi,this is AJL bukannya test JULAI Bahasa Melayu.yang penting kualiti lagu berkenaan.Sekiranya lagu ini diangkat juara,bermakna penulisan lirik di Malaysia juga sedang berkembang.
Dari segi susunan vokal Monoloque & Atilia sendiri sudah memperihatkan keunikan lagu ini.Harmonizing louqe sejujurnya saya katakan ia diluar norma.


Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

Lagu ini bergenre baru tetapi ianya sedikit mendatar.Apa yang membuatkan lagu ini sedikit hebat adalah disebabkan suara Boy yang energetic.Kiranya,kekuatan lagu ini adalah ianya terlalu signature dan tidak boleh dinyanyikan oleh orang lain.Masalah yg berikutnya adalah,ianya tidak multi form,bermakna ianya seolah2 mengulangi rangkap muzik yang sama.Jadi,mampukah ia memberi impak kepada pendengar?



Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

Aizat,lu memang Aizat...Muzik sgt superb.First time dengar terus ingat orang lama skali lagu kau Jat.hurmmm.ANyway lagu ni mmg masterpiece ko kot..Siap pakai angklung lagi ni..Tapi...ada tapinya,baru-baru ni adalah try lagu ni kat karok REDBOX SoGo,lirik lagu ni terlalu cloudy la Jat..Terlalu floating,x mendalam sgt Jat..bg akula,,,Mungkin sebb muzik ko sendiri dah mampu sampaikan story kau ni.Markah Lagu memang power..lirik mcm x berapa sgt...sorry bro,lagu ni tetap jadi lagu poojaan aku..

Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

Yang ni terbalik kisahnya dengan Beribu Sesalan,Mula2 aku x gemar sgt lagu ni sbb Alyah(dia nyanyi x control kalau live).Tapi lama kelamaan makin superb plak ..SuSUnan lagu ni lain sgt2..Dalam erti kata lain,muzik lagu ni sgt bagus..energetic but penulisan lirik dia meragukan..bukanke supposedly lagu ni lagu sedih,awat muzik dia mcm memberontak.Tapi,lagu ni jgn pandang sebelah mata la...superb ni..



Anyway,jgnlah emosi baca artikel ni,It just for fun n share my knowledge about music with u guys..Kalau ada yang terkurang,sy mintak maaf..kalau ada yang setuju..just senyum je..lagipun nak gadoh2 kat sini wat per pun,Juri nanti akan berkampung,time tu diorang akan tarik2 rambut nak cari pemenang.Bukannya diorang baca pun artikel ni,kalau diorang baca pun,apalah sgt ilmu yang aku ada ni dgn pengalaman diorang.X effect pun.Nak ramal lagi?jom tgk siapa yang aku ramal

Tahun ni sengit  giler bagi aku.dah 4 tahun aku ramal,alhamdulillah hampir semuanya menjadi..kita tgk ramalan aku tahun ni..

Senarai lagu yang dijangka mendapat perhatian:

-Awan Nano
-Sedetik Lebih
-Kisah Hati-
-Kekanda Adinda
-Beribu Sesalan
-Sg Lui
-Penakut

Persembahan Terbaik:(xleh ramal,sbb kena tggu malam kejadian la)

Vokal terbaik: 3 Suara/Hafiz

Ketiga-Penakut

Kedua-Awan Nano

Juara Lagu-Kekanda Adinda

p/s:guys...again aku ingatkan,ini ramalan n pendapat peribadi aku sahaja..bagi penyanyi2 yg kot2 terbaca artikel ni.take it as kritikan membina..ok...enjoy2..happy


Friday, December 2, 2011

Kisah Klasik Untuk Masa Depan

salam semua,



hari ini,aku berkata-kata dalam tulisan buat pertama kalinya di bumi Selatan.Hampir 10 purnama aku menimba segala rencah didalam hidup ketika bertugas dibumi Timur.Adakalanya tenang,adakalanya bergolak.Udara yang aku hirup disana berbeza dengan udara metropolitan yang aku bernafas sekarang.Segalanya berubah.kerana 10 purnama itu aku berdiri diatas nama-nama ikhlas yang menumiskan lagi keseronokan disana.Dalam erti kata lain,dari Kuantan,kin ku tawan Johor.

Hari ini,dimensi berlainan.aku mahu berkongsi dengan kalian insan-insan hebat yang bersama-samaku selama 10 bulan di Kuantan.
dis is Ammar Ramlan.aku kenal dia dari zaman dia jadi Volunteer Dinotrek lagi.Menariknya tentang amar ni,dia nilah satu satunya Volunteer yg aku nampak semangat didalam dia bekerja,Dia xpernah ckp tak kalau aku bagi kerja kat dia dan kadang2 dia yang menjadi pendorong kat aku untuk bekerja dengan betul..Kalau aku ada program baru,aku nak wat trial...aku akan panggil dia untuk try skali sbb feedback dia sgt realistik..To ammar,keep it up..study baik2..aku nak kau jadi lagi better dari aku..prove it to me..

ni ialah KIT,mula-mula kenal dia sejenis direct,apa benda yang ditutur dan diakukan adakalanya diluar norma..hehe.tp bile dah kena,ada juga yang aku tegur,sampai dia menjadi orang yg aku rasa selesa untuk berbual,tambahan pula budaya kerja dia mmg aku kagum.kalau ada apa2 masalah dia akan kedepan dulu,kadang-kadang x payah disuruh..hebatnya kitaadalah dia tetap menjadi diri dia,dia sedar asal usulnya dan dia ada perncangan masa depan dia.Kit,kawin mu nanti aku try dtg tau..(org kesayangan bos aku ni)

nilah poklang @ abang adam.antara individu yang membuat aku terpikir ada lagi org mcm ni?Seorang yg sgt tenang dan bersabar.Kalau ada masalah sekalipun,dia tidak pernah meninggikan suara,Kalau dengan aku,gurauan dia sgt menghiburkan.TETAPI,abg adam ni ada sindrom obses(bukan obes) dengan gajet.kalau dia beli gajet,ramai akan risau.Tapi,prinsip aku mudah...jgn persoalkan apa yang dia beli,sbb dia tahu apa dia buat.Kalau dia xtau skali pun,dia akan belajar dr apa yg dia buat.(kan).Poklang,miss u bro

this is Hanafi Jaafar.perkenalan aku dgn dia so-so skit sbb dia ni x byk ckp..takpun dia ni tgk kawan kalau nak bercakap.heheh.(sorry nip,tercarut ko plak).Btw,dia ni aku adore sbb dia ada proper life,yelah merantau negeri org,kumpul harta dan mmg jenis x menyusahkan org.Tp malangnya,didalam mengejar nikmat dunia(carut ko lagi!!) aku jarang spend masa sgt dgn dia sbb dia ni bekerja x hengat..hehe,bukanla,jadual kerja dia lain..kdg2 shift malam..kdg shift siang..so,enjoying with friends to terbatas sikit.But impressively,dia ni pandai meng imitate mana2 karektor dlm movie.yg paling epik 'ooooooowwwwwwww'..korang try lepak ngan dia,pastu request buat mcm kucing kat dlm citer puss in boots

 hehehe..abg ni namanya Acap...bibir dia macam FUMAKILAFAIRY..hahahahok,back to bisness...perkenalan aku dgn dia bermula dgn insiden yang x berapa baik.but,we getting closer day after day n i put my believeness on him..kadang2 kami share problems,nasihat each others,carut each other..yg best nya pasal mamat ni,kalau kita carut dia,dia bukan sejenis carut balik..dia sejenis melayan..naik tangan,belum lagi..orangnya pun pujaan ramai,dan dia agak keras kat dalam,n bagi aku susah nak sentuh hati dia ni.
miss u bro

nilah watak utama dlm kumpulan ni.tunjang yang sbnrnya seronokdikenakan..he is nice guy..nama dia sepul.he is my senior during  study period..dulu,biasa2 je kalau borak time uni,skarang....sejajar dgn usia,harusla mengkritik antara satu sama lain.he is superb talented...he can sing,cook even pose like Ann ward.Byk  cerita yg pernah aku kongsi dgn dia..the best part of him..he is the guy among my colleague who can whistle..(tears)
mamat ni aku menitis skit kalau nak bercerita pasal dia.td baru dia mengadu,selepas pemergian aku dr kuantan,dia nampak kelibat aku,tp bukan aku..then,dia sebak..aku jawab balik"Min,aku masih ada disana,kat hati korang"..Muhaimin aku kenal setahun lepas di kolam renang awam kuantan.masa awal perkenalan pun dah ada masalah,masing2 mcm x ngam sampaila bila jumpa balik n geng dgn budak2 nakal lain.masa tu baru kami rapat.Min sama mcm sepul,pandai sgt masak.Byk makanan diorang masuk kat perut aku..dan sebb diorg tereer aku melantik mereka berdua sbg tukang membuat kek dihari perkahwinan aku.boleh min?hehe...teringat time aku raya aji sorang2,min lah yang ajak aku beraya pagi tu...then hasut wat plan giler...MIN,aku sayang sgt kau..xde kedua buat kau...

byk lagi orang yg aku syang,tp untuk kali ni...aku share dgn orang yg x dijangka-jangkakan menjadi sahabat terhebat aku di Kuantan.

Sampai jumpa kawanku,Smoga kita selalu menjadi sebuah kisah klasik,untuk masa depan



p/s:love u guys