Sunday, August 28, 2011

Jumizah Samsudin

dedikasi ini sempena perkahwinan beliau pada 3 September 2011


Tuhan,terima kasih kerana menciptakan seorang insan yang cukup bermakna didalam hidup kami.Sempena perkahwinan beliau nanti,saya ingin mendedikasikan slot ini untuk beliau.Bukan bertujuan untuk mengaibkan dan juga mendewakan sesiapa,tetapi tujuan slot ini adalah untuk menghargai beliau sepanjang perhubungan ku sebagai sahabat dan juga adik kepada seorang kakak..

hari istimewaku,13 OGOS 2009-graduasi

Bermula dengan perkenalan dialam universiti,wanita ini telah menarik perhatianku ketika membuat persembahan didewan SK 2,PP Sains Kemasyarakatan,USM.Bertitik tolak dari situ kami berkongsi minat yang sama,Muzik.Aku pernah sebaris diatas pentas bersama beliau,Berkongsi lagu-lagu gembira dan sedih.Menyokong diantara satu sama lain.Masih ingat disatu masa ketika menyertai konsert Jazzband,beliau meminta kerjasama kami(ahli-ahli Jazzband) untuk menyanyikan lagu Birthday untuk kawan baiknya melalui panggilan telefon.Sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan,kawan beliau berkata "Jumi,arini bukan birthday aku" Berdekah satu ruang makan apabila melihat insiden itu.Peristiwa itu antara titik awal aku mula rapat dengan beliau.



Beliau merupakan kakitangan Usm yang sgt membantu kami.Beliau tidak pernah memanjakan kami,malah beliau mengajar kami akan selok-belok dunia pentadbiran yang perlu diikuti oleh mahasiswa hari ini.Segala masalah pelajar,akan dikongsi bersama.

 busking jalanan bersama Dewan Budaya USM

Pengalaman ku cukup indah,kami pernah menjejakkan kaki ke Ujibakat Akademi Fantasia musim kelima.Kedua-dua diantara kami layak hingga ke stage akhir.Cukup menyeronokkan..Dunia muda kami sgt giler.Adakalanya kami melakukan sesuatu bagi mencipta kenangan yang istimewa.Melepak hingga ke lewat malam.Berkaraoke 24jam.Menjadi hos & emcee ketika Dinner SK.Menemani beliau menyiapkan kerja dipejabat sehingga lewat malam bersama kawan2 lain.


Duka beliau adalah milik kami,duka kami adalah milik beliau.Ada disatu masa,ketika beliau mengalami masalah didalam perhubungan beliau.Aku & Zoey menjadi kaki dan tulang belakang didalam hidupnya.Benar,perempuan ini berhati waja tetapi disudut hati,beliau masih seorang wanita.

Setelah aku meninggalkan alam universiti,impak benar hidupku tanpa beliau.Pernah beliau nasihatkan kami "hangpa akan alami seperti mana aku alami sekarang ni,kehidupan" cukup memberi kesan kepadaku. Tetapi,aku percaya bahawa perhubungan,persaudaraan, dan persahabatan tidak akan terputus sekiranya ia dilakukan dengan ikhlas.Benar,semenjak aku meninggalkan USM..kami masih berhubungan seperti biasa.Cuma adakalanya,bila terlalu sibuk..kami terlupa akan satu sama lain.Tetapi alhamdulillah,dunia siber tidak pernah berhenti menghubungkan kami.Sejauh mana aku pergi, pasti aku berkongsi cerita dengan beliau.

Mungkin ada yang ragu-ragu dengan perhubungan kami.Tidak lebih dari kasih seorang kakak kepada seorang adik. Aku sendiri tidak pernah memiliki seorang abang dan kakak.Jadi beliaulah kakak dan idola aku.

Ketika aku dikhabarkan akan perkahwinan beliau dengan jejaka JoHor ini.Aku tidak putus-putus mendoakan kebahagian beliau.Sememangnya,aku mengharapkan beliau memperoleh teman hidup yang soleh,memahami dan boleh menjaga beliau.Akhirnya jodoh kakak ku,Jumizah Samsudin adalah dengan Kamarul Hafiz Omar (Khafi)


Kepada semua pembaca,niat saya cukup mudah.Saya mahu meluahkan kasih sayang saya kepada kakak saya yang terlalu banyak berkorban dan mengajar saya didalam menghadapi dunia sebenar.

Kepada kakak yang saya sayangi,hang pasni jadilah isteri yang solehah kerana hang melangkahkan kaki ke alam baru.Tetapi hang jgn sesekali menjadi orang lain..Kami bahagia melihat hang gembira disamping orang tercinta

Kepada abang ipar,hang bertuah kerana hang memiliki the only JUMI in te world.Hang xkan jumpa wanita macam dia kat tempat lain.Hang jaga dia elok2.Kami akan sentiasa mendoakan kebahagian hangpa berdua.

p/s:untuk coretan nakal dari seorang adik

Kakak ada BF!!!
shame shame,x malu
Kakak ada BF!!!
shame shame,xmalu
Kakak ada BF!!!
 shame shame,xmalu
Jumi love Khafi!!!
shame shame,xmalu
Jumi love Khafi!!!
shame shame, malu
Jumi love Khafi!!!

my best KAKAK











Saturday, August 27, 2011

IFTAR di Padang MPK 2

Salam ramadhan semua,

lagi beberapa hari lagi ramadhan akan meninggalkan kita dan syawal pula akan tiba.Jadi pada saat-saat hujung ramadhan ini,biasalah ramai yang membuat persiapan nak raya.Manakala untuk aku pulak,tahun ini aku try nak balik raya time hujung-hujung puasa.Biar ada thrill skit.Ok..Hari ini aku nak share beberapa gambar yg mana aku dan kawan-kawan aku berbuka di Padang MPK2,Kuantan.Apa yg special sgt??

 makanan kami yg ringkas..tidak termasuk selipar dan lutut
 gagah bergambar...lg 15min
 ramainya umat!
 subhanallah..panorama yang indah
 PARAM-PASAR RAMADHAN
 masjid tiap2 minggu aku smayang jumaat

 uda lee marcel

 matkit

 ammar ramlan

uda jr

menarik dan ajaibnya warga kuantan,ketika sebelum berbuka,kawasan padang sgt meriah dan bising..tetapi sebaik sahaja azan berkumandang..kawasan padang tersebut menjadi sunyi sepi.Antara kebesaran tuhan yang aku saksikan sendiri.Tiada langsung bunyi tangisan anak kecil,hilai tawa..Menariknya lagi apabila sessi berbuka puasa ini dijalankan sekitar 10-15min kerana ramai yang beredar untuk pulang dan menunaikan maghrib.Cayalah org kuantan!

Disini,ingin aku berkongsi pengalaman berbuka disatu Medan Selera terletak di tgh-tgh ibukota Kuala Lumpur,yg mana tempat ini menjadi tempat lepak aku ketika dialam persekolahan.Aku pernah memaklumkan kepada keluargaku bahawa tempat ini panas seperti neraka.Satu hari,ayah mengambil keputusan untuk berbuka disana dan apa yang membuatkan aku tidak selesa adalah,disitu adalah port org x puasa yg paling besar pernah kulihat.rata-ratanya,anak muda melyu ISLAM...apa yang menyedihkan lagi,ketika azan berkumandang,para pengunjung (majoritinya anak muda) mula bersorak sehingga menenggelamkan laungan azan.Lantas ibuku berkata;

"now,ibu dah tahu naper tempat ni kau panggil NERAKA."

p/s-bukan cadangan aku yer untuk berbuka kat tempat sebegitu...walau apa pun,bravo warga Kuantan!!!


Fasa Manusia Dihari Lebaran

Bayi

Tak banyak yang kita ingat waktu kecil ni.Tetapi,kita dianggap rezeki oleh ibu bapa kita ketika lebaran.Maklumlah,semua excited kat kita..Baju raya pun mak bapak nak yg terbaik.Kita diusung kesana-kemari pun dpt duit raya.Senang citer gi mana2,mmg dpt duit rayalah.Cuma kadang-kadang,terpikir mana gi duit raya tu.

Kanak-kanak

Time ni dah ada akal.Yelah nak seronok je tau.Menolong mmg xkanlah..Tp time ni jugak br nak belajar poser.Mula2 setengah hari,pastu leh satu hari.Yg kelakarnya,kdg2 biler terlalu penat sanggup tidor atas simen sbb sejuk.Kul 6 dah duduk depan meja,lentok2 lapar.Kelakar betul.Time shopping raya,janji cantek..siap ada sesi raptai pakai baju raya lagi sbb bagi kanak2 time tu diorng leh berlagak..Mercun n bunga api dah ganti permainan harian mereka.

Remaja

Malam-malam sms awek,kata kat mak gi terawih padahal dating hujung simpang.baju raya kalau boleh nak branded..x main la kedai2 kat pekan..mesti nak beli kat bandar.Kalau x dpt baju branded muncung mulut leh sangkut baju dah.Kalau beraya berjalan pun,langkah dah jauh..yelah,belajar dah jauh..kawan dah jauh..xmain dah raya umah jiran atau tok penghulu

Dewasa

Time ni dah kureng skit sebb semua kena buat sendiri.kalau bujang nasibla...kalau dah kawin meriah skit.tu pun chill2 gadoh nak blik raya mana.Fasa ni jugaklah korang dah kena bayar zakat.Yelah,dah kejer kan.Duit gaji ketepikan sikit untuk mak abah,duit raya bebudak lagi.barulah raya korang bermakna.

Oldfolks

Season ni,kita just nak tgk anak cucu pulang ke kampung je.kalau cucu2 tu memekak kat umah pun xpe.biar seronok...time nilah jika dibandingkan dengan org yg tgg anak cucu yg x balik..sedih woo..Time ni dah relaks2 ngan keluarga.

p/s-ingatlah orang tersayang,pulanglah beraya bersama keluarga..dedikasi untuk anda


Friday, August 26, 2011

Petrosains Science Show Competition 2011

Hi guys,

Hari ni aku nak cerita pasal Sc Show.korang tau apa itu Sc Show?....xtau plak...Magic Show?Ping Pong Show?
Expertise masing2..yg knowledge mesti xtau.Memandangkan aku dah bergelumang dgn dunia Petrosains ni,aku kena share la ngan korang apa itu Sc Show..Sc Show adalah cara mengajar sains kepada sesiapa saja dengan kaedah pertunjukkan..ko nak berlakon ke,kaedah memasak ke,monolog ke,menyanyi ke..terpulang janji penonton mesti faham sains konsep yang dipersembahkan.Ini antara standard sc show yg selalu ada kat Petrosains..

ni bukan petrosains punyer,ini contoh sahaja

Btw,memandangkan Sc Show agak baru di Malaysia dan ianya adalah core bisnes kami,Petrosains telah menganjurkan Petrosains Science Show Competition bg edisi 2011 bertempat di Mount Kiara,Kuala Lumpur.Pertandingan ini terbuka hanya untuk pelajar2 sekolah menengah sahaja.Menariknya pertandingan ini,mereka akan mempersembahkan show mereka mengikut kreativiti masing2..untuk pertandingan kali ini,aku akan uploadkan apa yang berlaku:


Penonton-penonton yg havoc 




 orang-org belakang tabir


 time ni emcee Final-aku,Hana & Zul

bersama juri jemputan Mejar Dr Faiz.berpeluh aku bergambar dgn dia..

akhirnya untuk pertandingan ini,Temenggung Ibrahim Girl School telah dinobatkan sbg Johan Kategori menengah atas manakala,Smk Bukit Mewah mengungguli Kategori Menengah Rendah.U guys terbaik..

p/s:sorry guys,x byk gambar nak share sbb aku jd emcee di hari kejadian,hari semifinal jadi lightingmen...so xde nak jimba2 sgt

Wednesday, August 24, 2011

Journey To Mabul

Hi guys,

As per usual, setiap tahun aku akan mendapatkan mana-mana usaha untuk bercuti.Mcm tahun lepas,dengan dateline yang hampir sama,aku telah berlibur di Pulau Tioman.Pada edisi tahun ini,aku dan juga rakan-rakan sepejabat telah hampir membuat kerja gila dengan bercuti ke Mabul,SABAH.


nak cuti???????????..i pun nak join skali

Sebelum nak pergi ni pun,byk sgt isu yang timbul.Maklumlah,bile big bos mcm xberapa nak bg cuti kat kitorg pergi,tapi gagahkan telinga & tebalkan muka jugaklah dibuatnya bila sessi touching2 melanda.Akhirnya kami pun berjaya jugak pi.Nak tgk siapa yg ngepi..

nilah geng-geng budak nakal..memang kena blacklist la..

NAMUN,seperkara yg perlu diingatkan..ketua kami merangkap Fatin Hamamah telah membuat langkah 'bijak' tatkala menempah tiket kapal terbang.Beliau telah membeli tiket kapal terbang menuju ke Kota Kinabalu yer bg tujuan memperoleh permandangan indah sepanjang perjalanan.Nmun masa yg dipilih tidak beberapa sesuai yer,apabila perjalanan kami yang mengambil masa selama lebih 8jam itu terpaksa ditempuh pada waktu MALAM.sight seeing katanya!!! sangat laa

Untuk perjalanan 8 jam itu pula,ianya dipandu oleh 2 jurupandu ala-ala bohjan iaitu IPIN & aku sendiri.Seronokkan gadis2 tersebut,tetapi nak wat camne,kena adil la..diorang dah tempah kan bagai2 untuk kitorng,kitorang jadila drebar pulakkan.

Sepatutnya,sekiranya anda ingin ke Mabul,anda perlulah menaiki pesawat yang berhenti di Tawau.jadi xdelah anda menepuh daerah Bundu Tuhan dan gamaknya lagi.Tetapi,kalau anda sukakan sesuatu yg mencabar seperti geng-geng giler ini..bolehlah anda mencubanya kelak ye...(amaran awal,sepanjang perjalanan plz bw GPS).FYI,Pulau Mabul terletak di daerah Semporna.Semporna ni sgt rare sebb dia mcm satu teluk yg sgt besar dan sgt cetek.Eventhough ada rumah kat atas laut pun,tetapi laut dia tetap bersih.Hebat giler mentaliti org sana,sbb diorg betul2 jaga alam sekitar.Nak ajer aku edar membership Alam Sekitar Petrosains.

jauh seh!!!dr kiri ke kanan..

sekarang ni aku tak nak membebel lagi..tgklah koleksi perjalanan rare kami..ok!

 ini adalah chalet tempat kami menginap-RM 70 satu malam


 ni bilik anak dara yg bersepah..sory gurls,bilik korang jd contoh..toilet dia terbaik sbb air mandi korang tu akan terus jatuh ke laut..maknanya ikan-ikan akan makan daki-daki korang


 kalau kat semenanjung ni,dah sama kaler ngan air bancuhan water kaler


sebelum memulakan 8 jam perjalanan,kiranya br smp KK..time maghrib ni!
TERIMA KASIH ATIN!!

 berjaya jugak aku berpijak di Mabul ini!

 makanan seafood yg x boleh dinafikan kebestannnya

 diatas bot abg rambut kembang

 ni adalah local boy yg bertelanjang..diorang punya sampan adalah ukiran batang pokok je..tp diorang mmg mesra pelancong..gambar b&W ni bertujuan mengaburi mana2 bahagian yg tergantung

 aku sendiri x tau jalan utama masuk mabul ni..aku rasa yg ni kot..sebenarnya mabul dikelilingi oleh chalet..kalau korang dtg,bot2 ni akan bw korg ke chalet terus..so,byklah jeti yg leh masuk pulau

ni interaksi antara geng gile ngan geng togel

sebenrnya,ada byk lagi gambar tetapi ianya terlalu mengaipkan sprt menaikkan hasil tangkapan ke dalam bot,muka-muka menguap...sbb aku byk ambil gambar yg x berapa sesuai untuk dimasukkan kedalam blog.(faham-faham ye)

walaubagaimanapun,trip ini sgt teruja sbb dr dulu lagi bila aku tgk pulau mabul kat Tv,aku selalu bygkan..smpai ke aku kesini nanti?..akhirnya,berkat kesabaran dan kegilaan idea2 semua pihak..berjaya juga aku kesini..kalau u guys nak tau berapa bajet ke Mabul secara keseluruhan,ianya adalah sebanyak:



less then RM 478.00

so,kalau ada mana-mana nak bercuti ke sini,sila ikuti tips ini:

-bawa makanan sendiri kalau u guys choosy,tp kalau boleh belajar menerima makanan org lain
-pergi dgn orang yg betul2 rapat supaya bila berlaku masalah,korang xde stress2 tarik muka
-perjalanan 8 jam tu sebenarnya menarik sbb perjalanan itu akan melalui kaki Gunung Kinabalu(tp xde gambar)..aku siap tanya Ipin,betul ke tu Gunung Kinabalu..mahu si Ipin lempang aku biler tanya banyak kali.
-sila isi minyak awal2 dan buang air awal2,sbb kat sana xde kawasan RNR..stesen minyak pun bercinta kalau korang nak cari
-mulut jaga!!!
-amik gambar banyak2..sbb Semporna & Mabul ni dah mcm kat alam lain.
-respek local people.
-jaga kebersihan(malu jer)
-kadang2 ada bebudak mabul yg berani mintak duit kat pelancong..jd,jgn layan n blah..kalau korang stay..dia akan tgg je

ok..yg lain tu comment sense la...jaga diri elok2...

p/s:jauh mana korang gi,solat jgn ditinggalkan

Corak Tahunan

Salam semua

Akhirnya,baru aku dapat mencuri masa untuk menaip setelah sekian lamanya berehat menulis.Im not totally free,but still berjaya menulis gak.Ada juga member2 yg dok maki aku untuk teruskan menulis,now im back.Kalau x baca,aku pelangkung sorang2.

hehehe..Gurau ramadhan.Now aku dah perasan yang setiap tahun dalam pertengahan tahun mesti aku busy tahap gaban smp lupa aku nak share citer2 yg menarik.Kalau ikutkan,mcm2 aku dah lalui dlm tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.xper,untuk yg kali ni..aku share secara rambang apa yang akan aku citer dlm post2 akan dtg..

-Journey to Mabul
-Sc Show Competition
-Ulasan-ulasan Movie
-Raya 2011
-Wedding of the Year
-Pengaruh Muzik
-University of British Columbia,Canada.
-Bali,Amsterdamn or Paris.

then macam-macam lagi la,takut terlepas pandang..tapi kalau korang ada persoalan mengenai kehilangan aku..jgn segan2,PM je kat Fb aku...

ok,aku akan share tentang apa yg berlaku dlm first entry yg pertama.

c u there.