Saturday, February 28, 2009

Letter to my DAD!!

kepada ayahku.

sesunngguhnya ankmu ini ingin mengucapkan terima kasih kerana menjadi ciptaan tuhan yang terbaik, yang hadir dalam hidup anakmu ini.walaupun anakmu ini tidak semesra anakmu yang lain,tapi jauh dilubuk hati,anakmu ini meletakkan segunung kasih kepada mu.biarlah kita lepaskan apa yang perlu dilepaskan,kerana anakmu ini tidak tahan menanggung rindu, berpura-pura mengabaikan mu...ayah...D sayang ayah!

ingat x masah kecik2,ayah main cowboy ngan D kat atas katil....ibu hanya tersenyum...tp hari ini,D bergaduh dgn ayah...ibu pula yang sedih melihat 2 org yang dia kasihi ini bersengketa...

ayah,malam td D mimpi ayah dah tiada.Ayah pergi ketika D konvo...hari yang cukup sempurna bg graduan2 seperti D bersama keluarga.Dlm mimpi tu,ibu suruh D amik gak transkrip tu dan baru blk tgk jenzah ayah....tp x sempat ayah,ayah dah dikebumikan, D x sempat kucup ayah....D xnak jd begitu..

Biarlah masa depan D terkubur,kena tendang dengan ayah,kena pukul,caci mahupun dihalau rumah...tp D xnak terlepas saat mengucup dahi ayah bila ayah tiada lagi....

D tahu,kalau ayah baca blog ni pun ayah akan senyum kerana ayah tau yang anak ayah yang degil ni dah nak dengar ckp ayah...Ayah,D taip blog ni pun dengan air mata....cukup lama D simpan air mata jantan ni...akhirnya mengalir juga disbbkan ayah..tp ia berbaloi sbb D sedar siapa ayah didalam hidup D...mimpi malam td benar-benar menakutkan D, ayah!D sayang ayah!!

sekian,

ANAKMU

MOHD RUSDI REDZA BIN MAT ROSLI

Friday, February 27, 2009

Ujibakat Bintang USM 2009

salam semua,

finally,debaran ujibakat Bintang USM 2009 telah berakhir dan pendek kata memang memenatkan.
memang setiap ujibakat ataupun pertandingan,aku memang particular bab2 suara khusus di waktu pagi dan pada 26/2 itu,aku sendiri bangun awal untuk melawaskan suara,kalau tidak suara akan jadi berat ketika menyanyi.aku mmg x nak audition ptg sgt coz takut penat.kalau ada peluang utk pagi,aku gi.then,aku kejut kwn2 aku yg lain,sbb diorg pun join skali seperti Bell N Fit.Kitorang decided to have our breakfast in Tmn Sardon n fetch Tania in Khaleel then directly heading to Studio Tari,(the audition room).

setibanya disana,kami disambut dengan persembahan nyanyian lagu Gemilang.....fuh!! terus cuak!
apabila masuk kami melihat sederet peserta wanita yang hadir untk diuji bakat. TIBA_TIBA kelihatan yusuf yang merupakan Johan Bintang USM kategori asli yang turut mencuba nasib pagi itu.Beliau mendendangkan lagu Harapan from Fazli Zainal.Memang mantap vokalnya...bgmana pulak dengan vokal aku ni yang sekadar di pinggiran..hahaha

then,among us aku yang start dulu...nasib baiklah band mate Dewan Budaya ni kenal aku,takdelah aku segan sangat...TIBA-TIBA,Azmeer pulak masuk,nak tgk ujibakat ni plak..
aku cuak lagi la...tp aku redah jer....mula2 memang ok,tangkap syahdu...bila masuk add lips....SEDIH!!!!!!!!!!!!!! tak sama mcm karaoke version....huhuhu...memang pelik bunyi...abis audition terus duduk...malas nak pk...kalau dapat,dapatla....kalau x dpat,lantakla....bunyi mcm mengharap je???
huhuh

tp bakat yang lain x leh tutup mata...ada 1 chinese gurl yang amazing gile....dia cakap loghat cina asli punyer.....skali dia nyanyi lagu GEMILANG by Jac....i just leh cakap......PERFECTO!!!!!!
memang ke final minah ni!! superb....korang nanti tgklah kat final nanti!!!
so,malas nak pikir.....kalau ada rezeki,aku post! kalau xde post,jgn tanya aku...kot2 nak makan gitar atau mic stand,tanyalah!!!
hehehe
gurau je!!!

sekian,
ART

Sunday, February 22, 2009

Tahniah !!

salam semua,

terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada semua,(ada ke peminat?) kerana terlewat menyiarkan isu-isu menarik kerana 2-3 hari ni kesihatan saya agak terganggu.Jadi setelah sembuh dari demam,saya telah menghadiri ujibakat WCPA 2009 yg diadakan di Queensbay Mall petang td,tetapi terlebih dahulu sy ingin memaklumkan bahawa kehadiran saa bukanlah untuk menyertai ujibakat ini tetapi sekadar ingin menyokong beberapa orang teman yang terlibat.

sebaik tibanya disana,saya disajikan dengan halwa telinga yang agak baik kerana seorang peserta wanita sedang asyik menyanyikan lagu asli.walaubagaimanapun,saya begitu yakin bahawa didalam kategori nyanyian ini,Malaysia sukar unuk menghantar wakil dari golongan amatur kerana diperingkat antarabangsa nanti,kita akan berhadapan dengan pencabar-pencabar dari negara2 luar yang mempunyai bakat-bakat hebat.bukan tidak yakin dengan bakat tempatan.Tetapi perlu ada bakat2 yang berprestij tinggi untuk mewakil Malaysia.

kehadiran saya di Queensbay Mall itu adalah untuk melihat bakat seorang penari muda yang agak hebat diatas pentas.Dalam kategori tarian,ianya menampilkan persaingan antara Shalina dan Nato.Shalina yang juga merupakan penari terbaik festival zapin 2008 (MAKUM) mempertarungkan zapin sarawak manakala Nato pula memilih Zapin Kontemporari sbg pilihannya.Kedua-dua bakat ini mempunyai keistimewaan mereka sendiri,sehingga ada dalam kalangan penonton memerikan tepukan gemuruh kepada mereka berdua.

Akhirnya,mereka berdua terpilih untuk ke peringkat seterusnya di Kuala Lumpur.Perjalanan mereka ke Hollywood telah bermula dan akan turut dicatatkan didalam blog ini.Tidak lupa juga saudara Johanis kerana terpilih keperingkat berikutnya didalam kategori Lakonan.Diharapkan,ada diantara mereka mendapat tempat unutk mewakili negara.Tahniah dan selamat berjuang!!

sekian,

ART

Thursday, February 19, 2009

Vokal Terbaik

hi guys,

setelah tugasan kampus ku hantar pg td, aku mempunyai masa yg sgt panjang untuk fokus dengan blog aku ni.Hurm,menulis dan mengkritik tentang seni bukan senang apatah lagi aku yang tidak mempunyai didikan mendalam tentang bidang ini.Tapi aku percaya,pandangan org biasa seperti aku lah yang meletakkan harga sesebuah karya dan bakat kerana dunia seni memang prejudis.Hari ini aku ingin bercerita tentang vokal2 gila yang pernah aku dengar dan mampu membuatkan aku memberikan standing ovation kepada mereka.Walaupun mempunyai vokal yang baik,tak bererti aku adalah peminat mereka.Kita semak satu persatu...

1) REGINE VELASQUEZ


Merupakan penyanyi kelahiran Filipina yang telah menempa nama sealiran dengan zaman kemunculan Francessca Peter,telah bertahan sehingga hari ini menjadi diva terulung di rantau Asia.Beliau pernah berkolobrasi dengan beberapa nama besar seperi Jim Bricksman,Blue,Patti LAbelle, dan pelbagai lagi.Belia juga digelar Asians Songsbird dan pernah mengalahkan Celine Dion didalam Yamaha Music World contest.Beliau mempunyai arrangement vokal yang sgt luas dan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan ton dan nada tinggi.Antara video-video hebat yang pernah menjadi tontonan dunia didalam Youtube adalah persembahan I Dont Wanna MIss A Thing,I believe, If I Ain't Got You,All By Myself dan byk lagi.

2) ANTHONY FEDOROV

Beliau merupakan finalis American Idol bagi musim ke4.Kemunculan beliau dipertikaikan kerana mempunyai imej Clay Aiken(nerdy). Walaubagaimanapun, anak kelahiran Ukraine ini telah menghangatkan pentas American Idol dengan vokalnya yang persis seperti Marc Anthony dan Clay Aiken.Belian pernah membuatkan SImon Cowell terpaku dengan persembahannya ketika menyanyikan lagu Celine Dion,I Surrender.Semenjak itu,walaupun beliau tidak ke pentas akhir,beliau tetap memiliki bakat,pesona dang pengaruhnya sendiri.Inilah bakat sejati dari Ukraine.Beliau juga pernah menyanyikan lagu kebangsaan US (national anthem)ketika perlawanan ragbi di Chicago.Tapi malangnya,beliau masih tidak memiliki album dan single.


3)DARYL BRUNT

Juga lahir dari program realiti iaitu Canadian Idol bagi musim ke3. Kemunculannya agak menarik perhatian orang ramai apabila beliau mempunyai ton suara seorang wanita.Di sebalik wajahnya yang comel,beliau digelar Mariah Carey versi lelaki.Walaubagaimanapun,bakat yang dimiliki oleh anak muda dipertikaikan status seksualnya kerana dituduh sebagai pengamal homoseksual.Disebabkan kontroversi ini,beliau mengambil keputusan untuk berudur dari dunia seni.Antara persembahan terbaik beliau adalah When You Believe dan Taited LOVe.





4) Jaclyn Victor

Siapa tidak mengenali beliau?Secara umunya,rakyat Malaysia mengenalinya kerana memilih juara sulung Malaysian Idol.Kehadiran beliau di persada muzik tanahair bukan sekadar untuk meraih populariti,tetapi beliau merupakan satu dimensi angkatan baru yang membuka mata orang ramai akan kepentingan bakat.Beliau pernah menyertai Shanghai Music festival,IKON,Asian Idol dan pelbagai lagi pertandingan bertaraf dunia.Disini,keunikkan Jaclyn itu sendiri yang membuatkan saya memilih beliau sebagai antara pemilik vokal gila didalam dunia ini apabila berupaya menggunakan mic dengan jarak yang jauh.Hanya beliau dan Patti Labelle sahaja yang pernah melakukan aksi sebegini.




bersambung.....

ART

Kerispatih vs Fazli Zainal = Anuar Zain

salam kalian

mesti hairan kan tgk tajuk blog ni? apa kena mengena diorang dengan blog ni.hehe..bukan apa,aku try belek2 paper kot2 ada isu best yang boleh kita kongsi bersama2,namun tiada yang menarik hati.Seperti lazimnya,isu skandal,isu rasuah,isu Mawi Ekin loya,isu renjer pegang kemaluan singalah semuanya hanya sekadar mahu menghangatkan pasaran akhbar.dan itulah,yang menjadi sebab saya memilih untuk menjadikan kisah hari ini sebagai isu yang boleh dibincangkan didalam blog saya ini.

kerispatih????Fazli zainal????Anuar Zain???? apakah semua ini?related dgn saya ke?oh no,its not.
sebenarnya saya sedang membuat persiapan untuk menghadapi ujibakat Bintang Usm y akan dijalankan pada hari Khamis minggu hadapan.Sebelum ini,pihak penganjur telah menyenaraikan 24 lagu yang boleh dipilih untuk dinyanyikan ketika sesi ujibakat it nanti.Sememangnya,saya telah membuat pilihan iaitu untuk menyanyi kan lagu Kerispatih iaitu Tapi Bukan Aku.Saya telah membuat persiapan dengan latihan gerak gempur yang saya sendiri lakukan dengan memperkasakan nyanyian saya terhadap lagu ini ketika cuti minggu yang lepas.Sementelah berada di USM,saya mempersembahkan lagu ini kepada rakan2 yang lain untuk dinilai...tapi malang skali apabila mereka lebih tertarik dengan nyanyian saya ketika mendendangkan lagu Fazli Zainal.Jadi disni wujudlah konflik dalaman iaitu saya bertarung dengan prinsip saya sediri.

Ini kerana jiwa dan hati saya lebih serasi dengan lagu Kerispatih sedangkan persembahan vokal saya lebih bagus apabila mendendangkan lagu Harapan(kata-kata kawan yang lain).Jadi saya mengalami dilema ini selama 2 hari.Dan ketika hari ujibakat di peringkat Desasiswa Restu,saya mengambil keputusan menyanyikan lagu Anuar Zain iaitu Lelaki Ini.dan saya berjaya melakukannya dengan baik.SYukur alhamdulillah.

kini,saya tidak pening sekali lagi kerana saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan juri ketika sesi ujibakat nanti...(tp still takut ngan Azmeer)jJadi doakanlah saya berjaya sehingga ke peringkat akhir.Mudah-mudah ada rezeki di akhir tahun saya ini.

Sekian,

ARt

Wednesday, February 18, 2009

World Championship Of Performing Arts 2009

salam kalian,

mungkin ramai yg tidak tahu mengenai WCPA 2009 ni, tp kalau saya nyatakan penglibatan Malaysia dlm bidang ni, usahlah dipertikaikan kerana sememangnya kita antara negara yang berbakat.Secara umunya, WCPA merupakan olimpik didalam bidang seni,semenjak penglibatan kita beberapa tahun sebelum ini, Malaysia telah berjaya meletakkan namanya sebaris dengan negara-negara besar yang lain,misalnya seperti tahun lepas apabila kita berjaya membawa pulang 27 pingat emas dan ia merupakan antara rekod terbaik kita.Tetapi apakah sebenarnya yang ditawarkan didalam acara besar ini?

WCPA menawarkan pertandingan didalam bidang persembahan vokal, musik instrumen, lakonan, tarian , modeling dan sebagainya lagi.Dan pada tahun ini juga,WCPA membuka penyertaannya kepada orang ramai yang mempunyai bakat2 didalam bidang ini.Sy tidak begitu pasti akan lokasinya kerana apa yang pasti sesi ujibakat akan diadakan pada 21/22 Februari ini di Queensbay Mall,Pulau Pinang.

Dan untuk perkara ini juga,saya menggalakkan beberapa kenalan seperti NAto, Aimee, Jumizah, Andy n Nawwal untuk menyertai ujibakat ini.Kerana peluang seperti ini amat sukar diperolehi.

Sekian.

Art

Tuesday, February 17, 2009

Proton Exora - Malaysians MPV


salam kalian,

hari ini,satu kejutan berlaku apabila Proton Mpv telah diberi nama sebagai Exora.Syabas bagi mereka yang menang kerana memiliki proton MPv secara percuma.Disini,selaku warganegara Malaysia,saya berbangga diatas pencapai proton yang telah berjaya mencapai satu tahap baru dengan melahirkan MPVnya sendiri.

bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia automotif,sudah pasti telah mendengar kehadiran keluarga proton baru ini sejak awal tahun lalu.Berita baik ini turut diikuti oleh bapa saya, yang sememangnya bercadang untuk menambah sebuah lagi kenderaan.Jadi desas-desus kemunculan Proton Baru ini telah membuatkan ayah saya untuk memilih MPV terbitan proton sebagai pilihannya. Jadi ayah saya telah membuat tempahan awal, dan hanya menunggu waktu keluarannya sahaja.Jadi selepas ini,sy sendiri berpeluang mengendalikan MPV baru keluaran proton.

Apa yang menarik mengenai MPV ini selain harganya yang sgt berpatutan adalah ruang panel meternya kini adalah digital dan mempunyai skrin lcd untuk tontonan penumpang dibahagian belakang (2 skrin lcd).secara logiknya ia sudah cukup untuk memenuhi kehendak penumpang. Bagi keistimewaan yang lain pula ,akan saya jelaskan pada bulan Mei ini,setelah saya puas mengendalikannya.hehe

sekian,

ARt

Monday, February 16, 2009

Relevankah lagi AF?

hello kalian,

baru-baru ni,satu Malaysia digemparkan dengan berita mengenai Mas AF2 yang ditahan di wad psikatri gara-gara tingkahlakunya yang agresif dibalai polis Ampang.Daripada sumber2 yang dipercayai Mas bertindak demikian kerana tertekan dengan kerjayanya dan ada juga yang membabitkan teman lelaki Mas sbg punca masalah yang dihadapinya.Akhirnya,kini Mas perlu berehat dan Maestro perlu melakukan sesuatu agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku lagi.

Didalam permasalahan ini,Mas secara sejarahnya merupakan janda beranak dua berasal dari kampung nun jauh di Tawau.Beliau pada mulanya,merupakan seorang penjual sate yang berubah nasibnya setelah dipilih memasuki rancangan realiti Akademi Fantasia.Sepanjang program itu dilansungkan,Mas merupakan antara pelajar yang mendapat perhatian ramai disebabkan staus dan latar belakang beliau.Walaupun tidak berjaya seperti rakan-rakan yang lain,Mas tetap diminati dan mempunyai kelompok peminat sendiri.Mungkin disebabkan terlalu bergantung kepada Maestro dan harapan itu tidak disempurnakan dengan baik,jadi Mas mengambil langkah untuk bertindak menyatakan sesuatu kepada Maestro secara tidak langsung dengan langkah yang salah.Mungkn bagi Mas,beliau menaruh harapan terlalu tingi untuk kembali ke persada muzik tanahair seperti rakan2nya yang lain,yang semestinya sudah mempunyai nama seperti Zahid,Adam,Farah,Bob dan lain-lain.

jadi disini berlaku pengabaian terhadap artis2 maestro sebenarnya kerana mereka terpaksa menjaga ramai bakat2 baru sehingga ada dalam kalangan juara sendiri masih gagal menghasilkan album sulung mereka ?jadi relevankah lagi akademi fantasia?mungkin ada bintang AF lain yang tertekan seperti Mas,tetapi apa yang dapat dilihat melalui tindakan Mas ini adalah beliau menyatakan kepada masyarakat bahawa AF itu sendiri tidak relevan lagi jika sistemnya masih sama,meyimpan bakat yang ramai dan mengabaikan bakat mereka disbbkan terlalu mengejarkan keuntungan.

Sekadar pandangan,bukan tohmahan,saya melihat AF ini hanya mempunyai 2 jalan untuk mengurangkan provokasi masyarakat.

1)sekiranya mereka mengambil bakat2 baru,pastikan hanya Juara sahaja yang mempunyai kontrak dengan Maestro.Bagi bakat2 yang lain,inilah dunia realiti yang sebenar,mereka perlu mencari peluang sendiri.Dan juara yang dipilih haruslah dipromosi dengan sebaik mungkin kerana mempunyai pihak pengurusan pastinya mempunyai perbelanjaan yang banyak,dan dapat meningkatkan kualiti bintang tersebut.sekurang2nya,mereka mendapat tempat yang sesuai setelah 9 minggu diperam didalam AF.

2)Af direhatkan selama 2 tahun.

secara iktibarnya,AF bukan lagi medan mencari bakat yang sebenar...apa yang berlaku kepada Mas mungkin akan berlaku kepada anda juga sekiranya anda tidak sedar bakat anda dimanipulasikan.

sekian,

Art

salam perkenalan

hello kalian,

mungkin ada yang tertanya-tanya,siapakah gerangan saya didalam menyertai dunia blog ini...mungkin ada yang menyangkakan kehadiran saya adalah sekadar suka-suka meluahkan apa yang terbuku,yang terlintas dan yang terpendam didalam hati ini.Saya hanya sekadar orang biasa,yang mahu menggunakan peluang kebebasan bersuara sbg satu percubaan untuk mematangkan diri saya,meningkatkan kemahiran sosial secara ilmiah.mungkin ada yang tidak suka dengan pendekatan ini,tetapi sekurang2nya,izinkanlah saya menjadi diri saya sendiri.

disini,saya hanya memberi pandangan terhadap apa yang berlaku didalam persekitaran hidup khususnya didalam bidang seni dan kehidupan.ini kerana saya mahu menggunakan kemahiran dan pengetahuan saya untuk diaplikasikan didalam dunia sosial yang sebenar.Bagi mereka yang menyokong saya,terima kasih.Bagi mereka yang tidak,juga terima kasih kerana menjadi sebahagian drpd pengkritik yang saya hormati.

saya merupakan seorang mahasiswa Usm tahun akhir didalam bidang Antropologi & Sosiologi yang meminati dunia muzik,politik dan sosial.Saya juga merupakan seorang sukarelawan dan telah berkhidmat didalam bidang ini selama 2 tahun.Saya pernah mengikuti program2 anjuran Petronas dan Kementerian Belia dan Sukan.

Penglibatan saya disini telah membuatkan saya melihat satu perubahan yang drastik didalam masyarakat kita.Dan,saya merasakan inilah masanya saya melakukan sesuatu bg memperjelaskan apa yang saya lihat.Sesunnguhnya,tiada siapa yang betul dan salah disini..kerana manusia tidak pernah sempurna.Diharapkan kalian semua,memperolehi sesuatu yang bermakna didalam blog ini...

sekian,

ART