Sunday, December 27, 2009

the new things ....

knocky!knocky!
pelbagai perkara telah berlaku sepanjang 2009 ini dan aku percaya bahawa azam yg telah aku listdown untk 2009 telah banyak ku perolehi..antaranya:
  • menamatkan pengajian di USM tanpa extend
  • memenangi bintang USM
  • mempunyai aweks
  • menjejakkan kaki ke Borneo
  • berhenti merokok
sebenarnya byk lg azam2 yg aku berjaya realisasikan tp inilah antara yg penting aku perolehi..tp hairannya perkara2 ni mcm x memerlukan usaha sgt..mungkin perlukan niat yang ikhlas je kot...
by the way,byk jugak perkara yang aku pelajari dlm tempoh setahun ni..dah aku percaya jugak yg tahun 2009 ini antara tahun fasa kematangan aku..

perkara seperti,kawan baik kahwin(zoey,zarina,shalina-nasib baik pompuan,kalau lelaki tercabar gak),kematian org penting,konvokesyen,benar2 membuatkan aku jadi seronok utuk menempoh alam dewasa..

baiklah,untuku tahun 2010 ini pulak,aku nak listdownkan azam2 baru aku yang lebih kearah 'meninggalkan dunia seketika' kerana ianya lebh untuk memantapkan hidup aku..huhu

  1. ingin mempunyai kerjaya yang stabil...bukan apa,skarang ni dah ada ijazah kan,so aku bukan sekadar mahu kerja,aku mahukan kerja yang berjaya(kerjaya)...aku x kisah kena campak jauh2 pun,sebb aku lelaki..xkisahla beb..janjii mantap poket aku
  2. pas berkejaya,aku mahukan kereta sendiri..mungkin aku xperlu bgtau kereta apa sbb benda ni subjektif..hahaha...yelah kalau aku ckp BMW 3siries,mungkin ada yg kata aku x sedar diri,mungkin ada gak yng kata taste aku kolot..so,baik korang tgk je nanti...
  3. azam ni just option sahaja,kalau dah ada kerjaa elo dan kereta yang baik(pergh,mcm binatang plak) aku mahukan rumah aku sendiri..bukan apa,maklumlah aku pun nak ruang privasi gak...huhu..xyah umah besar pun just flat aparment pun dah ok...sbb aku duduk sorang...
  4. yang ni mungkin akan terjadi iaitu aku nak melancong backpacking ke Sabah pulak..kali ni pergi sediri without any pro trips..huhu
  5. benda ni yg paling penting...aku nak bayar balik PTPTN yang byk tolong aku gak utk dptkan ijazah aku...walaupun bg kat aku ciput...tp aku bersyukur sbb kalau xde langsung aku nak byr yuran pakai apa?bulu hidung??
so,doa2kanla untuk tahun 2010 ni,ianya akan berlaku..bukan kerna apa,..aku dah tgk kehidupan senior2 aku,abag2 sedara aku yang setelag 1 thn grad,mereka telah mejadi seseorang.cuma mereka kata,perlu byk bertahan sepanjang thn itu...i wannabe like them...so,untuk korang..apa azam korag pulajk???

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU... & Welcome 2010


Friday, December 25, 2009

Ulasan: Avatar

dlm sibuk2 nak hujung tahun ni,aku agak bosan dengan movie2 yg ditayangkan di Astro..mana tidaknya,masing2 sibuk tayang filem yg sama smp satu tahap aku memerah keringat adik ak sendiri(hana) utk meminjam vcd LOTR dr 1st smp yg abis kat kwn dia..then jd gile kejap,sbb pending adegan golum makan ikan mentah...yuck!

tiba2 aku tergrk hati untuk menonton cerita yg digembar-gembrkan sbg antara filem terbaik 2009,iaitu Avatar...aku menonton dgn kwn baik aku,Azren di KLCC(mmg port lazim dah).so kitorang amik tiket midnite tp walk-in tiket,xde reserved2..sbb tgk kat lobby tgv tu mcm kurang je umat manusia nak tgk compare then aku tgk citer celaka 2012 yg dah mcm orang kat mina..

tapi,bila dah masuk panggung 11 tu,memang penuh la tp xdela mcm orang nak amik exam kat perpustakaan hamzah sendut Usm..boleh tahan je la...mula2 agak siyal jugak opening dia sbb tirai yang dipasang xnaik abis..so, ada je makhluk2 kat pawagam tu dah mcm Puak Navi yg nak berperang kat dlm movie tu..last2 ok je..

btw,citer avatar ni mmg amazng..1st,sbb keterroran holywood mencipta dunia asing yg ajaib...contohnya,hidupan hutan di Pandora yang bercahaya diwaktu mlm,(lantai hutan dah mcm MOMO beb)haiwan yang sgt wowing(kadang2 mcm tgk nickelodeon pun ada)...3D nya sgt menakjubkan,smp aku terlupa ni citer realistik ke atau 3D movie..

b4 tgk movie ni,aku ada baca yg pengkritik filem dunia mengandaikan 20minit babak terakhir didalam filem ini memukau penonton..then aku tgg je 20 min terakhir dan aku tahu sbbnya...
adegan perang yg ditonjolkan sgt berbeza jika dibandingkan dgn mana2 filek epik yg lain...(xleh citer,kena tgk sendiri)

dan aku sgt berpuas hati sbb citer ini antara filem terbaik yg pernah dihasilkn..berdurasi 2jam 30 min ianya sgt padat dan tepat utk djadikan tontonan seisi keluarga...so,apa lagi,gilah tgk..takkan nak aku belanja gak!!

Sunday, December 20, 2009

Tahniah Harimau Malaya

aku x pernah lagi bagi ulasan mengenai dunia sukan kat blog aku ni..rata2 yg baca mesti mcm pelik sbb kelazimannya isu yang aku ketengahkan adalah mengenai dunia seni..tetapi,hampir 3 malam aku berfikir,aku membuat keputusan untuk meluaskan lagi konteks perbincangan aku didlam blog ini..jadi kepada para pembaca jangan nak pening kepala,ianya cuma sedikit penambahan idea sahaja..xde apa yg kurang...

sebelum itu,aku nk ucapkan jutaan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yg telah membawa pulang pingat emas di sukan sea laos, baru ni..aku memang kaki bangku,dan follow bola malaysia semenjak kita menang pesta merdeka(team yang sama) je then aku gila2 time world cup je..so,info mengenai dunia bola ni just 30% je aku ada...haha..jgn nak kutuk aku pulak..

ok2.sejarahnya,aku tau kta mm lama x merasa pingat emas dalam mana2 sukan besar..paling baru dulu pun,kita dpt balik jadi juara pesta bola merdeka,kalahkan myanmar..itupun,masih ada lg pengkritik yg bising kata sebb kita lawan ngan team yg lemah sbb time tu thailand n vietnam x join..

n now,sukan sea pelengkap segalanya..anak2 buah k.rajagobal dah buat pengkrtik sukan tempatan sonyap(bak kata org n9)..walaupun mlm tu gol sendiri,tp aku tabik kat performance diorang yg aku sendiri..mlm tu aku dah nekad..kalau kalah skalipun,aku tetap puas hati(yeke?bukan ko kata nak bakar speaker home teater ke?)pergh,aku juga ucapkan tahnia kpd penyokomg vietnam sbb diorang sgt beradab,sbb walaupun diorang kalah,tp aku x dengar pun insiden pergadohan berlaku,,syabas vietnam!(lain kali jgn wat statement berlagak dlm paper ye)

aritu pulak aku sgt patriotik..dah lah keje,balik kul 6,bos aku siap wat roll call ala2 meeting penting!! siap gadoh2 lagi...abis keje terus balikla..hahah
nasib baik smpt tgk sepruh masa kedua,tu pun adik aku dah wat statement siayal..'Vietnam dah lead 2-0 bang." siyal kan??bagi aku tarik muka je..ceh.

muka bgsat tu mcm bos aku lahtu...

.hurraayy!!!

aku pun siap bertuala je tgk bola...bila dah score satu rumah jerit...maghrib pulak tu..apa la nak jadi ngan keluarga Mat ROsli ni...isk2... itulah ragamnya bila penyokong Malaysia menonton dr rumah..yg paling best gak ,bile aku nak nangis tgk mak aku nangis.yelah beb,berapa lama kita nak kena entam n caci...ini peluang kita menang,kita patut bersyukur...



tahniah...
kepada semua pemain secara langsung mahu pun tidak,Baddrol Bakhtiar, Faizal Abu Bakar, Fadly Baharom, Khyril Muhymeen Zamri (Kedah), Farizal Harun, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak, S. Kunalan, Shahurain Abu Samah (N. Sembilan), Nurul Azwan Roya (Johor FC).Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom, Amirulhadi Zainal (Selangor), Kamarul Effandi Abd. Rahim, Razali Umar Kandasamy (Perak), Ismail Faruqi Ashari, Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu), Ahmad Fakri Saarani, Farizal Marlias (Perlis), Norshahrul Idlan Talaha, Syed Adney Syed Hussein, Bunyamin Umar (UPB-MyTeam) serta Ahmad Azlan Zainal, Ramzul Zahini Adenan (Kelantan).terima kasih kerana memulangkan kembali maruah kita sbagai anak MALAYSIA. setelah menjadi skuad kebangsaan, diharapkan jgn terlalu mengejar ranking..kita pulun semua perlawanan, kita kembali semula menjadi gergasi utama dirantau ini...doa kami rakyat malaysia akan bersama anda.

Scha tinggalkan @ digugurkan dr Awan Dania

knocky! knocky!

sorry coz dah lama x upload news kat sini..haha,bukan apa beb just bz keje sikit..lgpun xde sgt isu2 hiburan yang leh aku kupas secara ilmiah kat sini.

ok2...btw,korang ada dengar x awek aku,SCha Alyahya(awek ke?) nak blah dr next Awan Dania? atau ada x dengar dia digugurkan dr produksi tu.??ada x?

sebenarnya hal ni,dah ada bau2 dia semenjak awan dania 2 dikeudarakan..(camne plak aku leh tau yek?ntahlah) paperpun,keputusan untuk menidakkan Scha didalam awan Dania sgt merugikan,kerana bg aku xde org lain yg boleh bw watak Dania yg lebih hebat dr Scha.(bravo) lgpun,br musim kedua, takkan dah nak tukar pelakon,mcm hampeh...come on la...drama ni ada follower sendiri kot, just jaga la sikit penonton tu..ni semua mesti stok kering idea smp sanggup tukar pelakon utama atas alasan beri nafas baru kat drama tu...cit,poodah!!

giler SCha ni aku leh terima,ada ciri2 jd isteri aku ni..huhu

sedangkan sitcom friends boleh smp 10 musim bertahan,siap ada g isanggup bunuh diri,takkan produksi tempatan xleh jaga peminat awan dania...u guys wat silap satu je kat drama ni,Tajuk tu sendiri..Kalau korang x letak nama Dania,sure sume orang x heran sbb drama korang mesti kisah hidup pramgari...tp korang dah bubuh nama Dania,so korang kenalah maintainkan Dania...


aku pun mcm x sedap ati sebenarnya pas dgr scha digugurkan..sebb jgn pasni sbb tarikan utama tu xde,ramai yg agung2kan balik drama seberang mcm citer MINAH JENGGO!!...hehe..lgpun kalau nak amik perlakon baru,siapa yag layak?jom kita list kan kat komen aku!!


siapa pelakon malaysia rare leh wat camni?

Wednesday, December 9, 2009

Bravo 2 SIS SARIMAH!

knocky! knocky!

arini aku x kejer,so as usual, aku akan menghadap depan tv pada jam 1 ptg semata2 untuk menontop oprah,tp arini aku terawal standby dengan coke n popcorn kat depan tv,so,aku pun tertontonlah rancangan terkini keluaran HALLMARK iaitu the biggest loser asia..excited gak dgn rancangan ni sbb orang2 asia pun leh tunjukkan kesungguhan diorang untuk mengurus..tp,aku x berkesempatan nak tgk sgt sbb bz skit n yg membuatkan aku kurang menonton adalah disebbkan perserta malaysia just 2 orang je,tu pun skrng ni dah tinggal sorang sbb peserta pompuan Malaysia dah kena singkir. ouch!!

btw,aku x nak bincang pasal benda ni,aku nak tanya kenal x pompuan ni??


akulah Kak MAh GALI

siapa xkenal SARIMAH IBRAHIM, pengacara n bekas penyanyi kelahiran Ireland Malaysia menjadi hos rasmi rancangan The Biggest Loser Asia...mula2 diumumkan sebagai hos,aku just fikir mungkin ok je kot dia kendalikan sbb english dia pun bagus,n cantik...mungkin ada tarikan yang komersiallah..(katanya).aku ckp camni sebb profil dia dalam dunia pengacaraan agak giler2 sikit.kali terakhir aku ingat dia host, adalah rancangan IKON ASEAN bersama VJ DOM..dia tetap maintain ngan giler2 dia.

DIsebabkan karekter dia tulah,aku terpikir,bolehke dia host the biggest loser asia sbb dia kan agak funky n funny..so, aku tgk jelah rancangan tu samp sesi penyingkiran.sekali....


oh my god.....

sarimah sgt best!!!!!!!!!..dia sgt serius dan x giler2..aku terus ternganga sebb dia berjaya menghidupkan mood penyingkiran ala2 ryan seacrest halau Jenifer Hudson kuar American IDol..siyes beb,terus aku bg 5 bintang kat dia sebb profil dia telah berubah...n aku harapkan industri seni tanah air bukak mata kat pompuan ni sbb dia antara hos wanita yang terbaik yg pernah aku tgk...dan aku rasa,kalau af lepas ni nakkan kelainan,korang amik je sarimah ibrahim...sebb dia sgt profesional!!





pasni...pak nil nak halau rappers jawa tu,
then lobi astro suruh naikkan pangkat KAK MAH GALI jd host AF8

Monday, December 7, 2009

TEMPIAS OPRAH!!

kali ni ada KNOCKY! KNOCKY!

btw,sumer org dlm dunia tahu yg Oprah akan menamatkan talkshow dia menjelang musim ke 25 nanti(wow,suku abad beb!) then,sumer orang pun amatlah sedih sebab talkshow dia dah dikira sebati dengan sebahagian hidup masyarakat Amerika khususnya...tapi apakan daya,oprah pun manusia gak...dah mcm2 benda dia lakukan dlm hidup org..tp,yg menyedihkan aku adalah HANYA TALKSHOW DIA SAHAJALAH YANG MEMBERI INPUT SOSIOLOGI kepada aku...so,bila dia dah xde,nanti aku kenala cr talkshow lain yg leh tolong aku analisis hidup orang ..hahaha

utk pengetahuan korang jugak,disebabkan oprah punya talkshow,minda aku menjadi lebih terbuka..pernah skali salah sorang pensyarah aku di USM bertanya,lepas abis belajar awak nak jadi apa?

aku dengan yakinnya menjawab, "sy nak jadi Oprah versi lelaki(mungkin Osrah ke)" pensyarah aku senyum je...xtaulah kalau dia senyum sinis,tp aku selalu ingatkan mak aku yang aku xnak keje tinggi2 kalau x bagi sesuatu kepada masyarakat..aku lebih rela ajar orang asli membaca..disebabkan oprah juga,byk input aku dpt dlm menyelesaikan assignment aku dulu,(tu sebab aku byk balik KL ujung minggu)...

aku ingat, Jeganathan one of usm student bgtau aku yg Dr SUndramoorthy(ajar Criminology) suka giler assigment aku sbb aku bincangkan isu yg Oprah bincangkan..aku kupaskan lagi..masa tu tajuk aku,CYBER Bullied..haha...xputus2 Jega puji aku sbb jega ni org tgh Prof,kalau Prof puji,dia jd merpati smpaikan puji tu..hehe FINALLY,dpt A solid paper tu...

dulu aku ni geli skit nak kawan ngan Pondan(maaf,kalau terkasar) sbb ni semua dah jadi acuan budaya kita,kalau pondan,gay,lesbian dah jadi isu TABOO..disebabkan aku selalu tgk Oprah SHow,aku terpikir sampai bile aku nak hidup dlm acuan budaya yg x membebaskan pendapat aku...dalam dunia ni,xde satu pun budaya yg terbaik..jd,aku just ambil mana yg baik dr budaya timur aku dan sedikit budaya barat(yg rata-ratanya aku peroleh dr Oprah Show).n now,jgn terkejut kalau orang2 disekeliling aku adalah terdiri dr kalangan mereka!

Oprah..oprah...disebabkan pompuan ni juga,aku suka melihat hidup orang.sebaik tamat saja pengajian aku kat USm aku lebih terlibat ngan aktiviti sukarelawan di Petrosains sehinggakan aku sendiri telah berkampung dibeberapa kawasan pedalaman orang asli untuk misi pendidikan.
aku pernah terlibat dengan program pendidikan kendalian Petrosains di JEli,kelantan,Langkawi dan Tenom,Sabah.Semuanya atas dasar minat membantu mereka meningkatkat taraf hidup melalui pendidikan..ada kalanya,teringin di lubuk hati untuk membuat kajian terhadap budaya hidup orang asli ini..tp lebih baik buat master(kata kawan aku)hurmm..dilema!!

*ni bersama ADLi di JEli(suku kaum orang JAHAI)


*budak2 jahai yg sgt amazing! ill back with my vision

*ni kem di LAngkawi..kem sains ajuran Petrosains

tp,pengaruh wanita besi ini juga,membuatkan aku sukar untuk menerima cinta..hahah(OPrah kan x kahwin)..so,aku pun terikut2 gak..aku lebih suka hubungan yang santai,tidak terlalu serius..tp adakalanya,bile mengecapi sesuatu kejayaan,atau bersedih....selalu All ALONE..

tp xper,itu cuma tempias dr pengaruh seorang wanita hebat yg bernama OPRAH!!

POCO2 vs ZAPIN/Joget

sowwy,hari ni xde knocky! knocky!

ok..hari ni aku nak kongsi perasaan aku tentang sikap orang malaysia yg suka sgt mengagung2kan budaya luar..bila pemilik asal budaya tu dah marah,baru nak kelam kabut....tutup muka,PANIK...tp,sikap amik n plagiat kejer orang tu x malu plak...aku cukup geram dgn mana2 pihak yg agung2 kan budaya luar....dah mcm xde budaYA sendiri rasa...kalau kena tapak ngan kasut aku nibaru padan muka!..


salah satu benda yang kau paling x suka adalah Tarian Poco2...its okla kalau nAK Wwat senaman ke,aerobik ke,sebab benda tu memang elokla juga,tp kalau boleh tu biarlah jadi pilihan akhir...bukan sebab apa beb,ni sampai function peringkat menteri n dinner2 pun dah mula nak berpoco2 ni,ni dah bentuk jajahan baru...Poco2 ni pun bukan MALAYSIA yg create,so watper nak bangga2kan sgt..byk lg tarian lain yg leh wat senaman,JOget n Zapin..kalau di simplekan,konfirm leh fight ngan poco2..kalau stakat step kat kaki je,Twist pun leh kuarkan peloh...

now,tetiba aku dengar kerajaan nak wat tarian 1 Malaysia..eloklah gak..tp kalau leh,biarlah semenggah sikt,ada rupa tradisi sikit..ni kalau terkinja2 mcm citrawarna nya cara,mcmmana,makcik2 kiah,KAK TOM ,ABg ATAN,KAK HAbsah,PAK deris sulong nak menari??? xke nanti kongkang!

btw,aku ni bukan la jahat sgt smp nak benci poco2..aku just nak ingatkan je org Malaysia ni,korang kalau lebih2 x ingat dunia,nanti kena kutuk PADAN MUKA! tu hak milik org,yg ko gi curi budaya apasal??dah xbest sgt ke budaya kita ni?kalau x,samalah korang dgn JAson yg jual cd cetak rompak kat Danau kota tu...