Sunday, December 27, 2009

the new things ....

knocky!knocky!
pelbagai perkara telah berlaku sepanjang 2009 ini dan aku percaya bahawa azam yg telah aku listdown untk 2009 telah banyak ku perolehi..antaranya:
  • menamatkan pengajian di USM tanpa extend
  • memenangi bintang USM
  • mempunyai aweks
  • menjejakkan kaki ke Borneo
  • berhenti merokok
sebenarnya byk lg azam2 yg aku berjaya realisasikan tp inilah antara yg penting aku perolehi..tp hairannya perkara2 ni mcm x memerlukan usaha sgt..mungkin perlukan niat yang ikhlas je kot...
by the way,byk jugak perkara yang aku pelajari dlm tempoh setahun ni..dah aku percaya jugak yg tahun 2009 ini antara tahun fasa kematangan aku..

perkara seperti,kawan baik kahwin(zoey,zarina,shalina-nasib baik pompuan,kalau lelaki tercabar gak),kematian org penting,konvokesyen,benar2 membuatkan aku jadi seronok utuk menempoh alam dewasa..

baiklah,untuku tahun 2010 ini pulak,aku nak listdownkan azam2 baru aku yang lebih kearah 'meninggalkan dunia seketika' kerana ianya lebh untuk memantapkan hidup aku..huhu

  1. ingin mempunyai kerjaya yang stabil...bukan apa,skarang ni dah ada ijazah kan,so aku bukan sekadar mahu kerja,aku mahukan kerja yang berjaya(kerjaya)...aku x kisah kena campak jauh2 pun,sebb aku lelaki..xkisahla beb..janjii mantap poket aku
  2. pas berkejaya,aku mahukan kereta sendiri..mungkin aku xperlu bgtau kereta apa sbb benda ni subjektif..hahaha...yelah kalau aku ckp BMW 3siries,mungkin ada yg kata aku x sedar diri,mungkin ada gak yng kata taste aku kolot..so,baik korang tgk je nanti...
  3. azam ni just option sahaja,kalau dah ada kerjaa elo dan kereta yang baik(pergh,mcm binatang plak) aku mahukan rumah aku sendiri..bukan apa,maklumlah aku pun nak ruang privasi gak...huhu..xyah umah besar pun just flat aparment pun dah ok...sbb aku duduk sorang...
  4. yang ni mungkin akan terjadi iaitu aku nak melancong backpacking ke Sabah pulak..kali ni pergi sediri without any pro trips..huhu
  5. benda ni yg paling penting...aku nak bayar balik PTPTN yang byk tolong aku gak utk dptkan ijazah aku...walaupun bg kat aku ciput...tp aku bersyukur sbb kalau xde langsung aku nak byr yuran pakai apa?bulu hidung??
so,doa2kanla untuk tahun 2010 ni,ianya akan berlaku..bukan kerna apa,..aku dah tgk kehidupan senior2 aku,abag2 sedara aku yang setelag 1 thn grad,mereka telah mejadi seseorang.cuma mereka kata,perlu byk bertahan sepanjang thn itu...i wannabe like them...so,untuk korang..apa azam korag pulajk???

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU... & Welcome 2010


Friday, December 25, 2009

Ulasan: Avatar

dlm sibuk2 nak hujung tahun ni,aku agak bosan dengan movie2 yg ditayangkan di Astro..mana tidaknya,masing2 sibuk tayang filem yg sama smp satu tahap aku memerah keringat adik ak sendiri(hana) utk meminjam vcd LOTR dr 1st smp yg abis kat kwn dia..then jd gile kejap,sbb pending adegan golum makan ikan mentah...yuck!

tiba2 aku tergrk hati untuk menonton cerita yg digembar-gembrkan sbg antara filem terbaik 2009,iaitu Avatar...aku menonton dgn kwn baik aku,Azren di KLCC(mmg port lazim dah).so kitorang amik tiket midnite tp walk-in tiket,xde reserved2..sbb tgk kat lobby tgv tu mcm kurang je umat manusia nak tgk compare then aku tgk citer celaka 2012 yg dah mcm orang kat mina..

tapi,bila dah masuk panggung 11 tu,memang penuh la tp xdela mcm orang nak amik exam kat perpustakaan hamzah sendut Usm..boleh tahan je la...mula2 agak siyal jugak opening dia sbb tirai yang dipasang xnaik abis..so, ada je makhluk2 kat pawagam tu dah mcm Puak Navi yg nak berperang kat dlm movie tu..last2 ok je..

btw,citer avatar ni mmg amazng..1st,sbb keterroran holywood mencipta dunia asing yg ajaib...contohnya,hidupan hutan di Pandora yang bercahaya diwaktu mlm,(lantai hutan dah mcm MOMO beb)haiwan yang sgt wowing(kadang2 mcm tgk nickelodeon pun ada)...3D nya sgt menakjubkan,smp aku terlupa ni citer realistik ke atau 3D movie..

b4 tgk movie ni,aku ada baca yg pengkritik filem dunia mengandaikan 20minit babak terakhir didalam filem ini memukau penonton..then aku tgg je 20 min terakhir dan aku tahu sbbnya...
adegan perang yg ditonjolkan sgt berbeza jika dibandingkan dgn mana2 filek epik yg lain...(xleh citer,kena tgk sendiri)

dan aku sgt berpuas hati sbb citer ini antara filem terbaik yg pernah dihasilkn..berdurasi 2jam 30 min ianya sgt padat dan tepat utk djadikan tontonan seisi keluarga...so,apa lagi,gilah tgk..takkan nak aku belanja gak!!

Sunday, December 20, 2009

Tahniah Harimau Malaya

aku x pernah lagi bagi ulasan mengenai dunia sukan kat blog aku ni..rata2 yg baca mesti mcm pelik sbb kelazimannya isu yang aku ketengahkan adalah mengenai dunia seni..tetapi,hampir 3 malam aku berfikir,aku membuat keputusan untuk meluaskan lagi konteks perbincangan aku didlam blog ini..jadi kepada para pembaca jangan nak pening kepala,ianya cuma sedikit penambahan idea sahaja..xde apa yg kurang...

sebelum itu,aku nk ucapkan jutaan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yg telah membawa pulang pingat emas di sukan sea laos, baru ni..aku memang kaki bangku,dan follow bola malaysia semenjak kita menang pesta merdeka(team yang sama) je then aku gila2 time world cup je..so,info mengenai dunia bola ni just 30% je aku ada...haha..jgn nak kutuk aku pulak..

ok2.sejarahnya,aku tau kta mm lama x merasa pingat emas dalam mana2 sukan besar..paling baru dulu pun,kita dpt balik jadi juara pesta bola merdeka,kalahkan myanmar..itupun,masih ada lg pengkritik yg bising kata sebb kita lawan ngan team yg lemah sbb time tu thailand n vietnam x join..

n now,sukan sea pelengkap segalanya..anak2 buah k.rajagobal dah buat pengkrtik sukan tempatan sonyap(bak kata org n9)..walaupun mlm tu gol sendiri,tp aku tabik kat performance diorang yg aku sendiri..mlm tu aku dah nekad..kalau kalah skalipun,aku tetap puas hati(yeke?bukan ko kata nak bakar speaker home teater ke?)pergh,aku juga ucapkan tahnia kpd penyokomg vietnam sbb diorang sgt beradab,sbb walaupun diorang kalah,tp aku x dengar pun insiden pergadohan berlaku,,syabas vietnam!(lain kali jgn wat statement berlagak dlm paper ye)

aritu pulak aku sgt patriotik..dah lah keje,balik kul 6,bos aku siap wat roll call ala2 meeting penting!! siap gadoh2 lagi...abis keje terus balikla..hahah
nasib baik smpt tgk sepruh masa kedua,tu pun adik aku dah wat statement siayal..'Vietnam dah lead 2-0 bang." siyal kan??bagi aku tarik muka je..ceh.

muka bgsat tu mcm bos aku lahtu...

.hurraayy!!!

aku pun siap bertuala je tgk bola...bila dah score satu rumah jerit...maghrib pulak tu..apa la nak jadi ngan keluarga Mat ROsli ni...isk2... itulah ragamnya bila penyokong Malaysia menonton dr rumah..yg paling best gak ,bile aku nak nangis tgk mak aku nangis.yelah beb,berapa lama kita nak kena entam n caci...ini peluang kita menang,kita patut bersyukur...



tahniah...
kepada semua pemain secara langsung mahu pun tidak,Baddrol Bakhtiar, Faizal Abu Bakar, Fadly Baharom, Khyril Muhymeen Zamri (Kedah), Farizal Harun, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak, S. Kunalan, Shahurain Abu Samah (N. Sembilan), Nurul Azwan Roya (Johor FC).Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom, Amirulhadi Zainal (Selangor), Kamarul Effandi Abd. Rahim, Razali Umar Kandasamy (Perak), Ismail Faruqi Ashari, Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu), Ahmad Fakri Saarani, Farizal Marlias (Perlis), Norshahrul Idlan Talaha, Syed Adney Syed Hussein, Bunyamin Umar (UPB-MyTeam) serta Ahmad Azlan Zainal, Ramzul Zahini Adenan (Kelantan).terima kasih kerana memulangkan kembali maruah kita sbagai anak MALAYSIA. setelah menjadi skuad kebangsaan, diharapkan jgn terlalu mengejar ranking..kita pulun semua perlawanan, kita kembali semula menjadi gergasi utama dirantau ini...doa kami rakyat malaysia akan bersama anda.

Scha tinggalkan @ digugurkan dr Awan Dania

knocky! knocky!

sorry coz dah lama x upload news kat sini..haha,bukan apa beb just bz keje sikit..lgpun xde sgt isu2 hiburan yang leh aku kupas secara ilmiah kat sini.

ok2...btw,korang ada dengar x awek aku,SCha Alyahya(awek ke?) nak blah dr next Awan Dania? atau ada x dengar dia digugurkan dr produksi tu.??ada x?

sebenarnya hal ni,dah ada bau2 dia semenjak awan dania 2 dikeudarakan..(camne plak aku leh tau yek?ntahlah) paperpun,keputusan untuk menidakkan Scha didalam awan Dania sgt merugikan,kerana bg aku xde org lain yg boleh bw watak Dania yg lebih hebat dr Scha.(bravo) lgpun,br musim kedua, takkan dah nak tukar pelakon,mcm hampeh...come on la...drama ni ada follower sendiri kot, just jaga la sikit penonton tu..ni semua mesti stok kering idea smp sanggup tukar pelakon utama atas alasan beri nafas baru kat drama tu...cit,poodah!!

giler SCha ni aku leh terima,ada ciri2 jd isteri aku ni..huhu

sedangkan sitcom friends boleh smp 10 musim bertahan,siap ada g isanggup bunuh diri,takkan produksi tempatan xleh jaga peminat awan dania...u guys wat silap satu je kat drama ni,Tajuk tu sendiri..Kalau korang x letak nama Dania,sure sume orang x heran sbb drama korang mesti kisah hidup pramgari...tp korang dah bubuh nama Dania,so korang kenalah maintainkan Dania...


aku pun mcm x sedap ati sebenarnya pas dgr scha digugurkan..sebb jgn pasni sbb tarikan utama tu xde,ramai yg agung2kan balik drama seberang mcm citer MINAH JENGGO!!...hehe..lgpun kalau nak amik perlakon baru,siapa yag layak?jom kita list kan kat komen aku!!


siapa pelakon malaysia rare leh wat camni?

Wednesday, December 9, 2009

Bravo 2 SIS SARIMAH!

knocky! knocky!

arini aku x kejer,so as usual, aku akan menghadap depan tv pada jam 1 ptg semata2 untuk menontop oprah,tp arini aku terawal standby dengan coke n popcorn kat depan tv,so,aku pun tertontonlah rancangan terkini keluaran HALLMARK iaitu the biggest loser asia..excited gak dgn rancangan ni sbb orang2 asia pun leh tunjukkan kesungguhan diorang untuk mengurus..tp,aku x berkesempatan nak tgk sgt sbb bz skit n yg membuatkan aku kurang menonton adalah disebbkan perserta malaysia just 2 orang je,tu pun skrng ni dah tinggal sorang sbb peserta pompuan Malaysia dah kena singkir. ouch!!

btw,aku x nak bincang pasal benda ni,aku nak tanya kenal x pompuan ni??


akulah Kak MAh GALI

siapa xkenal SARIMAH IBRAHIM, pengacara n bekas penyanyi kelahiran Ireland Malaysia menjadi hos rasmi rancangan The Biggest Loser Asia...mula2 diumumkan sebagai hos,aku just fikir mungkin ok je kot dia kendalikan sbb english dia pun bagus,n cantik...mungkin ada tarikan yang komersiallah..(katanya).aku ckp camni sebb profil dia dalam dunia pengacaraan agak giler2 sikit.kali terakhir aku ingat dia host, adalah rancangan IKON ASEAN bersama VJ DOM..dia tetap maintain ngan giler2 dia.

DIsebabkan karekter dia tulah,aku terpikir,bolehke dia host the biggest loser asia sbb dia kan agak funky n funny..so, aku tgk jelah rancangan tu samp sesi penyingkiran.sekali....


oh my god.....

sarimah sgt best!!!!!!!!!..dia sgt serius dan x giler2..aku terus ternganga sebb dia berjaya menghidupkan mood penyingkiran ala2 ryan seacrest halau Jenifer Hudson kuar American IDol..siyes beb,terus aku bg 5 bintang kat dia sebb profil dia telah berubah...n aku harapkan industri seni tanah air bukak mata kat pompuan ni sbb dia antara hos wanita yang terbaik yg pernah aku tgk...dan aku rasa,kalau af lepas ni nakkan kelainan,korang amik je sarimah ibrahim...sebb dia sgt profesional!!





pasni...pak nil nak halau rappers jawa tu,
then lobi astro suruh naikkan pangkat KAK MAH GALI jd host AF8

Monday, December 7, 2009

TEMPIAS OPRAH!!

kali ni ada KNOCKY! KNOCKY!

btw,sumer org dlm dunia tahu yg Oprah akan menamatkan talkshow dia menjelang musim ke 25 nanti(wow,suku abad beb!) then,sumer orang pun amatlah sedih sebab talkshow dia dah dikira sebati dengan sebahagian hidup masyarakat Amerika khususnya...tapi apakan daya,oprah pun manusia gak...dah mcm2 benda dia lakukan dlm hidup org..tp,yg menyedihkan aku adalah HANYA TALKSHOW DIA SAHAJALAH YANG MEMBERI INPUT SOSIOLOGI kepada aku...so,bila dia dah xde,nanti aku kenala cr talkshow lain yg leh tolong aku analisis hidup orang ..hahaha

utk pengetahuan korang jugak,disebabkan oprah punya talkshow,minda aku menjadi lebih terbuka..pernah skali salah sorang pensyarah aku di USM bertanya,lepas abis belajar awak nak jadi apa?

aku dengan yakinnya menjawab, "sy nak jadi Oprah versi lelaki(mungkin Osrah ke)" pensyarah aku senyum je...xtaulah kalau dia senyum sinis,tp aku selalu ingatkan mak aku yang aku xnak keje tinggi2 kalau x bagi sesuatu kepada masyarakat..aku lebih rela ajar orang asli membaca..disebabkan oprah juga,byk input aku dpt dlm menyelesaikan assignment aku dulu,(tu sebab aku byk balik KL ujung minggu)...

aku ingat, Jeganathan one of usm student bgtau aku yg Dr SUndramoorthy(ajar Criminology) suka giler assigment aku sbb aku bincangkan isu yg Oprah bincangkan..aku kupaskan lagi..masa tu tajuk aku,CYBER Bullied..haha...xputus2 Jega puji aku sbb jega ni org tgh Prof,kalau Prof puji,dia jd merpati smpaikan puji tu..hehe FINALLY,dpt A solid paper tu...

dulu aku ni geli skit nak kawan ngan Pondan(maaf,kalau terkasar) sbb ni semua dah jadi acuan budaya kita,kalau pondan,gay,lesbian dah jadi isu TABOO..disebabkan aku selalu tgk Oprah SHow,aku terpikir sampai bile aku nak hidup dlm acuan budaya yg x membebaskan pendapat aku...dalam dunia ni,xde satu pun budaya yg terbaik..jd,aku just ambil mana yg baik dr budaya timur aku dan sedikit budaya barat(yg rata-ratanya aku peroleh dr Oprah Show).n now,jgn terkejut kalau orang2 disekeliling aku adalah terdiri dr kalangan mereka!

Oprah..oprah...disebabkan pompuan ni juga,aku suka melihat hidup orang.sebaik tamat saja pengajian aku kat USm aku lebih terlibat ngan aktiviti sukarelawan di Petrosains sehinggakan aku sendiri telah berkampung dibeberapa kawasan pedalaman orang asli untuk misi pendidikan.
aku pernah terlibat dengan program pendidikan kendalian Petrosains di JEli,kelantan,Langkawi dan Tenom,Sabah.Semuanya atas dasar minat membantu mereka meningkatkat taraf hidup melalui pendidikan..ada kalanya,teringin di lubuk hati untuk membuat kajian terhadap budaya hidup orang asli ini..tp lebih baik buat master(kata kawan aku)hurmm..dilema!!

*ni bersama ADLi di JEli(suku kaum orang JAHAI)


*budak2 jahai yg sgt amazing! ill back with my vision

*ni kem di LAngkawi..kem sains ajuran Petrosains

tp,pengaruh wanita besi ini juga,membuatkan aku sukar untuk menerima cinta..hahah(OPrah kan x kahwin)..so,aku pun terikut2 gak..aku lebih suka hubungan yang santai,tidak terlalu serius..tp adakalanya,bile mengecapi sesuatu kejayaan,atau bersedih....selalu All ALONE..

tp xper,itu cuma tempias dr pengaruh seorang wanita hebat yg bernama OPRAH!!

POCO2 vs ZAPIN/Joget

sowwy,hari ni xde knocky! knocky!

ok..hari ni aku nak kongsi perasaan aku tentang sikap orang malaysia yg suka sgt mengagung2kan budaya luar..bila pemilik asal budaya tu dah marah,baru nak kelam kabut....tutup muka,PANIK...tp,sikap amik n plagiat kejer orang tu x malu plak...aku cukup geram dgn mana2 pihak yg agung2 kan budaya luar....dah mcm xde budaYA sendiri rasa...kalau kena tapak ngan kasut aku nibaru padan muka!..


salah satu benda yang kau paling x suka adalah Tarian Poco2...its okla kalau nAK Wwat senaman ke,aerobik ke,sebab benda tu memang elokla juga,tp kalau boleh tu biarlah jadi pilihan akhir...bukan sebab apa beb,ni sampai function peringkat menteri n dinner2 pun dah mula nak berpoco2 ni,ni dah bentuk jajahan baru...Poco2 ni pun bukan MALAYSIA yg create,so watper nak bangga2kan sgt..byk lg tarian lain yg leh wat senaman,JOget n Zapin..kalau di simplekan,konfirm leh fight ngan poco2..kalau stakat step kat kaki je,Twist pun leh kuarkan peloh...

now,tetiba aku dengar kerajaan nak wat tarian 1 Malaysia..eloklah gak..tp kalau leh,biarlah semenggah sikt,ada rupa tradisi sikit..ni kalau terkinja2 mcm citrawarna nya cara,mcmmana,makcik2 kiah,KAK TOM ,ABg ATAN,KAK HAbsah,PAK deris sulong nak menari??? xke nanti kongkang!

btw,aku ni bukan la jahat sgt smp nak benci poco2..aku just nak ingatkan je org Malaysia ni,korang kalau lebih2 x ingat dunia,nanti kena kutuk PADAN MUKA! tu hak milik org,yg ko gi curi budaya apasal??dah xbest sgt ke budaya kita ni?kalau x,samalah korang dgn JAson yg jual cd cetak rompak kat Danau kota tu...

Wednesday, November 25, 2009

AJL 24...

dudees,sumer org tahu n follow sparuh akhir muzik2 kan? amacam puas hati? ada ke peminat nubhan n One Nation Emcees yang nak mengamok?xperla..xde rezeki.adat pertandigan kan..
now kita nak judge sama2,mcm mana u guys kata lagu tu lagu terbaik,sbb dah 2 tahun ramalan aku tepat kerana kriteria yg aku cipta sendiri disamping pendapat2 orang muzik kat industri kita..mostly diorang cari:

* muzik yg fresh..maknanya,muzik mesti tidak dibayangi oleh mana2 lagu...kalau dengar tu mesti mcm "eh,semacam je muzik,tp layan la"
*mesti ada klimaks...jgn pk lain pulak,klimaks ni kepuasan kepada pendengar...so,lagu tu brlah power...smp kalau boleh,kalau dah nampak budk kat skolah nyanyi lagu tu,maknanya mmg menangkap la...
*lirik pulak,xde bersepah mcm zaman dolu2.."aku cinta bagai mananti cahaya retak"oh, NO!
lirik kena ada cerita,dan orang faham...xpayah meleret2 4 perenggan tp maknanya CINTA!

so kat sini,aku just nak share opinion la lagu mana yg leh fight nanti..jom tgk 1 persatu:


Aku Scandal (Hujan)
-86%
Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah),
-82%
Aurora
(Estranged),
-88%
Bengang (Akim),
-85%
Aku Rindu Aku Sayang Kamu
(Black),
-82%
Dan Sebenarnya (Yuna),
-92%
Rindu Terhenti (Tomok),
-88%
Pakai Buang
(Stacy),
-78%
Kau & Aku (Aizat)
-90%
Pergi (Aizat),
-89%
Situasi (Bunkface),
-94%
Bencinta (Faizal Tahir),
-94%
Masih Jelas (Hafiz)
-90%
Cinta Adam & Hawa (Misha Omar).
-95%


JGN MARAH2,ini andaian aku je...bukan bermakna aku x suka,tp dr telinga aku ni aku rasa,lagu Cinta Adam & Hawa sgt kuat..tp,itu pendapat aku je...jgn terasa hati..xper,ini just ramalan je...10 Januari 2010,kita ulasan sama2..k?

knocky! knocky!

9 perkara telah berlaku sepanjang aku silent selama ni!!

as u know, byk perkara tergantung kat blog aku ni...byk kisah aku yg nak jer aku story,tp slow2 nanti kepala aku sendiri pecah!hurm

so arini,xnak citer panjang sgt..aku akan list down apa benda yg telah berlaku dlm hidup aku selama 7 bulan aku mendiamkan diri...

1-aku ada mention yg aku masuk BINTANG USM 2009,aku terpilih sebagai finalis..dan aku decided nyanyi lagu Kerispatih-tapi bukan aku..malam pertandingan tu,aku x mengharap paper pun sbb aku ada lari tempo sikit,tp aku cover baiknya...finally aku dpt no 3..mlm tu sgt mengejutkan orang ramai dgn kemenangan aku sbb ada ramai lagi yg power..tp juri tau apa diorang wat!

2-Aku dah graduate...aku dah abis study kat USM...now,meneruskan hidup di KL..aku masih rindukan USM sebenarnya...kat situlah aku bersarang,mcm2 aku buat...walaubagaimanapun,ari konvo aku tetap dlm kenangan...nasib baik ada facebook! leh contact!haha

3-aku dah tukar hp..dulu pakai nokia je,sekarang ni sony ericcson..tp bapak aku hadiahkan sempena aku konvo,niat dia bukan sesaja..tp ntuk membakar semangat adik2 aku supaya belajar smp abis mcm aku(nasib baik abis).lgpun aku xpernah mintak paper kat dia jika dibandingkan dgn adik2 aku...aku pun suka dgn pemberian itu.

4-aku dah mcm steward rasa..padahal aku kerja partime je...dah serata negeri aku gi(padahal 3 tmpt je-JELI,LANGKAWI & TeNOM)hahah..kerja petrosains lagi..aku byk involved dgn outreach progam..sgt seronok..bila dah tinggalkan kengkwn kat usm,dpt keluarga baru kat petrosains.huhu

5-im single now...bukan nak jaja diri,tp buat stakat ni biarlah aku bawa diri dulu..

6-aku pernah pindah rumah duduk bujang sebb nak rasa susah..br 3 hari duduk,mak aku dah wat ayat sumpahan dia,kalau aku duduk luar,aku x sempt tgk jenazah dia...seramkan???lagi siyut, dia canang aku satu kampung yg aku menggelabah n kelam nak duduk sendri(siap sindir2 lagi)
tp aku wat x tauje,sbb citer sbenarnya satu malaysia dah tau...

7-my best friend dah kawin!!yahoo...nok aka NURUL dah kawin jugak akhirnya...sedih pun ada gak coz aku lah jantan yang rapat ngan dia...mcm2 aku dah lalui dgn dia..haha..zaman u aku menarik sbb org mcm dialah...haha

8-aku dah xleh nak market sgt sbb berat badan aku dah mencecah 79kg...siapa yg harus diperslahkan?

9-now,im sakit interm of xleh nak keje kat petrosains...coz dlm kul 2-6 aku mcm nak pengsan..i dunno why...


knocky! knocky!

YA ALLAH!!

guys! memang lama giler aku x update citer baru...dah masuk bulan sebelas aku x blogging..well,busy giler rasanya...dr bulan 4 smp bulan 11,dr aku menulis kat bilik asrama restu smp ke umah...mcm2 dah berlaku..YA ALLAH!!

dah berapa lama aku tinggalkan dunia penulisan blog ni! dr aku bercouple smp single,dr aku belajar smp grad sumernya tertanam kat benak otak aku ni...aku kena mulakan balik! mcm2 benda aku alami...jatuh bangun,suka duka aku akan kuatkan balik!

sementara masa menunggu aku,baik aku capai ia sebelum aku mengejar dia.wow!
lamanya...dont worry,im back
with new story n craziness!!

knocky knocky!

Tuesday, April 14, 2009

sekian lama

guys...soryy coz lama x update post kat blog....
10 jari kemaafan disusun kerana dlm tempoh sebulan lebih ini sy telah pun menjalankan beberapa aktiviti2 seni yang turut saya sertai dan akan saya kemukakan didalam blog ini..ianya bermula dengan Shakuntala dan Bintang USM...turut diselitkan disini dengan persembahan show diner dan juga pelbagai lagi yang sempat saya ingat....

Saturday, February 28, 2009

Letter to my DAD!!

kepada ayahku.

sesunngguhnya ankmu ini ingin mengucapkan terima kasih kerana menjadi ciptaan tuhan yang terbaik, yang hadir dalam hidup anakmu ini.walaupun anakmu ini tidak semesra anakmu yang lain,tapi jauh dilubuk hati,anakmu ini meletakkan segunung kasih kepada mu.biarlah kita lepaskan apa yang perlu dilepaskan,kerana anakmu ini tidak tahan menanggung rindu, berpura-pura mengabaikan mu...ayah...D sayang ayah!

ingat x masah kecik2,ayah main cowboy ngan D kat atas katil....ibu hanya tersenyum...tp hari ini,D bergaduh dgn ayah...ibu pula yang sedih melihat 2 org yang dia kasihi ini bersengketa...

ayah,malam td D mimpi ayah dah tiada.Ayah pergi ketika D konvo...hari yang cukup sempurna bg graduan2 seperti D bersama keluarga.Dlm mimpi tu,ibu suruh D amik gak transkrip tu dan baru blk tgk jenzah ayah....tp x sempat ayah,ayah dah dikebumikan, D x sempat kucup ayah....D xnak jd begitu..

Biarlah masa depan D terkubur,kena tendang dengan ayah,kena pukul,caci mahupun dihalau rumah...tp D xnak terlepas saat mengucup dahi ayah bila ayah tiada lagi....

D tahu,kalau ayah baca blog ni pun ayah akan senyum kerana ayah tau yang anak ayah yang degil ni dah nak dengar ckp ayah...Ayah,D taip blog ni pun dengan air mata....cukup lama D simpan air mata jantan ni...akhirnya mengalir juga disbbkan ayah..tp ia berbaloi sbb D sedar siapa ayah didalam hidup D...mimpi malam td benar-benar menakutkan D, ayah!D sayang ayah!!

sekian,

ANAKMU

MOHD RUSDI REDZA BIN MAT ROSLI

Friday, February 27, 2009

Ujibakat Bintang USM 2009

salam semua,

finally,debaran ujibakat Bintang USM 2009 telah berakhir dan pendek kata memang memenatkan.
memang setiap ujibakat ataupun pertandingan,aku memang particular bab2 suara khusus di waktu pagi dan pada 26/2 itu,aku sendiri bangun awal untuk melawaskan suara,kalau tidak suara akan jadi berat ketika menyanyi.aku mmg x nak audition ptg sgt coz takut penat.kalau ada peluang utk pagi,aku gi.then,aku kejut kwn2 aku yg lain,sbb diorg pun join skali seperti Bell N Fit.Kitorang decided to have our breakfast in Tmn Sardon n fetch Tania in Khaleel then directly heading to Studio Tari,(the audition room).

setibanya disana,kami disambut dengan persembahan nyanyian lagu Gemilang.....fuh!! terus cuak!
apabila masuk kami melihat sederet peserta wanita yang hadir untk diuji bakat. TIBA_TIBA kelihatan yusuf yang merupakan Johan Bintang USM kategori asli yang turut mencuba nasib pagi itu.Beliau mendendangkan lagu Harapan from Fazli Zainal.Memang mantap vokalnya...bgmana pulak dengan vokal aku ni yang sekadar di pinggiran..hahaha

then,among us aku yang start dulu...nasib baiklah band mate Dewan Budaya ni kenal aku,takdelah aku segan sangat...TIBA-TIBA,Azmeer pulak masuk,nak tgk ujibakat ni plak..
aku cuak lagi la...tp aku redah jer....mula2 memang ok,tangkap syahdu...bila masuk add lips....SEDIH!!!!!!!!!!!!!! tak sama mcm karaoke version....huhuhu...memang pelik bunyi...abis audition terus duduk...malas nak pk...kalau dapat,dapatla....kalau x dpat,lantakla....bunyi mcm mengharap je???
huhuh

tp bakat yang lain x leh tutup mata...ada 1 chinese gurl yang amazing gile....dia cakap loghat cina asli punyer.....skali dia nyanyi lagu GEMILANG by Jac....i just leh cakap......PERFECTO!!!!!!
memang ke final minah ni!! superb....korang nanti tgklah kat final nanti!!!
so,malas nak pikir.....kalau ada rezeki,aku post! kalau xde post,jgn tanya aku...kot2 nak makan gitar atau mic stand,tanyalah!!!
hehehe
gurau je!!!

sekian,
ART

Sunday, February 22, 2009

Tahniah !!

salam semua,

terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada semua,(ada ke peminat?) kerana terlewat menyiarkan isu-isu menarik kerana 2-3 hari ni kesihatan saya agak terganggu.Jadi setelah sembuh dari demam,saya telah menghadiri ujibakat WCPA 2009 yg diadakan di Queensbay Mall petang td,tetapi terlebih dahulu sy ingin memaklumkan bahawa kehadiran saa bukanlah untuk menyertai ujibakat ini tetapi sekadar ingin menyokong beberapa orang teman yang terlibat.

sebaik tibanya disana,saya disajikan dengan halwa telinga yang agak baik kerana seorang peserta wanita sedang asyik menyanyikan lagu asli.walaubagaimanapun,saya begitu yakin bahawa didalam kategori nyanyian ini,Malaysia sukar unuk menghantar wakil dari golongan amatur kerana diperingkat antarabangsa nanti,kita akan berhadapan dengan pencabar-pencabar dari negara2 luar yang mempunyai bakat-bakat hebat.bukan tidak yakin dengan bakat tempatan.Tetapi perlu ada bakat2 yang berprestij tinggi untuk mewakil Malaysia.

kehadiran saya di Queensbay Mall itu adalah untuk melihat bakat seorang penari muda yang agak hebat diatas pentas.Dalam kategori tarian,ianya menampilkan persaingan antara Shalina dan Nato.Shalina yang juga merupakan penari terbaik festival zapin 2008 (MAKUM) mempertarungkan zapin sarawak manakala Nato pula memilih Zapin Kontemporari sbg pilihannya.Kedua-dua bakat ini mempunyai keistimewaan mereka sendiri,sehingga ada dalam kalangan penonton memerikan tepukan gemuruh kepada mereka berdua.

Akhirnya,mereka berdua terpilih untuk ke peringkat seterusnya di Kuala Lumpur.Perjalanan mereka ke Hollywood telah bermula dan akan turut dicatatkan didalam blog ini.Tidak lupa juga saudara Johanis kerana terpilih keperingkat berikutnya didalam kategori Lakonan.Diharapkan,ada diantara mereka mendapat tempat unutk mewakili negara.Tahniah dan selamat berjuang!!

sekian,

ART

Thursday, February 19, 2009

Vokal Terbaik

hi guys,

setelah tugasan kampus ku hantar pg td, aku mempunyai masa yg sgt panjang untuk fokus dengan blog aku ni.Hurm,menulis dan mengkritik tentang seni bukan senang apatah lagi aku yang tidak mempunyai didikan mendalam tentang bidang ini.Tapi aku percaya,pandangan org biasa seperti aku lah yang meletakkan harga sesebuah karya dan bakat kerana dunia seni memang prejudis.Hari ini aku ingin bercerita tentang vokal2 gila yang pernah aku dengar dan mampu membuatkan aku memberikan standing ovation kepada mereka.Walaupun mempunyai vokal yang baik,tak bererti aku adalah peminat mereka.Kita semak satu persatu...

1) REGINE VELASQUEZ


Merupakan penyanyi kelahiran Filipina yang telah menempa nama sealiran dengan zaman kemunculan Francessca Peter,telah bertahan sehingga hari ini menjadi diva terulung di rantau Asia.Beliau pernah berkolobrasi dengan beberapa nama besar seperi Jim Bricksman,Blue,Patti LAbelle, dan pelbagai lagi.Belia juga digelar Asians Songsbird dan pernah mengalahkan Celine Dion didalam Yamaha Music World contest.Beliau mempunyai arrangement vokal yang sgt luas dan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan ton dan nada tinggi.Antara video-video hebat yang pernah menjadi tontonan dunia didalam Youtube adalah persembahan I Dont Wanna MIss A Thing,I believe, If I Ain't Got You,All By Myself dan byk lagi.

2) ANTHONY FEDOROV

Beliau merupakan finalis American Idol bagi musim ke4.Kemunculan beliau dipertikaikan kerana mempunyai imej Clay Aiken(nerdy). Walaubagaimanapun, anak kelahiran Ukraine ini telah menghangatkan pentas American Idol dengan vokalnya yang persis seperti Marc Anthony dan Clay Aiken.Belian pernah membuatkan SImon Cowell terpaku dengan persembahannya ketika menyanyikan lagu Celine Dion,I Surrender.Semenjak itu,walaupun beliau tidak ke pentas akhir,beliau tetap memiliki bakat,pesona dang pengaruhnya sendiri.Inilah bakat sejati dari Ukraine.Beliau juga pernah menyanyikan lagu kebangsaan US (national anthem)ketika perlawanan ragbi di Chicago.Tapi malangnya,beliau masih tidak memiliki album dan single.


3)DARYL BRUNT

Juga lahir dari program realiti iaitu Canadian Idol bagi musim ke3. Kemunculannya agak menarik perhatian orang ramai apabila beliau mempunyai ton suara seorang wanita.Di sebalik wajahnya yang comel,beliau digelar Mariah Carey versi lelaki.Walaubagaimanapun,bakat yang dimiliki oleh anak muda dipertikaikan status seksualnya kerana dituduh sebagai pengamal homoseksual.Disebabkan kontroversi ini,beliau mengambil keputusan untuk berudur dari dunia seni.Antara persembahan terbaik beliau adalah When You Believe dan Taited LOVe.





4) Jaclyn Victor

Siapa tidak mengenali beliau?Secara umunya,rakyat Malaysia mengenalinya kerana memilih juara sulung Malaysian Idol.Kehadiran beliau di persada muzik tanahair bukan sekadar untuk meraih populariti,tetapi beliau merupakan satu dimensi angkatan baru yang membuka mata orang ramai akan kepentingan bakat.Beliau pernah menyertai Shanghai Music festival,IKON,Asian Idol dan pelbagai lagi pertandingan bertaraf dunia.Disini,keunikkan Jaclyn itu sendiri yang membuatkan saya memilih beliau sebagai antara pemilik vokal gila didalam dunia ini apabila berupaya menggunakan mic dengan jarak yang jauh.Hanya beliau dan Patti Labelle sahaja yang pernah melakukan aksi sebegini.




bersambung.....

ART

Kerispatih vs Fazli Zainal = Anuar Zain

salam kalian

mesti hairan kan tgk tajuk blog ni? apa kena mengena diorang dengan blog ni.hehe..bukan apa,aku try belek2 paper kot2 ada isu best yang boleh kita kongsi bersama2,namun tiada yang menarik hati.Seperti lazimnya,isu skandal,isu rasuah,isu Mawi Ekin loya,isu renjer pegang kemaluan singalah semuanya hanya sekadar mahu menghangatkan pasaran akhbar.dan itulah,yang menjadi sebab saya memilih untuk menjadikan kisah hari ini sebagai isu yang boleh dibincangkan didalam blog saya ini.

kerispatih????Fazli zainal????Anuar Zain???? apakah semua ini?related dgn saya ke?oh no,its not.
sebenarnya saya sedang membuat persiapan untuk menghadapi ujibakat Bintang Usm y akan dijalankan pada hari Khamis minggu hadapan.Sebelum ini,pihak penganjur telah menyenaraikan 24 lagu yang boleh dipilih untuk dinyanyikan ketika sesi ujibakat it nanti.Sememangnya,saya telah membuat pilihan iaitu untuk menyanyi kan lagu Kerispatih iaitu Tapi Bukan Aku.Saya telah membuat persiapan dengan latihan gerak gempur yang saya sendiri lakukan dengan memperkasakan nyanyian saya terhadap lagu ini ketika cuti minggu yang lepas.Sementelah berada di USM,saya mempersembahkan lagu ini kepada rakan2 yang lain untuk dinilai...tapi malang skali apabila mereka lebih tertarik dengan nyanyian saya ketika mendendangkan lagu Fazli Zainal.Jadi disni wujudlah konflik dalaman iaitu saya bertarung dengan prinsip saya sediri.

Ini kerana jiwa dan hati saya lebih serasi dengan lagu Kerispatih sedangkan persembahan vokal saya lebih bagus apabila mendendangkan lagu Harapan(kata-kata kawan yang lain).Jadi saya mengalami dilema ini selama 2 hari.Dan ketika hari ujibakat di peringkat Desasiswa Restu,saya mengambil keputusan menyanyikan lagu Anuar Zain iaitu Lelaki Ini.dan saya berjaya melakukannya dengan baik.SYukur alhamdulillah.

kini,saya tidak pening sekali lagi kerana saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan juri ketika sesi ujibakat nanti...(tp still takut ngan Azmeer)jJadi doakanlah saya berjaya sehingga ke peringkat akhir.Mudah-mudah ada rezeki di akhir tahun saya ini.

Sekian,

ARt

Wednesday, February 18, 2009

World Championship Of Performing Arts 2009

salam kalian,

mungkin ramai yg tidak tahu mengenai WCPA 2009 ni, tp kalau saya nyatakan penglibatan Malaysia dlm bidang ni, usahlah dipertikaikan kerana sememangnya kita antara negara yang berbakat.Secara umunya, WCPA merupakan olimpik didalam bidang seni,semenjak penglibatan kita beberapa tahun sebelum ini, Malaysia telah berjaya meletakkan namanya sebaris dengan negara-negara besar yang lain,misalnya seperti tahun lepas apabila kita berjaya membawa pulang 27 pingat emas dan ia merupakan antara rekod terbaik kita.Tetapi apakah sebenarnya yang ditawarkan didalam acara besar ini?

WCPA menawarkan pertandingan didalam bidang persembahan vokal, musik instrumen, lakonan, tarian , modeling dan sebagainya lagi.Dan pada tahun ini juga,WCPA membuka penyertaannya kepada orang ramai yang mempunyai bakat2 didalam bidang ini.Sy tidak begitu pasti akan lokasinya kerana apa yang pasti sesi ujibakat akan diadakan pada 21/22 Februari ini di Queensbay Mall,Pulau Pinang.

Dan untuk perkara ini juga,saya menggalakkan beberapa kenalan seperti NAto, Aimee, Jumizah, Andy n Nawwal untuk menyertai ujibakat ini.Kerana peluang seperti ini amat sukar diperolehi.

Sekian.

Art

Tuesday, February 17, 2009

Proton Exora - Malaysians MPV


salam kalian,

hari ini,satu kejutan berlaku apabila Proton Mpv telah diberi nama sebagai Exora.Syabas bagi mereka yang menang kerana memiliki proton MPv secara percuma.Disini,selaku warganegara Malaysia,saya berbangga diatas pencapai proton yang telah berjaya mencapai satu tahap baru dengan melahirkan MPVnya sendiri.

bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia automotif,sudah pasti telah mendengar kehadiran keluarga proton baru ini sejak awal tahun lalu.Berita baik ini turut diikuti oleh bapa saya, yang sememangnya bercadang untuk menambah sebuah lagi kenderaan.Jadi desas-desus kemunculan Proton Baru ini telah membuatkan ayah saya untuk memilih MPV terbitan proton sebagai pilihannya. Jadi ayah saya telah membuat tempahan awal, dan hanya menunggu waktu keluarannya sahaja.Jadi selepas ini,sy sendiri berpeluang mengendalikan MPV baru keluaran proton.

Apa yang menarik mengenai MPV ini selain harganya yang sgt berpatutan adalah ruang panel meternya kini adalah digital dan mempunyai skrin lcd untuk tontonan penumpang dibahagian belakang (2 skrin lcd).secara logiknya ia sudah cukup untuk memenuhi kehendak penumpang. Bagi keistimewaan yang lain pula ,akan saya jelaskan pada bulan Mei ini,setelah saya puas mengendalikannya.hehe

sekian,

ARt

Monday, February 16, 2009

Relevankah lagi AF?

hello kalian,

baru-baru ni,satu Malaysia digemparkan dengan berita mengenai Mas AF2 yang ditahan di wad psikatri gara-gara tingkahlakunya yang agresif dibalai polis Ampang.Daripada sumber2 yang dipercayai Mas bertindak demikian kerana tertekan dengan kerjayanya dan ada juga yang membabitkan teman lelaki Mas sbg punca masalah yang dihadapinya.Akhirnya,kini Mas perlu berehat dan Maestro perlu melakukan sesuatu agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku lagi.

Didalam permasalahan ini,Mas secara sejarahnya merupakan janda beranak dua berasal dari kampung nun jauh di Tawau.Beliau pada mulanya,merupakan seorang penjual sate yang berubah nasibnya setelah dipilih memasuki rancangan realiti Akademi Fantasia.Sepanjang program itu dilansungkan,Mas merupakan antara pelajar yang mendapat perhatian ramai disebabkan staus dan latar belakang beliau.Walaupun tidak berjaya seperti rakan-rakan yang lain,Mas tetap diminati dan mempunyai kelompok peminat sendiri.Mungkin disebabkan terlalu bergantung kepada Maestro dan harapan itu tidak disempurnakan dengan baik,jadi Mas mengambil langkah untuk bertindak menyatakan sesuatu kepada Maestro secara tidak langsung dengan langkah yang salah.Mungkn bagi Mas,beliau menaruh harapan terlalu tingi untuk kembali ke persada muzik tanahair seperti rakan2nya yang lain,yang semestinya sudah mempunyai nama seperti Zahid,Adam,Farah,Bob dan lain-lain.

jadi disini berlaku pengabaian terhadap artis2 maestro sebenarnya kerana mereka terpaksa menjaga ramai bakat2 baru sehingga ada dalam kalangan juara sendiri masih gagal menghasilkan album sulung mereka ?jadi relevankah lagi akademi fantasia?mungkin ada bintang AF lain yang tertekan seperti Mas,tetapi apa yang dapat dilihat melalui tindakan Mas ini adalah beliau menyatakan kepada masyarakat bahawa AF itu sendiri tidak relevan lagi jika sistemnya masih sama,meyimpan bakat yang ramai dan mengabaikan bakat mereka disbbkan terlalu mengejarkan keuntungan.

Sekadar pandangan,bukan tohmahan,saya melihat AF ini hanya mempunyai 2 jalan untuk mengurangkan provokasi masyarakat.

1)sekiranya mereka mengambil bakat2 baru,pastikan hanya Juara sahaja yang mempunyai kontrak dengan Maestro.Bagi bakat2 yang lain,inilah dunia realiti yang sebenar,mereka perlu mencari peluang sendiri.Dan juara yang dipilih haruslah dipromosi dengan sebaik mungkin kerana mempunyai pihak pengurusan pastinya mempunyai perbelanjaan yang banyak,dan dapat meningkatkan kualiti bintang tersebut.sekurang2nya,mereka mendapat tempat yang sesuai setelah 9 minggu diperam didalam AF.

2)Af direhatkan selama 2 tahun.

secara iktibarnya,AF bukan lagi medan mencari bakat yang sebenar...apa yang berlaku kepada Mas mungkin akan berlaku kepada anda juga sekiranya anda tidak sedar bakat anda dimanipulasikan.

sekian,

Art

salam perkenalan

hello kalian,

mungkin ada yang tertanya-tanya,siapakah gerangan saya didalam menyertai dunia blog ini...mungkin ada yang menyangkakan kehadiran saya adalah sekadar suka-suka meluahkan apa yang terbuku,yang terlintas dan yang terpendam didalam hati ini.Saya hanya sekadar orang biasa,yang mahu menggunakan peluang kebebasan bersuara sbg satu percubaan untuk mematangkan diri saya,meningkatkan kemahiran sosial secara ilmiah.mungkin ada yang tidak suka dengan pendekatan ini,tetapi sekurang2nya,izinkanlah saya menjadi diri saya sendiri.

disini,saya hanya memberi pandangan terhadap apa yang berlaku didalam persekitaran hidup khususnya didalam bidang seni dan kehidupan.ini kerana saya mahu menggunakan kemahiran dan pengetahuan saya untuk diaplikasikan didalam dunia sosial yang sebenar.Bagi mereka yang menyokong saya,terima kasih.Bagi mereka yang tidak,juga terima kasih kerana menjadi sebahagian drpd pengkritik yang saya hormati.

saya merupakan seorang mahasiswa Usm tahun akhir didalam bidang Antropologi & Sosiologi yang meminati dunia muzik,politik dan sosial.Saya juga merupakan seorang sukarelawan dan telah berkhidmat didalam bidang ini selama 2 tahun.Saya pernah mengikuti program2 anjuran Petronas dan Kementerian Belia dan Sukan.

Penglibatan saya disini telah membuatkan saya melihat satu perubahan yang drastik didalam masyarakat kita.Dan,saya merasakan inilah masanya saya melakukan sesuatu bg memperjelaskan apa yang saya lihat.Sesunnguhnya,tiada siapa yang betul dan salah disini..kerana manusia tidak pernah sempurna.Diharapkan kalian semua,memperolehi sesuatu yang bermakna didalam blog ini...

sekian,

ART