Sunday, January 24, 2010

BINTANG IRAMA 1 MALAYSIA 2010

korang tgk x pertandingan ni?..rugi kalau korang xtengok sbb korang mesti ternganga bile tgk peserta2 diorang menyanyi..aku pun menyanyi gak,tp biler aku tgk pertandingan ni,aku terus malu sbb peserta2 bukan melayu mendominasi keputusan pd malam itu.malah,ada yang betul2 buat aku kagum sbb diorang betul2 berminat memartabatkan irama malaysia ni..sedangkan kita ni pulak(org melayu) terhegeh2 nak nyanyi lagu omputih..nak jd mcm mariah carey n sbgnya lagi..


pemenang BIMA 2010-FELICIA(cina),LAKSHAMAN(INDIA),FADZILAH(MELAYU)


sebenarnya x salah kalau nak jd penyanyi mcm mana pun,cuma aku nak kritik sikit je...lite-lite..apa kurangnya prestij pertandingan mcm ni dimata kita..sbb,rata2 yang nak jd penyanyi sume nak cr platform gempak2..memg betul nak kukuhkan nama kena cr pertandingan yg best,tp aku rasa,kalau korang bagus, masuk mana2 pertandingan pun korang pasti leh menang..kan!

so,mcm lakshman yg memenangi pertandingan Bintang Irama 1 Malaysia ni,jgn putus asa..and aku org melayu sgt support kerjaya nyanyian ko! good luck!

CATATAN KEMBARA :KUALA KANGSAR

knocky! knocky!

well, lupa plak nak inform awal2 yang weekend lepas blog ni x beroperasi sgt sbb aku sekeluarga pergi Berlibur di KUALA KANGSAR...yes...mcm pelikkan famili aku gi cuti kat pekan kecik..sebenarnya,aku xpernah pi situ,famili aku je penah..then diorg mmg dah tangkap cintun ngan pekan tu...then now br aku faham y.Mula2.pg sabtu tu kitorang gerak sebelum subuh lg sbb nak angkut adik POMPOAN aku kat UITM sri iskandar...sampai sana dlm lingkungan kul 9 gakla...then,kitorang pecut menuju ke Pekan Parit dulu,utk mencekik...pastu br la pecut ke sana..(K.KANGSAR)

mula2 smp tu,aku rasa pekan Kuala Kangsar tu sama je ngan pekan2 kecik yg lain seperti Pekan PD,Pekan Kemaman dll.Tp,kata orang,xkenal maka x fall in love..angkat ko!Dan sbb yg aku leh katakan Kuala KAngsar ni Unik adalah seperti berikut:

MAKANAN:


tgk uncle ni tebar roti canai ni jer dah wat meleleh.makanan2 kat sini sumer nya kalau korang telan terasa mcm korang makan makanan yg best kat rumah...xcaya,nak tgk nasi lemak dia pulak?


nasi lemak dia mmg sedap..mcm makan kat umah kwn aku...time mak diorang masak..siap ada papadom tu..fuh!!memang menangkap..nak tau harga n.lemak ni hanya RM 2.00(rendang ayam siap telur mata kuning goyang)


perhatian kepada geng2 buruk makan aku,laksa di Kuala Kangsar ini dipercayai Laksa yang terbest pernah aku temui..Nama laksa ni,Laksa Pak DIn,kalau korang sebut je nama laksa ni,konfirm senang nak cari..memang rare..kalau korang hirup je kuah dia,korang seolah2 berada dialam yg lain..camne tu?



 

korang layan x PAU?aku adalah antara peminat PAU yg agak agresif didunia..hahaha,btw korang ada berani makan pau buatan cina?kat sini,memang lain sikit budaya dia,ada gaya pemahaman 1 malaysia sikit..kat sini,orang melayu mmg selamba makan kat restoran cina..mcm berjaya kan 1 Malaysia kat sini..huhu.PAu sini sgtla masyuk sbb inti dia x kedekut,paunya pulak geboo, dan kalau makan skali,esok nak lagi..(ni pun dah terasa kat tekak ni)

CENDERAMATA:


takut aku tgk mak aku renung..takut dia nak beli Rak besi ni,nak ckp apa?



kecikkan labu sayung dia,leh sejukkan air liur je tu!






pompuan ni kalau shopping mmg menakutkan,dia sendiri x tau nak beli apa..jgn dia angkut 1 kedai sudah!


nilah bengkel wat labu sayong..diorang dh sukat2 tanah liat mengikut bentuk dan acuan yg diingini...kalau nampak segedebak tu,maknanya diorang nak wat pasu cina hong kong depan pintu,yg leh muatkan kereta kancil.. tp,bengkel ni mmg bersih!



ni,kata pemilik bengkel merupakan mesin bancuh tanah liat...kiranya kalau time raya,nak cari side income lehla bancuh kuih bahulu,besar punya!



siapa suka sauna?tryla masuk! konfirm kuar jd debu..leh simpan dalam labu sayong..kan!
inilah dia microwave gergasi yang bakar labu sayong ni..aku tabik spring kat tauke dia sebb microwave ini merupakan subsidi kerajaan..dia leh dpt sbb bisnes dia sgt bagus..kepada kengkawan yang nak berniaga,contohilah dia..

BANGUNAN & ALAM SEKITAR 




ni kat pesisir sg perak..adik aku ckp,dulu 1st time dtg sini air sg dia rapat sgt..dah sama tinggi ngan tebing.pastu aku ckplah.."bukan banjir ke namanya tu?"..balas adik aku,"bukanlah,sg ni mmg mesra ngan tebing dia,x amik kesempatan pun,"(PULAK DAH!)

 
masjid ni slalu aku tgk kat buku teks Kajian tempatan time skolah2 rendah dulu je..sbb masjid ni diiktiraf antara masjid tercantik..skali,dah dtg sini,apa lagi crlah masjid ni..nak tgk dr dekat..
subhanallah..mmg cantik..shot pun cantik!

 
yg ni aku frust,kunun2 nak amik pic istana ni..kot2 nampakla Raja Nazrin minum ptg..skali xdpt sbb istana ni dikelilingi oleh pepohon2 yg rimbun..hahaha,siyala ayat aku ni.
aku agak tabik dgn persekitaran istana ni,sbb dia bg pelawat round sekeliling istana walaupun x masuk istana...cuba korang gi Istana johor,istana negara,istana n.sembilam...korang nak dekat pun,silap2 aribulan kena tembak dah..kiranya istana ni mesra rakyat la.


parents aku suka gile tgk muzium ni..kami dtg lewat 30 min,dah tutup..tp tgk anyaman dinding dia kat luar tu pun dah wat bapak aku menjerit2..cantik wo...

 
nilah rupa pekan Kuala Kangsar time waktu malam,xdelah happening sgt tp sweet..kalau nak bandingkan ngan pekan Tenom n Pekan Pd,kul 7 mlm dah golap! yg bukak pun 7E je..kat sini happening lagi..tp xdela karok n nite club ok...ko ingat ni pekan LAS VEGAS per..

 
ni pulak rupa pasar tani yg aku jumpa ngan MEOR exrumate aku dulu..bapak aku kalau bercuti kat pekan2 kecik ni mmg dia cr pasar..tgk mende2 pelik kat tempat orang...tp mmg betul,benda2 kat kl mmg xde kat sini..xcaya..korang gilah sendiri...

MANUSIA



ni jibaok(kanan) yg kitorang kena amik dia kat UITM dia..adik pompuan aku lah....nyusahkan je..ish!

 
 pasni,aku plan nak travel ke MANILA..siapa nak ikut?siyes ni?

 
nilah exrumate aku(MIOR KHAIRUL AZREN) yg aku jumpa kat Pasar Tani Kuala Kangsar..tp xdelah dia dressup bw bag bagak ni..sempoi je..suar pendek siap gi beli paper je...

Thursday, January 21, 2010

GLEE better then HSM..

ok! ok! bertenang!
aku tau adrenalin korang tgh memuncak sbb tgk GLEE semalam..exspecially,lagu2 dia yang agak best compare then High SChool Musical...b4 drama siries ni nak kuar,aku ada gak baca pasal drma ni smp cetus fenomena kat US bile 1st time ditayangkan..then,drama siries ni plak sapu award 4 best comedy n musical series kat Golden Globe...lagilah wat aku mcm x sabar nak tgk..so,mlm td pas aku tgk American Idol,aku terus jelah tgk tayangan perdana ni kat TV...




overall mmg thumbs up n better then HSM sbb xde isu kekanak2an walaupun ianya berlatarbelakangkan dunia high school...lakonan dia pun agak realistic,xder fairy tale sgt, dan karekter dia sgt muhibah n ada pelabagai jenis manusia kat skolah diorang..so apa lagi,next week kenala tonton.its every wednesday,9.00pm on starworld(711).

sinopsis:
mengisahkan seorang guru yg ingin mengembalikan kegemilangan kelab Glee (mcm kelab koir) yg telah ditinggalkan oleh guru lama mereka(gayish giler)..then cikgu baru ni membuat ujibakat dan mempunyai  sebilangan kecil sahaja ahli(x lebih 10 orang pun) sehingga satu hari beliau cuba mencari jalan untuk mepengaruhi pelajar lain menyertainya termasuklah pelajar dr kelab lain..so..sambungannya kenalah tgk sendiri.huhu

KERABAT dan Penduduk KG Petrosains

Ya Allah,sebaik sahaja aku post isu mengenai Keluarga ku di Petrosains,pelbagai feedback aku perolehi..ada yg nak kenal ngan sipolan lah,ada watak utama tertinggallah smp mengharukkan keadaan.Tetapi,jgn bimbang sbb watak2 ini akan terus diperkenalkan dr masa ke masa kerana bil ahli keluarga dan penduduk Kg Petrosains akan Bertambah..Yihaa...so kali ni..aku akan post watak2 kerabat dan penduduk2 kg di sini..
 
ABG LONG

lupa pulak nak khabr yg sebenarnya ini adalah watak utama yg tercicir..bila adik beradik aku baca je blog,terus dioarg caras aku,tuduh aku buang abg..astaga..bukan begitu adik beradik...degrlah keluhan hati ini..
sebenarnya susah nak cr pic along ko,nipun rezeki aku godek kat album profil aku...xnmpak muka pun xper,sbb abg long aku ni sudah berumah tangga..so,bg kaum hawa diluar..kami anak2 abah yang lelaki ada 3 org lg..abg long aku ni jgn main2 bab agama,kalau ada kemusykilan,bolehla merujuk pada beliau..
walaubgmanapun,abg long aku ni sporting giler...kalau bab2 it dia mmg taikun..ko tgk dia pegang kamera pun dah tau...

ATAM
 
hah..ini lah dia sepupu kami...nama dia apin..gelaran dia atam the bibir queens...kenapa bibir?
dulu,time kecik2 suka main merajuk...pernah skali abah kitorang besit dia ngan rantai emas pusaka nenek(tetiba) gara2 sabotaj letak chewing gum kat hp abah...terus menangis n merajuk...tu yg time merajuk bibir mencebik ke luar tu...leh sangkut hanger dah! nakal si atam ni!
lagi satu...kecik2 dah pandai dah request dada jantan yg gulp2,,haha..nasib baik anak2 jantan abah sume berdada boink! boink! kalau x abis kena kacau!

PAK USU
 

PERHATIAN! anak2 abah paling gentar dgn Pak USU..giler korang...Pak Usu kalau jegil mata je dah leh wat kami adik beradik sit up!giler kan!
pak usu ni bukan lah garang,tapi personalitinya kuat sgt...dominan omputih sebut...kalau dia jerkah,abis hidupan dirimba bertempiaran dan ombak dilautan bergelora..cewah!
IN TERM OF WHAT?
itu kena tanya dia,tagline dia tu...satu  lg peklon dia kalau dia soal,dia sendiri yg jawab..
Ucu kami paling manja ngan dia...x gitew!

OSHIN


cantik x pose dia! inilah bintang Kg kami..dia ni kira ala2 wanita rebutanlah oleh para jejaka kat kg kami ni..tp dia rapat gak ngan keluarga abah...cuba tgk spek kat atas tu..spek along aku tu!kan!
Oshin ni,sgt brutal walaupun gadis diatas pentas..(ye ke?)
skali kalau dia bersuara,dah tercabut atap2 zink kat kg kami ni..abis abah gak amik upah baiki umah orang..
tp sekali oshin perform atas stage,lebih2 lagi kalau menari...terkandas akidah korang sbb sheikh yg merasukinya tu bukan calang2..semangat Beyonce ok!
kalau oshin gelak...korang sure sempat buat airnya kat pantry sbb gelak dia makan masa,kalau dia gelak lg...korang leh punch kad pastu cancel kejer korang untuk esokk plak!


BANG CHIK
 

bang chik ni,kalau ikut turutan adik beradik kami...dr alang ke atas je yg rapat...yg bawah x sempat kenal sbb time bang chik ada,kitorang x dilahirkan lagi...sbb abg chik skarang ni jadi taikun eksport Dinosour kat luar negeri..so,dia pun kdg2 x tetap duduk mana...tp,time2 raya tu adalah balik kg skali skala...
kalau korang nak borak ngan abg chik ni...standby extra 1 jam sebb,satu jam pertma akan ada contend2 mengenai kerjaya dan planning(bisnes)...1 jam kemudian barulah masuk air..sorry bang chik,ni sumer kata2 kakak2 kami!

JIRAN SEBELAH
 

tgk muka ngan pose pun dah tau kan perangai anak jiran sebelah ni...nama dia lutfi..nakal ya rabbi..tp abah kata lutfi ni baik...abah x tau yang lutfi nilah yg tutup bekalan air umah kita time raya dulu..hahaha
tp,kalau ptg2 lutfi ni lah yang bawa kitorang main PSP...maklumlah,kitorang famili org kg je,main konda kondi ngan adik beradik..tp,sbb lutfila anjang ngan ateh kumpul duit beli XBOX...lutfi ni gak suka nyakat anak2 pompuan abah...tp,dia ni cool sbb skali kalau dah masuk kepala..dah xleh pisah dah paler tu...
Lutfi ni gaklah yg slslu antar kuih talam bulan2 puasa...tp kuih tu mcm dah berusik je(musykil)

TOK PENGHULU
 

meletopkan tok penghulu kami...dgn tongkat tu..skali dia libas kat korang..pasti leh diri 8 jam..hahaha
tok penghulu ni lah pencetos kami adik beradik...kalau dia x izinkan kami bersama,mmg xdelah aku nak wat tribute giler ni...tok penghulu ni orangnya senyap je...tp kalau dia bersuara,org2 kampung mesti tunduk..karisma tu beb!
tp kalau paper prob berlaku,dia backup BESAR PUNYA!
Abah dulu pernah gak nak bertanding jawatan penghulu ni,tp kami anak beranak x setujula sbb abah lebih sesuai jd exco kerohanian kat surau je..
ampunkan uda bah!













Wednesday, January 20, 2010

Aset Negara Yang Perlu Dihargai

Arini,bila aku gi kat google search n try cari info pasal Malaysia,aku terkejut sebab xbanyak  info yang menarik diketahui oleh dunia.Bila dibandingkan dengan negara2 jiran yang ada,maklumat tentang kita(MAlaysia) memang xbest langsung...Yelah,Indonesia ada Bali,Thailand ada Phuket n Filipina ada Cebu...bila Malaysia diorang mention Penang je,tupun ranking yang last2..kutuk2 sebab pantai kat penang x sebest pantai negra2 jiran...disebabkan semangat Patriotik yg ada,aku terus listdown aset2 negara yang boleh dibanggakan,yang ada kat negara kita je...yg perlu kita tunjukkan...


Legasi P.Ramlee

mungkin ada yang terperanjat bila aku listdown tokoh budaya dan karyawan ni...aku menganggap bahawa dia dan juga legasinya menjadikan Malaysia lebih unggul didalam persada seni.Siapa yang tak kenal karyanya seperti Seniman Bujang Lapok,Ibu Mertuaku,Penarek BEcha,Laksamana DO RE MI,Musang Berjanggut,6 Jahanam,Madu 3 dan sebagainya lagi yang pernah mendominasi anugerah2 perdana pada eranya.
Muzik hasil ciptaannya juga sememangnya berjiwa melayu dan meraih perhatian masyarakat dengan mudah.Karekter seniman ini yang ringkas dan humor sedikit sebanyak membuatkan namanya diberi perhatian.Pemergian seniman ini sememangnya meninggalkan kesan dan pengaruh yang hebat kepada tanahair kita.Jadi hasil & karya beliau menuntut kita untuk menghargai aset anak Malaysia

PUTRAJAYA


Bandar baru hasil idea mantan perdana menteri,Tun Mahathir ini amat sesuai dikatakan sebagai aset penting jika dibandingkan dengan struktur bangunan yg lain seperti Kompleks Sukan Bukit Jalil dan KLCC.Ini kerana nilai kesenian dan kebudayaan melayu amat jelas dilihat pada pengaruh setiap bangunan di Putrajaya.Tambhan pula,sistem pembandaran yang terancang ini memberi kesan terhadap persekitan hidup masyarakt setempat.Jadi,sebagai rakyat Malaysia,kewujudan bangunan ini wajar dibanggakan.

Teh Tarik


Siapa orang Malaysia xpernah minum teh tarik angkat tangan?Meh aku pelangkung ngan dulang dulu...Bagi aku teh tarik ni dah  sebati dgn amalan hidup kita...kalau x breakfast ngan teh tarik,cikai2 pun tgh mlm kang lepak ngan member pun teh tarik gak...Bapak aku yang elergik susu pun boleh jd hantu teh tarik,macam mana nak jawab?Teh tarik ni dah jadi lambang penyatuan budaya dan gaya hidup org Malaysia.Sampai ada yang nak terbangkan teh tarik ke angkasa...sempoi!

MAK YONG


Korang pernah tgk Mak YONG?bukan KAK YONG kelab kanak2 angkasapuri...MAK YONG adlah antara kesenian Malaysia yg diiktiraf oleh UNESCO...bg siapa yg xpernah tgk MakYong,baik pegi sbb
Mak Yong sgt best!
Ianya adalah gabungan teater,tarian dan nyanyian dlm satu persembahan yang diolah dgn begitu cantik dan selalunya menggunakan dialek Kelantan..Lagi satu,mak yong ni bukanlah gunakan bahasa yang susah kita nak paham pun sbb kadang2 terselit gak unsur2 humor yg urban..sbb kawan aku dr oversea pun faham jenaka dlm Mak Yong...bagi aku,kalau korang xtgk mesti kata x best..tp xkenal maka x cinta...

SONGKET
 
harap2 xdelah kontroversi bila aku listkan songket sbg aset dan warisan yg perlu kita hargai...bukat apa,dulu bila kita sibuk upgrade batik smp ke peringkat dunia,abis kena hentam ngan jiran sebelah..padahal sama akar umbi..tp,kalau songket ni bukan sekadar kita sahaja tp semua orang perlu hargai sebb warisan ni dah lama ,dan x mustahillah ada songket yang boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit..Songket x silap aku memg hampir semua orang ada kat umah sbb time raya br nak pakai.Lagi satu,songket ni janganlah basuh dgn washing machine...silap aribulan ,dapat badi dia nanti..hehe

HUTAN BELUM,PERAK


mula2 aku dengar pasal hutan ni time pas abis blajar kat USM,skali aku check hutan ni sgt amzing sbb flora dan faunanya belom diterokai  sejak dulu lg..dan kerajaan pun dah mulakan peranannnya menjaga hutan ni demi generasi akan datang.DI hutan ini juga terdapat beberapa spesis tumbuhan yang jarang ditemui di planet ini.Diharapkan ianya akan menjadi sehebat Amazon kalau kita sbg manusia benar menjaganya.(jgn berangan nak jadikan hutan ni mcm PANDORA plak...)


NICOL DAVID


anak jati pulau pinang ni mmg aku tabik.kalau korang x paham permainan skuash,mesti korang ckp apalah sgt game ni,atok aku kalau main pun leh champion.Cuba korang plak try main,konfirm rasa mcm nak mati nye..
Skuash antara permainan yg susah aku pernah main.dan disebabkan anak Malaysia sorg ni dah mengunggulinya di pentas duni,jadi aku nak bg standing ovation kat dia.
CLAP! CLAP!CLAP!
Dahla muda pastu ranking no 1 dunia.Bg aku,penghargaan kat dia adalah untuk membuktikan bahawa anak2 Malaysia boleh pergi jauh..Dan Nicol David dah mulakannya...korang bile lagi..

PULAU SIPADAN,SABAH
 

 Antara pulau yang paling strict nak masuk sbb kemasukan pelancong adalah disukat.Lagipun pulau nilah yg jadi rebutan antara kita & Indonesia.Paperpun,landskap lautnya antara 3 terbaik didalam dunia kerana terumbu karangnya sgt sihat2 dan mempunyai pelbagai jenis spesis yg jarang ditemui.Diorang sukat kemasukan manusia atas dasar menjaga keselamatan pulau itu sebenarnya.Menurut kwn aku yg org sana,korang kena apply lesen masuk setahun sebelum tarikh yg korang mintak..angkat ko!

JIMMY CHOO


mana2 perempuan dlm dunia ni mesti berangan nak pakai kasut mamat ni.bukan kasut kat kaki dia,tp kasut ciptaan dia.Nama2 besar seperti Lady D,Britney,Margaret Tatcher,Queen Rania,Queen ELizabeth pernah menjadi antara pelanggan2 utama kepada anak Malaysia ni.Hasil ciptaannya memang ekslusif dan berprofil tinggi dan dia merupakan antara taikun kasut terhebat didunia.ada berani gilah KLCC...try beli sebelah kasut je,menjerit duit korang!!!

KARTUNIS LAT
 
Bapak aku antara peminat kartunis ini.Anak kelahiran Ipoh ini bukan sekadar melukis diatas kanvas,tetpi menyampaikan cerita dan mesej melalui pengalamannya.Uniknya kartun beliau  mempamerkan budaya hidup sebenar rakyat Malaysia dan mempunyai nilai2 moral yg sgt tinggi .Namun kebanyakkan karya beliau adalah didalam bahasa inggeris dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa,dan telah diterjemahkan kedalam 15 bahasa asing termasuklah Jerman,Jepun,Peranchis dan sebagainya lagi...Bravo!!

CHEF WAN


Beliau pernah dinobatkan antara chef terbaik di dunia mengalahkan Jamie OLiver ok!
Siapa x suka tgk celotehnya yang sgt selamba,mengusik tetamunya di dlm televisyen.Inilah berkat dan bakat yang ada pada anak Malaysia ini.Terdapat desa-desus menyatakan bahawa beliau akan menjadi anak Malaysia pertama yg muncul didalam rancangan OPRAH!(sempat lagi  ke)
Beliau bukan sekadar chef yang hanya tau memasak tetapi beliau juga mempunyai bakat didlam bidang lakona.Penah tgk citer Lurah Dendam ngan Baginda.Disebbkan mulut becoknya juga,beliau disayangi oleh peminat2nya.
jadi bakat dan pencapaian beliau ini perlulah dihargai kerana tiada lawan yg boleh menggugat kebolehannya.

 GENERASI MUDA



Inilah harta penting negara.Anak2 muda kita sbb diorang nilah yg bakal menerajui tampuk kepimpinan negara.
Tapi yang sedihnya,anak2 muda kita ni ada diantara mereka dah rosak,terlibat dgn dadah,mat rempit dan sebagainya lagi.Ada pula yang kecik2 lagi jd mangsa x berdosa dibuang oleh mak bapak(kes buang bayi),diculik dan diperdagangkan.Kadang2 terpikir juga,kalau skarang  nilai kemanusiaan dah pupus,apa yg sebenarnya kita terapkan kat generasi muda kita hari ni ?
tapi,masih ada lagi harapan apabila ada diantara generasi kita telah mencipta nama.Jadi,kita sbg yang lebih berpengalaman,teruskanlah menyokong mereka!










 






Tuesday, January 19, 2010

KELUARGA AKU di PETROSAINS...

Kalau siapa yang sekerja dgn aku,mesti korang akan pelik dengan gelaran2 yang aku bagi kat sesetangah orang yang ada kat dalam petrosains tu.ala,bukan aku ngejek customer pun,cuma gelaran member aku yang dah aku anggap mcm keluarga sendiri.Mcm mana boleh jadi sampai tahp camni,siap orang panggil aku Uda lah,si polan tu mami lah,ada pulak atam..mcm2 lagi.Ini semua penangan mulut puaka aku time event Sahabt dulu,main petik gelaran kat orang..so korang nak tahu siapa watak2nya...kita mulakan dr yang paling kechik!

ACHIK



!nilah adik bongsu kami dan anak kesayangan abah! Nama dia Fairuz,masih study lagi kat UKM.Mula2 dia x amik port sgt adik beradik ni janji dia wat kerja.Antara sikap dia yang aku puji, dia wat keje paling senyap,selalunya adik kecik ni kuat merengek,tp dia tak.Kalau ada sesiapa buli dia,Anjang di Backup...Fairuz ni sgt unexpected sbb nampak je lemah lembut disukai ramai(cuba tgk pose kat sungai,manja kan!) tapi,skali main Water War Game,dia kedepan dulu.Kalau dia pegang group dlm kem,mesti group dia sapu awrd byk mcm Avatar menang Golden Globe..

UCU



 Ini pulak UCU kami.Susahnya nak amik pic ko,ni pun nasib aku sambar kat Alangnya profile.Nama diberi IZI,ucu ni mmuuuuuuddddddaaaaaaaaa sangat!
Ucu ni jugak mcm Lady Diana,suka wat kebajikan,cuba tgk pic kat atas,ala2 ratu wat charity..hahaha
best thing about her ialah dia ni garang tp x pernah marah orang.Sebb Ucu ni jenis layan je..Byk insiden lawak yang selalu dia kena...tp,ucu ni bukan pelawak mcm aku,dia serius type..kan!
Ucu ni kalau kat opis dia nilah yang bagi kerje kat adik beradik..Pastu dia jugak yang kira gaji adik beradik!
sebb dia Volunteer VMU.Tp, ucu ni jugaklah tempat adik beradik meluahkan perasaan kalau ada problem,kalau xcaya tgklah VMU tu kalau nak time balik..dah mcm bilik kaunseling

ANJANG
 

 Ini anak lelaki abah yang paling bongsu.Kakak2 dia siap risau bila abah nak hantar anjang ke ALAMerica, risau takut x leh jaga diri..  (kata mereka,kitorang abang2 ok je)
Nama sebenar anjang ialah Ainod...seronok tentang Ainod ni dia sgt jalan2 cari makan,kalau makan mesti seronok..wooo,susah dol dpt adik camni...kalau time lapa,mesti dia menang...kalau kita x abis makan...dah tau takdir makanan kita tu...Anjang study kat Alamerica 3 tahun,tp skrng ni dia dah balik cuti 3 minggu..so,seronoklah kami ada geng makan.hahahahah(gelak BESAR PUNYA!)

ATEH


Jgn memain ngan ateh aku ni,kaki pukul punya..hahaha
NAma betul Ateh aku ialah Hanafi..dia ni kalau menari mmg volabcious..ada feel punya!
Ateh aku ni kalau bab control crowd mmg champion,budak2 leh terkencing dgr dia punya suara...lg satu ateh ni x kedekut ilmu,ada je benda nak share..tau je cari kerja..bukan calang2 orang ni...Abah punya pemikiran pun dia leh baca..sentap ABAH!!ampun kan kami bah!

ANDAK 1 & ANDAK 2

ni memang jd kontroversi,ketika musim pertama...andak kami ialah Fitri(kiri)..disebabkan masalah kesihatan beliau tidak dapat memegang watak itu lagi..hahahaha(mcm gampang ayat aku) lalu watak ini diberikan kepada Taufiq(kanan) dr Langkawi dan kekal sehingga hari ini.
sebenarnya dua2 ni andak,cuma si fitri ni jarang bersama kami dah..lgpun dia dah ada kerjaya baru dan meninggalkan adik beradiknya yang lain..sob sob..so kita assume yang andak 1 duduk kat oversea...
so,si taufiq ni plak camne leh jd andak kami...dulu 1stime jumpa,mati2 ingatkan berusia 80an(tetiba)..sekali sama umur dengan UDA korang la WEY!!!!
Uda ngan si Andak 2 ni mmg satu kepala..byk jenayah yg abah xtaui diorg dah wat bersma..huhuhuaaaa..
maklumla..seusia!!

ALANG
 

ni plak kakak aku yang paling rapat,apa tidaknya...kalau kak nam bersama mmg x pandang kiri kanan dah! huhu!  AYU kan...nama diberi fatin(taken dah)
Alang aku ni bukan apa,dia terperangkap kat Opis outreach tu,dia sendiri mcm xtau yg dia tu volunteer ke staf...keliru celaru dalam diri,,,
tu yang kdg2 weng...
tp,kalau dia xde x best sbb alang aku ni byk tolong adik beradik yang lain..
nak wat camner kan,alang aku ni kdg2 bz outstation..so,sunyilah umah petrosains kitorang..
alang ni jugak informer along,ingat dulu2 time diorang ngutuk mamat poyo yg suka kejer sendiri tu...time2 nak semayang...rapat kan...arwah dah budak tu(siyal je)

ANGAH
 

ni dia dipersilakan ratu urut..angah a.k.a ADA aku mmg pandai urut...budak sukan tu...
FUYyyyooooooo!!!!
Anak2 abah angah sorang je cool n gamble..nak tau sebb apa..
dia selalu layan nescafe tin purple...tu yg rileks tu...kalau korang nak tips jaga kesihatan,mintak kat angah aku ni..kiranya dia ni mcm pengamal perubatan ubat tradisi la ni..
Nampak je cool,dlm leleh gak kalau event habis!huhuhu

ALONG
 

Along aku ni dulu degil(kata abah)...abah x suka dia bw motor tu...kalau bw motor tu,mesti x pakai helmet..kan
Nilah dia kakak aku MAS AINA...dialah anak abah yang paling jauh pergi belajar..TEXAS,amik degree zoologi..tu yang balik MAlaysia menang awards sains tu sbb menghasilkan kucing berekor straw!(camne tu)
Along aku ni,mula2 garang...tp bila dah kenal..ya ALLAH,boleh than gak ting tong!
Tp,yang bestnya Kak Long aku ni...kalau dia handle program,baik je ngan budak2...dah mcm segmen KAK YONG didlm rancangan kelab kanak2 angkasapuri...
Abah kata,kalau along gi oversea..mesti meletop,dah macam KIMORA..(xcaya,tanya abah)

MAMI
 

Ni lah mami Atirah kami...jgn salah faham,walaupun kami adik beradik ada abah n mami,tetapi mereka tiada langsung hubungan biologikal..angkat ko!
mami aku ni asyik gelak je kalau jumpa aku! saling bom-mengebom!
budaya mcm nilah yg kita nak..hah
Mami aku kalau time kerja ko jgn main2,kalau ko main2..konfrim ko jd bahan umpatan selama-lamanya...
Tp,kalau time suka-suki,n membuli...mumi akan berjuang smp menang...Gila ko nak lawan mami!Ceh!
mami aku ni prihatin,sgt mak2 layan kitorang yang tua2 bangka ni!
Napa ucu jegil mata kat aku?kan!

ABAH
 

nilah abah kami...MR FAUZI..
abah ni sgt sporting...aku x pun x pernah jumpa orang mcm ni..sempoi!
DIa suka budak2 dan dia sgt teruja dgn benda2 yang pelik..
kalau nampak permandangan yang cantik,pasti WOW!!!
tp,sikap dia yang suka benda2 pelik ni yang aku ikut!
abah kalau jumpa kami adik beradik..mesti dia mcm bersemangat n happy...
Dan abah ni dulu pernah mengalahkan Linda Jasmin dlm tarian bollywood sbb abah koreografer Bollywood kat MALAYsia..
nak lawan??

UDA
 

kan! sbb tu perangai aku ni teruk sikit dlm adik beradik!
dah ghupa macam tu...tu yg pakai firming krim...(alang kantoikan aku)
btw,aku sangat gembira jumpa manusia2 kat atas ni n aku sebenarnya dah thap sayang kat diorang sbb aku betul2 rasa mcm diorang ni famili aku..kadang2 aku je yang x mcm ahli keluaraga sbb taulah perangai aku ni...tp kalau dpt gather balik ni,konfirm gelak smp Achik Konvo!