Sunday, March 27, 2011

Tribute to Allahyarham Wahirin

Al Fatihah.

Mungkin ada yang tertanya-tanya gerangan hamba Allah yang menjadi tajuk kupasan penting pada hari ini.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang berlaku dan pemergian beliau adalah diatas kehendakNya.

Wahirin sebenarnya adalah salah seorang daripada anak murid saya yang pernah mengikuti program pembangunan muzik di sekolahnya.Beliau juga merupakan rakan akrab kepada adik lelaki saya Ruzaini & Radzi. Sepanjang perkenalan kami bersamanya,cukup banyak memori indah telah kami tempuhi.Saat2 susah senang kami rasa bersama.Arwah merupakan seorang yang cukup merendah diri,kaya dengan senyuman dan agak nakal sepanjang perkenalan saya.Tetapi,sy faham disebabkan kenakalan beliaulah...arwah menarik perhatian orang ramai kerana telatahnya yang menghiburkan..

Seorang yang sgt menghormati orang tua,prihatin dengan kepayahan sahabat andai boleh sy katakan yang arwah antara rakan terbaik yang pernah dimiliki oleh sy dan rakan2 yang lain.Ada satu masa disaat saya berang dengan prestasi anak murid sy,arwahlah antara insan yang menyejukkan hati saya.Beliau pernah berkata "Rileksla abg Rusdi,next time kalau kita masuk lagi pertandingan ni..kita kelepet betul2"
cukup meninggalkan kesan.

Setelah saya meninggalkan program ini,tidak banyak yang saya ketahui tentang perkembangan anak2 murid saya termasuk arwah.Kumpulan muzik yang dihasilkan juga tidak seaktif dulu..Namun,segalanya berubah apabila satu panggilan telefon benar-benar menghentak hidup saya..panggilan yang menyatakan beliau koma akibat dipukul.

Panggilan itu benar2 menghantui ,sepanjang masa sy mendoakan agar beliau sentiasa kuat dan kembali kepada keadaan yang baik..namun,tuhan lebih menyayanginya...Beliau telah pulang kerahmatullah...ramai2 shabat2 beliau mengunjungi beliau.. apakan daya,hanya mendengar perkhabaran dari adikku yang sentiasa berada disampingnya..Pemergian beliau meninggalkan impak..Tiada gunanya menyalahkan sesiapa diatas pemergiannya.

Saya difahamkan bahawa arwah menjadi mangsa keadaan..Kedua2 tangannya patah,mukanya teruk dipukul dan terdapat beberapa kesan tikaman pada anggota badannya.Beliau menjadi mangsa kepada samseng yang cuba mencari rakannya.Saya juga difahamkan kejadian iu berlaku di salah sebuah Kafe siber pada jam 3 pagi..selain beliau 3 orang rakannya turut menjadi mangsa yang mana seorang terkorban,2 orang koma(termasuk arwah) dan seorang lagi hilang tanpa dikesan..Perihal ini menjadi kes polis dah pernah dikeluarkan didada akhbar Metro...

Kepada anak2 muda yang gemar keluar pada waktu malam..ingatlah kecelakaan berlaku dimana2.Mengikut kajian yang dibuat oleh ahli criminologist barat,hampir 80% jenayah berlaku pada waktu malam.Sekiranya anda mahu meluangkan masa pada waktu itu,sila maklumkan kepada ahli keluarga anda dan elakkan ketempat2 yang boleh mengundang kemalangan...

Di sini saya kongsikan bersama anda dengan video yang menyimpan memori arwah bersama kumpulan muziknya..


Saturday, March 26, 2011

makan-makan

salam semua...

setelah menetap di bumi timur dalam tempoh beberapa minggu ini...telah didapati yang selera makan disini alhamdulillah berjaya dikawal...namun begitu ini tidak bererti yang Kuantan ni tidak ada makanan yang sedap..arini aku nak share kepada semua akan makanan2 yang menjadi kegemaran aku setelah puas aku menyenap-napkan gambar....jom tgk list ni!!



ini merupakan antara 3 menu yang mmg wajib aku oder kat kedai Sara Tomyam...satu-satunya kedai Tom Yam paling rare aku penah jumpa kat Malaysia ni..next time aku tunjukkan makanan rare yg xpernah korang makan....hehehe

hah..ni plak antara tempat kegemaran makan tghari atau minum ptg...time streetsmart lg..Warung Paksu & Maksu telah dilantik sbg penaja rasmi makanan tghari kami..
 dan ni dia makanan yg menjadi pesona hati 

too0o diaa!!!

ni plak makanan tgh ari kalau lunch kat Mabiq..masa lemak daging salai!...nyum nyum

manakala untuk makan malam pulak,kalau nak try ikan bakar..try ni.kat tanjung lumpur..kelepet wey!..pergh!!



xpun try kerang bakar dia..teringat plak kat si hantu kerang...Nurul Mariah Carey

anda berani menjadi rakus?

kesimpulannya,kat Kuantan aku maih boleh menikmati makanan2 yang hebat...adakalanya ia lebih sedap daripada di KL...(yelah,dah jd org kuantan kan!!)

Tuesday, March 8, 2011

American Idol 10..what???dah 10 tahun dah???

salam ukhwah...

entry bukan main lagi tp content harjad!!!ok now aku nak share faveret aku untuk American Idol tahun ni..tahun lepas faveret aku x menang pun,xper..kita try usha2..mana lah tau ada yang menang from list aku ni!!


casey abrams
-mamat ni mmg talented gile..korang kalau perform stakat main piano & gitar guwa x pandang!!
dia perform lagu sexy dgn CeLLo..ok????rare gile..kalau nyanyi mesti attitude..tp masalahnya..dia punya imej sgt BUSUK!!! get a shower men!!!

Haley Reinhart
-pompuan ni kalau kat Malaysia dia mcm Ella..gedik2 santai ...suara dia mmg leh tahan..kalau lagu mesti ada bunyi2 ranjang skit!!

Jacob Lusk
-leh jadi legend sbb suara R&B dia memang power..note tinggi dia mmg sentap kalau dgr...tp aku dpt rasakan dia nyanyi perasan whitney(feeling women)

Karen Rodriguez
-minah spain ni mmg berjiwa spain..dia dah kabo awal2 yg dia akan serapkan irama latin dlm persembahan dia..terbukti masa pusingan kelayakan..dia dah tukar lagu org jd lagu dia..tp xper..sedap punya pasal..aku list kan gak!!

Stefano Langone
-mamat ni mmg pailang mafia dulu2..badan x hengat berjahit bagai..aku pun xtau la masalah dia ni..tp suara dia mantap..bunyi latin yg sedap..cuma kalau nyanyi..muka mesti nak stress..

Lauren Alaina
-pompuan ni antara faveret utama aku..sebb dia muda...suara power n apa lagu je kalau dia nyanyi dia leh bawa dgn wow!! dia ni ada gaya Kelly Clarkson kacuk Carrie Underwood..come on beb..steven tyler pun sentap dgr sore dia!!

James Durbin
-aku mula2 x suka sgt dia ni sebb suka sgt menjerit2..aku pun xtau apa maslah dia...pastu drama dia pasal bapak dia buatkan aku naik nyampah..tp biler dia nyany aritu..memang power..ada gaya nak pukul Adam Lambert..

Naima Adedapo
-minah ni tgk muka dia mcm ahli sihir dlm Pirates Of Caribean..tp suara dia sedap..aku rasa dia pakai susuk leher..tapi kalau ada peluang,tgk betul2 time dia nak jerit..konfirm xleh tidoo!!!

Scotty Mccreery
-Muka kalau leh nak jambu..tp suara sgt uncle2..dia ni pun leh jd legend..korang dgr sendiri..tp dia leh bw lagu country je..cuba try suruh dia nyanyi lagu Zainal Abidin ke..klakar gak la!!

Pia Toscano
-perfect...antara si ayam yg perlu diperhatikan..lawa,sedap..x silap aku dia ni janda..tp persetankan itu semua..vokal baik...jgn diabaikan!!vote online!!

Thursday, March 3, 2011

Rindu Gombak,Tawan Kuantan

28/2-demotivated & hari paling gelap didalm dunia ku..terasa ingin ku tamatkan riwayat ini tetapi hanya satu sahaja panduan ku,agamaku & tuhanku...Ya Allah,kau sememangnya maha mengetahui.

1/3-masih terasa sendu sbg anak kota,hari ini aku akan berkelana seperti Pak Ngah..mungkin tidak sehebat beliau..tetapi cukup hebat bagi aku...berjauhan dengan keluarga,berdiri diatas kaki sendiri dan perjalanan hidup ku kali ini diiringi doa seorang ibu dan bapa yang benar2 risaukan akan kemampuan anaknya..

2/3-masih lagi didalam keadaan rindu..teringat zaman kanak2 yg tidak perlu gusar akan susah payah kehidupan..
kini dewasa mengiringi usia,aku perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang ada...walaupun aku keseorangan,aku masih bertuhan..Ya Allah,aku bersyukur berada dibawah payung rahmat mu!!

3/3-luka bertambah pulih,api makin reda...ku melihat kemampuan sendiri..aku yakin ..meneruskan pelayaran ini...mmg benar si pelayar rindukan kampung halamannya tetap dia perlu menawan kota di seberang sana! Aku Rindukan Gombak,kini Ku Tawan Kuantan

p/s:Uda kini menetap di Kuantan..