Tuesday, February 22, 2011

Sahabat Petrosains @ Jernang,Perak

salam februari semua..

jari masih menaip walaupun sebenarnya badan x cukup berehat disebabkan pengalaman yng telah ditempuhi beberapa hari yang lalu.Kerjaya aku cukup mencabar dan unik..bg mereka yg suka terperap didalam opis 24 jam,memakai kemeja sendat bersama pewangi armani...ini mungkin bukan kerjaya untuk anda.

melihat manusia dibalik dimensi lain sgt mencabar..mungkin anda terpaksa tidur berbumbungkan bintang,mungkin bermandikan lumpur...keringat tidak pernah berehat...lebih2 lagi bg mereka yg mahukan sesuatu dr anda.

ok,sini aku nak share pengalaman aku di Jernang bersama orang asli suku Semai(kalau xsilap)..secara keseluruhannya,budak2 disini pemalu tetapi sedikit agresif..walaubagaimanapun,ia merupakan antara pengalaman yg menarik hati kerana:

1-diorang sebenarnya pandai tetapi biler org luar ada diorang buat2 xtau...jd kena push skit sbb diorang x berapa yakin dgn diri sendiri

2-dr segi disiplin,diorang mmg cukup takut untuk dimalukan..ada beberapa orang yg telah menjadi mangsa skaligus berubah sikapnya

3-kem kali ini ada kelakarnya..tema kali ini adalah kentut(e-heemm)bahasa diorang.xde bunyi pun tp kalau berbau,mmg terbayek..sumer lari...selain menggunakan air refreshner,kitorg akan bg ganjaran kat mana2 peserta yg kentut kat luar...

4-ada beberapa pelajar pompuan yang kalau menangis suka melimpah2..maknanya..over exegerate...mcm mati lakila..padahal kena jentik telinga

5-kem ni ada sikit masalah komunikasi..rasanya,bebudah ni paham apa yg kita ckp..tp biler dia reply balik tu yg jd masalah..pening jugak abg2 dan kakak2 fasi nak berckp..tp skil dia,korang belajar balik bahasa dia,diorang pun suka..dah ada beberapa fasi yang fasih ni

kat sini ada sikit rentetan,coretan dan setan2 yang boleh aku share kan



antara persiapan2 yg dilakukan



menu hidangan yg menjilat jari..

 budak ni lah yg meraung bagai..hahaha







sebelum event!!!









 razak yg lasak!!


 tgv katanya!!
 budak yg memandang ke kamera nilah yg kena marah dgn aku..terus jd baik!!
aktiviti

 nama budak ni BAHJEROI..dia punya imaginasi dan bakat sgt hebat.
aku doakan dia jadi pelukis satu hari nanti!
 budak ni rare,dia ckp abg xnak amik pic sy ke?terus aku snap!!!
 lambaian akhir!!
terima kasih semua..my teamate n cikgu2..mudah-mudahan kita berjumpa lagi!

Monday, February 14, 2011

Fasa Hidup Baru

ok..memandang selepas ini aku akan berhijrah ke Kuantan..aku amat mengimpikan kehidupan aku berubah..dulu aku sgt bergantung kepada orang,suka memberontak dan kadangkala gagal membezakan yang baik dan buruk..

fasa yang akan aku hadapi selepas ini merupakan satu fasa yang dinilai oleh orang2 didalam persekitaran hidupku..jatuh bangun,senyum sendu selepas ini menjadi tanggungan sendiri..alam pekerjaan mengajar aku mengenali hidup dan menghargai masa..dan masa yang aku ada akan aku manfaat kan sebaik mungkin..

adakalanya,teringin untuk merehatkan minda di sofa sambil menghirup kopi ketika hujan turun..

menghilangkan keringat di waktu ini adalah yang terbaik untuk menghargai apa yang berada didalam hidup kita...

perjalanan pulang ke kerja setenang-tenagnya adalah seperti yang diimpikan,melewati kedai2 kecil sambil melepak bersama-sama kawan di bistro2 yang menghidangkan juadah telinga yang membuai minda..


(ini bukan kuantan)


ketika ini,cukup aku merasakan hidup ini sempurna..dan ingin aku kongsikan dgn org yang aku sayang

Rindu Eropah Tawan Damascus

salam maulidur rasul...

guys,arini aku nak share dgn korang tentang satu buku yang bakal mencetuskan inspirasi untuk mengembara..buku ini tulisan anak Malaysia...Munir Ramli,org perak lagi...clap! clap!

apa yg aku boleh citer kan pasal buku ni adalah kegigihan beliau untuk mengembara ke eropah spesifiknya ke German dgn menggunakan jalan darat..hah!!dasyat kan...yg tragiknya lagi,pengembaraan beliau dimulakan dgn perbelanjaan sebanyak rm 500 sahaja..mcm sukar untuk berlaku...xnak citer lebih2..korang cari buku ni,sure korang akan ketagih punya sbb nak tau dia ni sampai atau tidak ke German


p/s:aku dah satu koleksi..korang biler lagi???

10 destinasi cinta popular

hAPPY VALENTINES DAY.. harini,aku nak share ngan korang tempat orang bersinta-sinta berjalan-jalan..xmainlah dating kat padang skolah,park klcc..cuba try tempat2 ni


                                                                       10-HAWAII

9-MEXICO

8-ST.LUCIA

7-BAHAMAS

6-REPUBLIK DOMINICAN

5-TAHITI

4-FIJI

3-VENICE

2-PARIS

1-ANTIGUA


                                                                    

Thursday, February 10, 2011

Sesuai ke tasik!!


Kalau nak memancing,beriadah atau berjoging..bawalah famili anda dan anda juga boleh bw ini:




Tikar pengalas punggung..kalau matahari x terik leh la baring2 tido!!

yg ni,sambil usha awek,leh layan lagu dulu...tp x semestinya kaler ping!!

ni contoh untuk lelaki,kalau pompuan korang pakaila topi kebun ah soo tu!

 bukan apa,kadang2 kita x sedar bau masyem tU!! so spray2 la mana2 yg patut!


awas ini untuk memancing ikan,bukan pancing awek!!! tgk2 jugak tempat yg korang gi,kalau tasik tu xleh pancing..jgnlah gatal2 libas kat dlm kolam tu!!


ni semestinya kalau nak rakamkan detik2 berharga...manalah tau tetiba ada kuar raksasa kat tasik tu..korang snap je pic dia!!sure raksasa akan tersenyum tersipu2!!


yg ini penting untuk keselamatan. takutla ada yg cedera ke,pengsan ke..tetiba migran ke..korang punggah bag ni..xyah cr 7E...kalau tasik dlm utan,korang nak cr 7E kat ne?

kdg2 ada jugak spesis yg suka kuar lepak tasik time terik,jd jagalah mata anda..skarang ni ozon x berapa nak tebal...kalau x sayang mata,korang menghadaplah matahari tu sambil mata terbeliak,insyallah sikit kredit nyawa anda!!


 bg mereka yang berangan-angan nak jadi kulit mcm Naomi Campble,simpan duit tu xyah beli krim sunblock..kalau xnak kena barah kulit,pakai losen ni..tp ingat,kalau dah pakai losen,jgn terjun tasik,nanti hidupan tasik terjejas disebabkan kimia pada losen tersebut!!