Wednesday, December 28, 2011

SOLEKAN: dari kaca mata lelaki

salam semua,

pernah tak anda menonton iklan Dafi & Amani,yang Nani merajuk sebb Dafi tebagi bunga kat mak nani?ingat x?

iklan tu sebenarnya simple je mesej dia,umur korang dah lanjut ke..tetap cantik.
ok,hari ni time lunch tadi aku telah melihat sekumpulan wanita di KFC Persada.Bila aku cuci-cuci mata baru aku perasaan,kenapa diorang x berapa nak cantik???padahal dressup office attire ni..bile aku belek betul2..rupa-rupanya diorang yg speaking abuk ni TAK BER MAKE UP!!!!

dol,patah selera aku tgk diorang.bukan apa beb,topik yg diorang bualkan tu agak tidk kena dengan gaya..NATURAL BEAUTY!!..wak lu.


orang cantik pun make up!!!

gurls(tetiba nak memondan plak)..tolonglah jgn hegeh-hegeh konfiden kata korang ni natural beauty kalau muka dah macam mangsa periuk api..orang cantik pun bersolek...mungkin sesuai la muka korang tu untuk gi pasar tani ke,gi teman abang repair motor ke...ini haiyo..time keje kot..aku rasa wanita KFC lagi cantik drpd korang.

aku nak share gak satu bidalan kot yg mengatakan,kalau nak tgk kecantikan ister,tgklah time dia bangun tidur...korang rasa zaman skarang ni leh ke nak bernatural beauty sgt?susah beb...kalau ckp pasal make up dengan org yg warak skit sure kena carut balik,pada mereka bersolek tidak boleh ditayangkan..

ok,hari ini,solekan bukan untuk kecantikan semata-mata..tetapi ia juga adalah satu bentuk kebersihan..kalau muka dah macam buah mengkudu..pastu feeling2 kejadian alam...pastu ikut suami gi kenduri kawin sedara mara..mahu kena cerca dgn orang yg tgh makan kat kenduri tu..plzla...tacap sikit..

jgn pulak,muka tu dah bermengkudu...pastu ko blusher biru kat pipi..silap aribulan mahu jadi blueberry kat muka...

kepada awek2 diluar sana,kiranya sudah berlaki or berbf...plz mintak pendapat diorang..kalau leh honestnya...yelah,manalah tau nak gi jumpa bakal mak mentua korak make up sundal..x ke haru!!..bile laki tu dah bg idea n tegur..jgnlah perlekehkan pendapat laki tu mcm 'eleh,mcmlah dia tau bermakeup'...

lelaki zaman skarang ni,kalau boleh mmg nak awek dia bermakeup...tp xpayah lah smp 7 inci fondesyen tu..lipstik x perlulah sama merah dgn lampu isyarat...lelaki x suka.

giler apa nak berbini makeup mcm ni!!

dan ada masanya jugaklelaki suka sgt tgk muka awek dia tanpa makeup..kalau korang xpercaya..korang tanya lelaki korang...diorang syok kat korang time bersolek ke atau time natural beauty...

aku sendiri test kat awek aku,sbb aku xpernah tgk dia makeup..last2 masa ajak gi kenduri kawin..dia tau bawa diri..dia calit la sikit apa2 yg patut..manis je aku tgk.xde la memalukan aku..ini semua dilema lelaki yg slalu kita alami...

unutuk lelaki juga,hari ni...dah berlambak2 pencuci muka yg sesuai..jgnlah ko feeling rania gold rozita che wan..nanti kalau cantik..susah uolllSS

faizal tahir pun dah jadi mekanisme memujuk lelaki unruk menjaga kebersihan..kalau aznil jd model,korang xnak...ni FT dah kuar..plz cuci muka...jgn korang feeling2 ckp awek gua suka muka ganas berminyak gua...palerhotak ko..nampak sgt awek ko tu pengotor..xkan 24jam nakberlendir muka..haiyo..dunia2

lesson learn,
-kita x perlu bermakeup all the time,tp kita kena tau bile perlu make up
-bersolek bukan sekadar kecantikan,tapi untuk kebersihan
-berilah pendapat kepada pasangan masing-masing tentang imej dan pembawakan diri ke sesuatu tempat
-guna produk yg sesuai
-jgn tayang sgt wajah mengkudu anda di majlis2 berprestij tinggi

Tuesday, December 13, 2011

Pra AJL 26- Ramalan dan Pandangan

Salam semua,


Masing-masing dah tahu kan senarai akhir AJL 26.Amacam? Anda berpuas hati? xper..jgn tarik2 rambut..susah kalau nak cakap pasal lagu yang baik..benda2 mcm ni subjektif untuk dibincangkan.Tetapi lagu terbaik yg dicari dlm AJL selalunya dijadikan kayu pengukur untuk lagu pada tahun itu.Maknanya,kalau kita ckp pada tahun 1986,sememangnya lagu Sekadar Di Pinnggiran adalah lagu terbaik pada era itu.

Tapi tu semua pengiktirafan daripada mereka yang pakar.Kita ni hanya pendengar yang xdelah ilmu mana pun.So,adakalanya xperlula kita nak bising sgt sbb siapa kita nak tentukan juara milik siapa...Paperhal pun selaku penyokong kuat muzik tanahair,aku tetap ok walaupun adakalanya lagu yg dipilih itu adalah lagu yg bukan dlm kelompok faveret song aku pun..

Ok,untuk tahun ni,aku nak wat ulasan n pandangan sebelum AJL bermula..selama ni pun aku ulas selepas event,so,xnampakla ramalan aku sgt..jom,kita tgk finalis satu persatu

                       Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)

personally,lagu ni sgt mudah dari segi komposisi muzik dia.Dari segi lirik cukup ringkas dan padat dengan unsur2 nasihat.Tetapi,kelemahan lagu ini dari pandangan mata saya ialah,lagu seperti ini sudah lama ada didalam industri muzik kita.Seingat saya,ada sebuah lagu lama seakan2 lagu ini pernah wujud ketika zaman P.Ramlee lagi.Dan,jika mahu dilihat dr segi komposisi lagu ini,ianya seolah2 sebuah lagu yang setaraf dengan lagu Sandarkan pada Kenangan.Mungkin pemilihan lagu ini ke final juga disebabkan suntikan baru yang dibawa oleh altimet yg mana bahagian rapping nya seolah2 dekat dgn budaya semasa.

                                             Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

Faizal Tahir untuk tahun ni membawa perubahan baru dari segi lagunya.Untuk susunan lagu kali ini unpredictable,tidak seperti lagu beliau pada tahun2 yang lalu.Pemilihan tajuk Karma dan liriknya sgt sesuai dgn  muzik yg diketengahkan.Kekhuatiran saya ialah,apabila lagu ini tidak seimpak lagu2 lama beliau.Mudah sekali,kalau lagu tidak meniti di bibir pendengar bermakna lagu itu masih belum lawas didalam industri muzik.Good Job FT,kalau tahun ni x sangkut pun,at least ko dah bg pendedahan awal kepada pendengar tentang muzik ni.

                                                                                    Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

Ini lagu kontroversi 2011.Lagu ini menjadi mangsa mainan politik.Kita berbincang dr segi karyanya dahulu.Ikhlasnya lagu Penakut ini memberi impak yang mendalam bagi pendengar.Cumanya,ianya tidak diletakkan dalam pasaran mainstream.Liriknya semudah nama lagunya.Muziknya mempunyai komposisi drama yang baik.Cuma ianya seolah2 kedekut,dalam erti kata lain lagu ini tidak puas didengari.Dari aspek kepuasan,sememangnya didlm menghasilkan karya,karya yang kedekut adalah satu karya yang bersifat bijak kerana ia mendorong pendengar utk mendengar dan memahami lagu tersebut dgn lebih mendalam.Dari segi mainan politik industri muzik,semua orang tahu insiden AIM yang dialami oleh Yuna.DIkhuatiri lagi apabila AJL tahun ini dijadikan alasan untuk Yuna membalas dendam.Bukan untuk apa,sebaik2nya apabila sesuatu keputusan itu dibuat,perlu ada penjelasan yg kukuh.

                                                Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

Bravo to Kru sbb menghasilkan sebuah karya yang tidak ada langsung pengaruh KRU.Lagu ini menjadi siulan ramai disebabkan Anuar Zain  dan Merong Mahawangsa.So,lagu ini sedikit demi sedikit meniti di bibir peminat.Dalam kata erti lain,ini adalah kelainan yang dibuat oleh Edry.Cuma sedikit kerisauan ialah apabila lagu dendangan Anuar Zain kebanyakkan berbau melankolik,yg mana ianya terlalu klise untuk didengari.Dalam kata lain,muzik lagu ini lebih tinggi markahnya dari penulisan liriknya.

        Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

Lagu ni sechicky tuan empunya badan.Honestly,saya x berapa minat dengan lagu ini kerana ianya terlalu feminisme.Dalam erti kata lain,dari segi muziknya sahaja sudah menunjukkan kekuatan maksud ini.Ianya adalah bonus untuk Yuna mentafsirkan karya dan cerita beliau didalam lagu tersebut.Jika diamati betul2,lagu ini berpotensi menjadi lagu malar segar kerana keunikan muziknya.Saya akui lagu ini hebat walaupun sy tidak gemarkannya.

Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

Lagu terbaik APM 2011.Aku jerit time lagu ni menang sbb lagu ni mmg best.Lirik dia yang mendalam,muziknya yg sayu buat aku berangan2 nak nyanyi lagu ni time kahwin nanti.hehe.Ok,back to basic,lagu superb,lirik amazing cuma aku risau durasi lagu ni yang sedikit panjang,dlm erti kata lain lambat panas.Kita tgk mlm finale nanti,bagaimana Ramli MS arrange muzik lagu ni..x sabar rasanya.

Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Lagu baru,genre baru,nafas baru,penulisan lirik gaya baru,komposer baru dan penyanyi baru.Bersediakah anda sekiranya tahun ini lagu beliau dinobatkan sebagai juara?Kalau korang bersedia,fikirkan kembali apa yang berlaku pada Ana Raffali tahun lepas.Jika dibandingkan,lagu Ana lagi serius dari lagu budak ni,tetapi masih kena kondem.Tetapi kalau anda mahukan sesuatu yang baru,mengapa tidak Cinta Muka Buku diangkat sebagai juara?.
Ini adalah lagu generasi baru.Kalau thn lepas korang kondem Ana Raffali pastu korang tahun ni sokong Cinta Muka Buku,korang memang keji..hahaha

Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

Lagu ini mahakarya hebat.3 vokalis terbaik Malaysia bergabung tenaga untuk lagu yang sungguh tragis.
Pada mulanya,aku adalah peminat tegar lagu ini,tetapi lama kelamaan aku  merasakan yang ada yg x kena dgn lagu ni kerana aku dah rasa bosan sedikit.Jujurnya,lagu ini hanya memberi kesan smp 5 minit je,pastu xde pape dah.Dalam erti kata yang lain,lagu ini umpama lagu saduran Cinta nyanyian Ibu Kris dan Ibu Melly.Jadi,ianya hebat tetapi liganya sudah ketinggalan.Jangan salah sangka,lagu ini tetap hebat cuma ianya setaraf lagu Cinta,ciptaan seberang.

Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

I have friends just told me that this song's too cheesy.Ok,itu pandangan beliau sebb mungkin lagu ini terlalu ringan untuk didengar.Honestly,ini antara lagu terbaik yang bertanding pada AJL nanti.First,lagu ni ada cerita yang lengkap,muziknya sgt cheesy(seperti yang dikatakan) dan dlm erti kata lain muzik dan penulisan liriknya mempunyai markah yang seimbang.Cuma,point yg perlu dilihat adalah didalam penulisan lagu ini terdapat penulisan campur or rojak seperti  'overtime' & 'support bini'Tetapi,this is AJL bukannya test JULAI Bahasa Melayu.yang penting kualiti lagu berkenaan.Sekiranya lagu ini diangkat juara,bermakna penulisan lirik di Malaysia juga sedang berkembang.
Dari segi susunan vokal Monoloque & Atilia sendiri sudah memperihatkan keunikan lagu ini.Harmonizing louqe sejujurnya saya katakan ia diluar norma.


Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

Lagu ini bergenre baru tetapi ianya sedikit mendatar.Apa yang membuatkan lagu ini sedikit hebat adalah disebabkan suara Boy yang energetic.Kiranya,kekuatan lagu ini adalah ianya terlalu signature dan tidak boleh dinyanyikan oleh orang lain.Masalah yg berikutnya adalah,ianya tidak multi form,bermakna ianya seolah2 mengulangi rangkap muzik yang sama.Jadi,mampukah ia memberi impak kepada pendengar?



Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

Aizat,lu memang Aizat...Muzik sgt superb.First time dengar terus ingat orang lama skali lagu kau Jat.hurmmm.ANyway lagu ni mmg masterpiece ko kot..Siap pakai angklung lagi ni..Tapi...ada tapinya,baru-baru ni adalah try lagu ni kat karok REDBOX SoGo,lirik lagu ni terlalu cloudy la Jat..Terlalu floating,x mendalam sgt Jat..bg akula,,,Mungkin sebb muzik ko sendiri dah mampu sampaikan story kau ni.Markah Lagu memang power..lirik mcm x berapa sgt...sorry bro,lagu ni tetap jadi lagu poojaan aku..

Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

Yang ni terbalik kisahnya dengan Beribu Sesalan,Mula2 aku x gemar sgt lagu ni sbb Alyah(dia nyanyi x control kalau live).Tapi lama kelamaan makin superb plak ..SuSUnan lagu ni lain sgt2..Dalam erti kata lain,muzik lagu ni sgt bagus..energetic but penulisan lirik dia meragukan..bukanke supposedly lagu ni lagu sedih,awat muzik dia mcm memberontak.Tapi,lagu ni jgn pandang sebelah mata la...superb ni..



Anyway,jgnlah emosi baca artikel ni,It just for fun n share my knowledge about music with u guys..Kalau ada yang terkurang,sy mintak maaf..kalau ada yang setuju..just senyum je..lagipun nak gadoh2 kat sini wat per pun,Juri nanti akan berkampung,time tu diorang akan tarik2 rambut nak cari pemenang.Bukannya diorang baca pun artikel ni,kalau diorang baca pun,apalah sgt ilmu yang aku ada ni dgn pengalaman diorang.X effect pun.Nak ramal lagi?jom tgk siapa yang aku ramal

Tahun ni sengit  giler bagi aku.dah 4 tahun aku ramal,alhamdulillah hampir semuanya menjadi..kita tgk ramalan aku tahun ni..

Senarai lagu yang dijangka mendapat perhatian:

-Awan Nano
-Sedetik Lebih
-Kisah Hati-
-Kekanda Adinda
-Beribu Sesalan
-Sg Lui
-Penakut

Persembahan Terbaik:(xleh ramal,sbb kena tggu malam kejadian la)

Vokal terbaik: 3 Suara/Hafiz

Ketiga-Penakut

Kedua-Awan Nano

Juara Lagu-Kekanda Adinda

p/s:guys...again aku ingatkan,ini ramalan n pendapat peribadi aku sahaja..bagi penyanyi2 yg kot2 terbaca artikel ni.take it as kritikan membina..ok...enjoy2..happy


Friday, December 2, 2011

Kisah Klasik Untuk Masa Depan

salam semua,



hari ini,aku berkata-kata dalam tulisan buat pertama kalinya di bumi Selatan.Hampir 10 purnama aku menimba segala rencah didalam hidup ketika bertugas dibumi Timur.Adakalanya tenang,adakalanya bergolak.Udara yang aku hirup disana berbeza dengan udara metropolitan yang aku bernafas sekarang.Segalanya berubah.kerana 10 purnama itu aku berdiri diatas nama-nama ikhlas yang menumiskan lagi keseronokan disana.Dalam erti kata lain,dari Kuantan,kin ku tawan Johor.

Hari ini,dimensi berlainan.aku mahu berkongsi dengan kalian insan-insan hebat yang bersama-samaku selama 10 bulan di Kuantan.
dis is Ammar Ramlan.aku kenal dia dari zaman dia jadi Volunteer Dinotrek lagi.Menariknya tentang amar ni,dia nilah satu satunya Volunteer yg aku nampak semangat didalam dia bekerja,Dia xpernah ckp tak kalau aku bagi kerja kat dia dan kadang2 dia yang menjadi pendorong kat aku untuk bekerja dengan betul..Kalau aku ada program baru,aku nak wat trial...aku akan panggil dia untuk try skali sbb feedback dia sgt realistik..To ammar,keep it up..study baik2..aku nak kau jadi lagi better dari aku..prove it to me..

ni ialah KIT,mula-mula kenal dia sejenis direct,apa benda yang ditutur dan diakukan adakalanya diluar norma..hehe.tp bile dah kena,ada juga yang aku tegur,sampai dia menjadi orang yg aku rasa selesa untuk berbual,tambahan pula budaya kerja dia mmg aku kagum.kalau ada apa2 masalah dia akan kedepan dulu,kadang-kadang x payah disuruh..hebatnya kitaadalah dia tetap menjadi diri dia,dia sedar asal usulnya dan dia ada perncangan masa depan dia.Kit,kawin mu nanti aku try dtg tau..(org kesayangan bos aku ni)

nilah poklang @ abang adam.antara individu yang membuat aku terpikir ada lagi org mcm ni?Seorang yg sgt tenang dan bersabar.Kalau ada masalah sekalipun,dia tidak pernah meninggikan suara,Kalau dengan aku,gurauan dia sgt menghiburkan.TETAPI,abg adam ni ada sindrom obses(bukan obes) dengan gajet.kalau dia beli gajet,ramai akan risau.Tapi,prinsip aku mudah...jgn persoalkan apa yang dia beli,sbb dia tahu apa dia buat.Kalau dia xtau skali pun,dia akan belajar dr apa yg dia buat.(kan).Poklang,miss u bro

this is Hanafi Jaafar.perkenalan aku dgn dia so-so skit sbb dia ni x byk ckp..takpun dia ni tgk kawan kalau nak bercakap.heheh.(sorry nip,tercarut ko plak).Btw,dia ni aku adore sbb dia ada proper life,yelah merantau negeri org,kumpul harta dan mmg jenis x menyusahkan org.Tp malangnya,didalam mengejar nikmat dunia(carut ko lagi!!) aku jarang spend masa sgt dgn dia sbb dia ni bekerja x hengat..hehe,bukanla,jadual kerja dia lain..kdg2 shift malam..kdg shift siang..so,enjoying with friends to terbatas sikit.But impressively,dia ni pandai meng imitate mana2 karektor dlm movie.yg paling epik 'ooooooowwwwwwww'..korang try lepak ngan dia,pastu request buat mcm kucing kat dlm citer puss in boots

 hehehe..abg ni namanya Acap...bibir dia macam FUMAKILAFAIRY..hahahahok,back to bisness...perkenalan aku dgn dia bermula dgn insiden yang x berapa baik.but,we getting closer day after day n i put my believeness on him..kadang2 kami share problems,nasihat each others,carut each other..yg best nya pasal mamat ni,kalau kita carut dia,dia bukan sejenis carut balik..dia sejenis melayan..naik tangan,belum lagi..orangnya pun pujaan ramai,dan dia agak keras kat dalam,n bagi aku susah nak sentuh hati dia ni.
miss u bro

nilah watak utama dlm kumpulan ni.tunjang yang sbnrnya seronokdikenakan..he is nice guy..nama dia sepul.he is my senior during  study period..dulu,biasa2 je kalau borak time uni,skarang....sejajar dgn usia,harusla mengkritik antara satu sama lain.he is superb talented...he can sing,cook even pose like Ann ward.Byk  cerita yg pernah aku kongsi dgn dia..the best part of him..he is the guy among my colleague who can whistle..(tears)
mamat ni aku menitis skit kalau nak bercerita pasal dia.td baru dia mengadu,selepas pemergian aku dr kuantan,dia nampak kelibat aku,tp bukan aku..then,dia sebak..aku jawab balik"Min,aku masih ada disana,kat hati korang"..Muhaimin aku kenal setahun lepas di kolam renang awam kuantan.masa awal perkenalan pun dah ada masalah,masing2 mcm x ngam sampaila bila jumpa balik n geng dgn budak2 nakal lain.masa tu baru kami rapat.Min sama mcm sepul,pandai sgt masak.Byk makanan diorang masuk kat perut aku..dan sebb diorg tereer aku melantik mereka berdua sbg tukang membuat kek dihari perkahwinan aku.boleh min?hehe...teringat time aku raya aji sorang2,min lah yang ajak aku beraya pagi tu...then hasut wat plan giler...MIN,aku sayang sgt kau..xde kedua buat kau...

byk lagi orang yg aku syang,tp untuk kali ni...aku share dgn orang yg x dijangka-jangkakan menjadi sahabat terhebat aku di Kuantan.

Sampai jumpa kawanku,Smoga kita selalu menjadi sebuah kisah klasik,untuk masa depan



p/s:love u guys

Thursday, October 20, 2011

Belangsungkawa : ATEH

Pagi 17 october aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon oleh adikku,Radzi.Panggilan itu sangat tenang tetapi berlatar belakangkan suara tangisan ibu.

Adik:Bang,ko leh amik mc x arini?
Aku:Mc????watper?arini mmg aku cuti.
Adik:Balik bang...Ateh dah meninggal.

Terpegun mendengar kata2 itu,Baru 2 hari yg lepas,kawanku Muhaimin kehilangan makciknya juga,Ateh...Aku tidak berfikir panjang...Persiapkan diri dan terus pulang ke KL,menziarahi jenazah dan anggota keluarganya.

Ateh adalah makcik aku,kakak kepada ibuku.Arwah adalah anak ke 5 dari 10 orang adik beradik,dan anak perempuan yang ke 4.Beliau mempunyai 3 orang cahaya mata dan beberapa dozen cucu(tak ingat,sbb ramai.Takut silap kira).Kenapa beliau istimewa di mata kami..sy kongsikan pengalaman saya...

Ateh X Pernah Marah.

Seumur hidup saya mengenali arwah.Tak pernah saya mendengar arwah memarahi sesiapa didalam hidupnya.Kiranya ada skalipun,sy tidak pernah menganggap yang itu adalah satu kemarahan.Sekiranya ada anak2 buah yang bergaduh,beliau la orang pertama yang meleraikan pergaduhan.Kalau ada abang2 atau kakak2 yg membuli adiknya,arwah la orang yang menegurnya,Arwah tidak pernah sesekali memarahi atau memukul budak2,malahan arwah la orang yang akan membackup kami kalau parents kitorang memukul kami..Arwah sendiri akan menangis kiranya ada budak dipukul ddepan matanya.

Ateh Yg Pemurah

Ateh memang sayangkan budak2.Dari sy kecil hingga menjadi dewasa,perkara ini tidak pernah berubah.Kalau ateh pergi pasar,dia pasti membelikan sesuatu untuk budak2 dirumah.Kerana dia tidak mahu,budak2 itu bertanyakan "Ateh ada beli paper x untuk kitorang???".Bagi arwah,biarlah soalan itu disimpan kemas.Biar arwah bertindak dulu.Biar budak2 itu gembira dulu.Antara barang yg selalu ateh belikan kepada kami,makanan ringan,ais krim, buih belon, ngan air gas...

Ateh Yg Bijaksana

Pernah satu ketika dulu,kaum ibu sibuk memasak didapur..si anak sedang bermain di ruang tamu.tiba2 datang salah seorang drpd kami dr dapur, "weh,ada tumbung..jom amik".Kami berlari ke dapur dan meminta kepada Ateh,masing2 mahukan daripada Ateh.Bygkan sebiji tumbung yg enak itu mahu direbutkan oleh sedozen kanak2..tetapi  Ateh sgt bijak,arwah menyuruh kami beratur...dan memotong tumbung kepada potongan kecil. Arwah berpesan "memang x cukup tumbung ni kalau nak makan sorang,tp ateh nak semua orang merasa.dah dapat sorang satu ni,kena cium pipi ateh" tp bila dah dapat masing2 lari,xnak cium ateh sbb arwah br menyiang ikan.Ateh hanya tersenyum

Ateh Si Pendengar

Dari segi ini,arwah sgt rapat dengan mak cik saya yg kedua,Angah.Kadang2 kemesraan mereka  sgt sy kagumi,Mereka berdua saling hormat menghormati antara satu sama lain.Istimewanya,mereka selalu berkongsi masalah,rahsia dan cerita.Arwah ateh selalu bertandang kerumah angah di Banting.Macam2 masalah dikongsi bersama.Ada saatnya ketika hari pengebumian arwah,saya selalu terpikirkan hari2 mendatang Angah tanpa Ateh disisinya,

Ateh Si Penglipur Lara

Ateh antara makcik yg sudah menunaikan haji di Mekkah.Alhamdulillah,sepanjang beliau disana,beliau selamat melaksanakan ibadah beliau.Apabila beliau pulang ke tanah air,mcm2 cerita ateh kongsikan bersama kami.Pelbagai kisah di tanah suci beliau kongsikan.Tak terlepas juga pengalaman aneh yang pernah beliau kongsikan ketika di Mekkah,dan pengalaman bertemu arwah atok di Masjidil Haram.Untuk makluman semua,arwah merupakan antara anak yg paling rapat dengan Arwah atok razak

Jika nak cerita pasal arwah,memang byk sgt yg menarik..tetapi untuk hari ini...ada eloknya sy mengambil langkah mendiamkan diri seketika,mengenangkan kembali masa bersama arwah.

Kepada seisi keluarga arwah,be strong and step forward in ur life.We do believe that we'll see again in akhirat,kepada arwah.kami sayang ateh..no one can replace u...syukur kerana hadir dlm hidup kami..semoga tenang roh mu disisi Allah.Amin


al fatihah..
Ateh a.k.a Saaniah Bt Hj Abd Razak

P/s:teringat arwah ateh selalu buat kek jem..rindu ATEH,sayang ATeh!

Saturday, October 8, 2011

Ini Anwar Hadi

knocky knocky!!!

salam all,

happy sunday dan selamat beristiharat di rumah.kepada adik-adik yg bersekolah tu,jgn lupa gi basuh kasut skolah,kalau dah basuh gi kapur kasut tu..pada mak2 yg xtau nak wat pe minggu ni,gilah ajak suami jejalan.maklumla,ujung minggu kan..jgn sibuk duduk umah nak tgk melodi je...xberkembang sgt minda tu.baik gi kuar...lagipun suami dah bergaji kan..hahaha

ok,cukup untuk itu...smalam aku kejer.bosan dengan kerje,aku godek2 youtube nak dgr2 lagu best..antara lagu yg aku dgr adalah lagu Ana Raffali..sdg sibuk aku godek,aku terperasan dgn video ni


who is this guy? i thought my friends Nato,but this guys Kedahan(betul ke?) n Nato is JOhorians.check check,rock rock..ini orang yg berbeza..this guys is ANWAR HADI, vloggers & bloggers n multitalented person(overnye)..tertarik dgn video dia yang sgt simple tetapi bermutu..byk gak vloggers lain yang aku tgk,tp mamat ni sbb dia Malaysian n content dia sgt dekat di hati..jom kita siasat siapa mamat ni!!!

Nama diberi noor anwar hadi bin noor azman,katanya xsuka sgt dengan nama Noor tu sbb kebunyian feminin..dude,its enlightenment ok.tp kalau org kita suke ngejek gak,nak wat camne...abaikan je.dilahirkan di Kelantan..dia pernah stay New Zealand ketika berusia 6 tahun sbb ikt parents dia belajar kat sana.then bile balik Malaysia masa darjah 2 dia terus duduk Kedah..tu sbb tekak dia bunyi northern..

then dia membesar seperti orang biasa,jadi budak nakal..main longkang..layan indie jam..pendek kata,standardla remaja...disebabkan akdemik dia ok(xpernah plak mamat ni tunjuk slip result kat aku)tp aku caya dia ni ada otak(visi & misi),dia sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Australia dlm jurusan TESOL...bukan TESCO..so,no wonder english dia superb n sodap,
mampu amik pic reramai kat oversea...kalau x mampu,diam!!haha

based on my source,mamat ni pernah dapat anugerah Bloggers of the years by digi..(am i rite?)..bravooo!!so,aku mengharapkan kalau dia jd cikgu one day,dia akan jadi cikgu paling stylo lah..
 
the next ......................................(isi sendiri)

why i like INIANWARHADI:
  •  english dia superb+volabcious
  • content dia ada touch islamic
  • he's not org lembah klang,he is from Kedah.
  • he will be a teacher.A really non-typical teacher
  • he just like Hal SParks,the comedian who really funny with his cute face
  • he is young,representing the voice of Malaysian Next Generation
  • He is a blogger of the year
  • he's got channel on youtube

btw,u guys boleh follow dia dgn menghentak kepala tetikus anda ke link ini www.inianwarhadi.com.
so,supportlah generation yang berguna mcm ni.jgn nak ikut sgt produk hantu bonceng,ngangkung & rempit..xder wawasan pun.ok,so to Anwar Hadi,keep it up with what are u doing...hope one day can meet up,n chatting each others

p/s:peace no war!!!

Riang Raya 2011

Salam semua,

Arini merupakan hari terakhir syawal bg edisi tahun ini.Alhamdulillah segalanya selamat dan takde yg putus jari sepanjang bulan raya ni.Untuk artikel ni,aku nak compilekan sumer cerita raya aku.Fuh mcm2 jadi.sebelum mula kita tgk dulu itenary raya aku thn ni

Malam raya: Masih berkepoh dirumah,membuat persiapan raya.Tp time ni x masuk kuih dlm balang lagi sbb pg raya esok aku dah hilang sekeluarga.

 sempat berpose sblum menjajah!

Pagi raya:Solat raya lah,tp tahun ni aku x solat raya sebab.JENG JENG JENG!Aku gi masjid nak semayang,nazir masjid leh plak bg ucapan raya pas takbir ngalahkan khutbah.pastu,imam plak x nyempat2 nak semayang abis aku terkelepet x dpt saf..alih2 dpt saf yg sempit sgt.kira janji leh sujud.time sujud plak wat hal,kaki aku dicalari stapler karpet..TAPPP! berdarah mengalir deras.!!!terus berhenti solat! nak kuar x leh.menahan sakit jelah.smp khutbah aku tgg.adik aku plak x khusyuk nengok aku berhenti smayang!

Pas solat,balik umah.Upacara dinanti2 kan...bacaan skrip dosa setahun..time ni drama Nur Kasih pun kalah..yelah time bermaafan...giler x sedih..nak kena seterika mulut tu!pas slot edisi sedih,kitorg SERANG!!!! dapur.makan dulu...pastu kemas2 angkat beg,balik kg(padahal xde kg pun)hahahah

Raya Pertama:Kitorang gi umah uncle Salleh,abg kepada ayah den.jumpa keluarga belah ayah dulu.actually,dah jadi ritual tahunan pun,gathering kat situ pas smyang raya..aku pulak mmg ada geng menunggu.SYED AMIR..sepupu aku dr kecik,mandi bogel bersama.(kira membesar bersamala).kitorang sgt close dan inilah masanya menghupdate citer2 terkini.infact,kalau ada mood,kitorg amik gambar sesama,cuma dis year x amik sgt..pic stukin je.

santek kan stukin kami..

then kitorang gi umah makcik aku(kira kakak mak aku) beraya kat Banting plak.umah ni aku mmg nak popiah basah je..tp maaf,popiah yg sedap ni membuatkan aku terlupa untuk mengambil gambar.xper..korg bygkan popiah yg sedap je,camtulah rasanya

then pas tu,kitorang bertolak ke PD,tanah tumpah bondaku.dimana disni lah beliau dibesarkan dr kecik smpaila disunting oleh bapak aku..dan kami bermalam kat umah pakcik aku.jumpa geng...

 mcm bukan raya kan.malas nak pakai bj melayu dah

 group kuih tester...

 tanti ngan drebar

Raya Kedua:
kitorang melenjan ke Bahau plak..dah abis pd kitorg jajah..Bahau plak menjadi mangsa.FYI,raya2 mcm ni nafsu KFC mmg memuncak.Spanjang raya kali ni,aku x sentuh langsung kuah kacang,ketupat,masak lodeh bagai.aku rasa cliche sgt.aku just makan benda yg betul2 jarang org buat seperti ketupat palas, dan lemang.rendang tu aku tgk gak,kalau x best boh layan!

Raya Ketiga:Dari Bahau,kitorang meluaskan jajahan ke Puncak Alam pulak..gi umah spupus aku SYed AMir,ada open house plak.so,kitorang pun menjarah semua makanan diumah beliau.Giler x makan,kambing tu..tp,kalau dah open house..xleh a ver ver nak lepak lelama kan.tetamu lain nak gak menyantap!so,kitorg pun mengundurkan diri

Raya Keempat:tahun ni special sikit sbb,kakak aku kawin...kawin dia xyah ckp byk korang layan je pic2 candid mandid ni
 time mencekik

 mencekik lagi

 malam bertunang kot

 ni time membuta...3 suara keluar!!!

 santapan diraja katanya!!!hehe

 standby pengapit....redah je

 one of my best friend,YUN..sorry dah tunang..tunang dia kameraman gambar ni.hehe

untuk pengetahuan korang,pertama kalinya aku drive sendiri ke PENANG ye dgn menaiki kereta sendiri ye...dan untuk kawin akak aku ni,keluarga aku x dpt join sbb diorang kena arrange party syawal(rumah terbuka)so,aku mewakili famili aku jelaaaa...tetapi aku ditemani oleh dua rakan ku dr kl..iaiitu AJIT & Zarren..so,kitorang enjoy sgt untuk raya tahun ni.


p/s:berdebar plak untuk raya tahun depan!!

Sunday, August 28, 2011

Jumizah Samsudin

dedikasi ini sempena perkahwinan beliau pada 3 September 2011


Tuhan,terima kasih kerana menciptakan seorang insan yang cukup bermakna didalam hidup kami.Sempena perkahwinan beliau nanti,saya ingin mendedikasikan slot ini untuk beliau.Bukan bertujuan untuk mengaibkan dan juga mendewakan sesiapa,tetapi tujuan slot ini adalah untuk menghargai beliau sepanjang perhubungan ku sebagai sahabat dan juga adik kepada seorang kakak..

hari istimewaku,13 OGOS 2009-graduasi

Bermula dengan perkenalan dialam universiti,wanita ini telah menarik perhatianku ketika membuat persembahan didewan SK 2,PP Sains Kemasyarakatan,USM.Bertitik tolak dari situ kami berkongsi minat yang sama,Muzik.Aku pernah sebaris diatas pentas bersama beliau,Berkongsi lagu-lagu gembira dan sedih.Menyokong diantara satu sama lain.Masih ingat disatu masa ketika menyertai konsert Jazzband,beliau meminta kerjasama kami(ahli-ahli Jazzband) untuk menyanyikan lagu Birthday untuk kawan baiknya melalui panggilan telefon.Sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan,kawan beliau berkata "Jumi,arini bukan birthday aku" Berdekah satu ruang makan apabila melihat insiden itu.Peristiwa itu antara titik awal aku mula rapat dengan beliau.



Beliau merupakan kakitangan Usm yang sgt membantu kami.Beliau tidak pernah memanjakan kami,malah beliau mengajar kami akan selok-belok dunia pentadbiran yang perlu diikuti oleh mahasiswa hari ini.Segala masalah pelajar,akan dikongsi bersama.

 busking jalanan bersama Dewan Budaya USM

Pengalaman ku cukup indah,kami pernah menjejakkan kaki ke Ujibakat Akademi Fantasia musim kelima.Kedua-dua diantara kami layak hingga ke stage akhir.Cukup menyeronokkan..Dunia muda kami sgt giler.Adakalanya kami melakukan sesuatu bagi mencipta kenangan yang istimewa.Melepak hingga ke lewat malam.Berkaraoke 24jam.Menjadi hos & emcee ketika Dinner SK.Menemani beliau menyiapkan kerja dipejabat sehingga lewat malam bersama kawan2 lain.


Duka beliau adalah milik kami,duka kami adalah milik beliau.Ada disatu masa,ketika beliau mengalami masalah didalam perhubungan beliau.Aku & Zoey menjadi kaki dan tulang belakang didalam hidupnya.Benar,perempuan ini berhati waja tetapi disudut hati,beliau masih seorang wanita.

Setelah aku meninggalkan alam universiti,impak benar hidupku tanpa beliau.Pernah beliau nasihatkan kami "hangpa akan alami seperti mana aku alami sekarang ni,kehidupan" cukup memberi kesan kepadaku. Tetapi,aku percaya bahawa perhubungan,persaudaraan, dan persahabatan tidak akan terputus sekiranya ia dilakukan dengan ikhlas.Benar,semenjak aku meninggalkan USM..kami masih berhubungan seperti biasa.Cuma adakalanya,bila terlalu sibuk..kami terlupa akan satu sama lain.Tetapi alhamdulillah,dunia siber tidak pernah berhenti menghubungkan kami.Sejauh mana aku pergi, pasti aku berkongsi cerita dengan beliau.

Mungkin ada yang ragu-ragu dengan perhubungan kami.Tidak lebih dari kasih seorang kakak kepada seorang adik. Aku sendiri tidak pernah memiliki seorang abang dan kakak.Jadi beliaulah kakak dan idola aku.

Ketika aku dikhabarkan akan perkahwinan beliau dengan jejaka JoHor ini.Aku tidak putus-putus mendoakan kebahagian beliau.Sememangnya,aku mengharapkan beliau memperoleh teman hidup yang soleh,memahami dan boleh menjaga beliau.Akhirnya jodoh kakak ku,Jumizah Samsudin adalah dengan Kamarul Hafiz Omar (Khafi)


Kepada semua pembaca,niat saya cukup mudah.Saya mahu meluahkan kasih sayang saya kepada kakak saya yang terlalu banyak berkorban dan mengajar saya didalam menghadapi dunia sebenar.

Kepada kakak yang saya sayangi,hang pasni jadilah isteri yang solehah kerana hang melangkahkan kaki ke alam baru.Tetapi hang jgn sesekali menjadi orang lain..Kami bahagia melihat hang gembira disamping orang tercinta

Kepada abang ipar,hang bertuah kerana hang memiliki the only JUMI in te world.Hang xkan jumpa wanita macam dia kat tempat lain.Hang jaga dia elok2.Kami akan sentiasa mendoakan kebahagian hangpa berdua.

p/s:untuk coretan nakal dari seorang adik

Kakak ada BF!!!
shame shame,x malu
Kakak ada BF!!!
shame shame,xmalu
Kakak ada BF!!!
 shame shame,xmalu
Jumi love Khafi!!!
shame shame,xmalu
Jumi love Khafi!!!
shame shame, malu
Jumi love Khafi!!!

my best KAKAK











Saturday, August 27, 2011

IFTAR di Padang MPK 2

Salam ramadhan semua,

lagi beberapa hari lagi ramadhan akan meninggalkan kita dan syawal pula akan tiba.Jadi pada saat-saat hujung ramadhan ini,biasalah ramai yang membuat persiapan nak raya.Manakala untuk aku pulak,tahun ini aku try nak balik raya time hujung-hujung puasa.Biar ada thrill skit.Ok..Hari ini aku nak share beberapa gambar yg mana aku dan kawan-kawan aku berbuka di Padang MPK2,Kuantan.Apa yg special sgt??

 makanan kami yg ringkas..tidak termasuk selipar dan lutut
 gagah bergambar...lg 15min
 ramainya umat!
 subhanallah..panorama yang indah
 PARAM-PASAR RAMADHAN
 masjid tiap2 minggu aku smayang jumaat

 uda lee marcel

 matkit

 ammar ramlan

uda jr

menarik dan ajaibnya warga kuantan,ketika sebelum berbuka,kawasan padang sgt meriah dan bising..tetapi sebaik sahaja azan berkumandang..kawasan padang tersebut menjadi sunyi sepi.Antara kebesaran tuhan yang aku saksikan sendiri.Tiada langsung bunyi tangisan anak kecil,hilai tawa..Menariknya lagi apabila sessi berbuka puasa ini dijalankan sekitar 10-15min kerana ramai yang beredar untuk pulang dan menunaikan maghrib.Cayalah org kuantan!

Disini,ingin aku berkongsi pengalaman berbuka disatu Medan Selera terletak di tgh-tgh ibukota Kuala Lumpur,yg mana tempat ini menjadi tempat lepak aku ketika dialam persekolahan.Aku pernah memaklumkan kepada keluargaku bahawa tempat ini panas seperti neraka.Satu hari,ayah mengambil keputusan untuk berbuka disana dan apa yang membuatkan aku tidak selesa adalah,disitu adalah port org x puasa yg paling besar pernah kulihat.rata-ratanya,anak muda melyu ISLAM...apa yang menyedihkan lagi,ketika azan berkumandang,para pengunjung (majoritinya anak muda) mula bersorak sehingga menenggelamkan laungan azan.Lantas ibuku berkata;

"now,ibu dah tahu naper tempat ni kau panggil NERAKA."

p/s-bukan cadangan aku yer untuk berbuka kat tempat sebegitu...walau apa pun,bravo warga Kuantan!!!


Fasa Manusia Dihari Lebaran

Bayi

Tak banyak yang kita ingat waktu kecil ni.Tetapi,kita dianggap rezeki oleh ibu bapa kita ketika lebaran.Maklumlah,semua excited kat kita..Baju raya pun mak bapak nak yg terbaik.Kita diusung kesana-kemari pun dpt duit raya.Senang citer gi mana2,mmg dpt duit rayalah.Cuma kadang-kadang,terpikir mana gi duit raya tu.

Kanak-kanak

Time ni dah ada akal.Yelah nak seronok je tau.Menolong mmg xkanlah..Tp time ni jugak br nak belajar poser.Mula2 setengah hari,pastu leh satu hari.Yg kelakarnya,kdg2 biler terlalu penat sanggup tidor atas simen sbb sejuk.Kul 6 dah duduk depan meja,lentok2 lapar.Kelakar betul.Time shopping raya,janji cantek..siap ada sesi raptai pakai baju raya lagi sbb bagi kanak2 time tu diorng leh berlagak..Mercun n bunga api dah ganti permainan harian mereka.

Remaja

Malam-malam sms awek,kata kat mak gi terawih padahal dating hujung simpang.baju raya kalau boleh nak branded..x main la kedai2 kat pekan..mesti nak beli kat bandar.Kalau x dpt baju branded muncung mulut leh sangkut baju dah.Kalau beraya berjalan pun,langkah dah jauh..yelah,belajar dah jauh..kawan dah jauh..xmain dah raya umah jiran atau tok penghulu

Dewasa

Time ni dah kureng skit sebb semua kena buat sendiri.kalau bujang nasibla...kalau dah kawin meriah skit.tu pun chill2 gadoh nak blik raya mana.Fasa ni jugaklah korang dah kena bayar zakat.Yelah,dah kejer kan.Duit gaji ketepikan sikit untuk mak abah,duit raya bebudak lagi.barulah raya korang bermakna.

Oldfolks

Season ni,kita just nak tgk anak cucu pulang ke kampung je.kalau cucu2 tu memekak kat umah pun xpe.biar seronok...time nilah jika dibandingkan dengan org yg tgg anak cucu yg x balik..sedih woo..Time ni dah relaks2 ngan keluarga.

p/s-ingatlah orang tersayang,pulanglah beraya bersama keluarga..dedikasi untuk anda


Friday, August 26, 2011

Petrosains Science Show Competition 2011

Hi guys,

Hari ni aku nak cerita pasal Sc Show.korang tau apa itu Sc Show?....xtau plak...Magic Show?Ping Pong Show?
Expertise masing2..yg knowledge mesti xtau.Memandangkan aku dah bergelumang dgn dunia Petrosains ni,aku kena share la ngan korang apa itu Sc Show..Sc Show adalah cara mengajar sains kepada sesiapa saja dengan kaedah pertunjukkan..ko nak berlakon ke,kaedah memasak ke,monolog ke,menyanyi ke..terpulang janji penonton mesti faham sains konsep yang dipersembahkan.Ini antara standard sc show yg selalu ada kat Petrosains..

ni bukan petrosains punyer,ini contoh sahaja

Btw,memandangkan Sc Show agak baru di Malaysia dan ianya adalah core bisnes kami,Petrosains telah menganjurkan Petrosains Science Show Competition bg edisi 2011 bertempat di Mount Kiara,Kuala Lumpur.Pertandingan ini terbuka hanya untuk pelajar2 sekolah menengah sahaja.Menariknya pertandingan ini,mereka akan mempersembahkan show mereka mengikut kreativiti masing2..untuk pertandingan kali ini,aku akan uploadkan apa yang berlaku:


Penonton-penonton yg havoc 




 orang-org belakang tabir


 time ni emcee Final-aku,Hana & Zul

bersama juri jemputan Mejar Dr Faiz.berpeluh aku bergambar dgn dia..

akhirnya untuk pertandingan ini,Temenggung Ibrahim Girl School telah dinobatkan sbg Johan Kategori menengah atas manakala,Smk Bukit Mewah mengungguli Kategori Menengah Rendah.U guys terbaik..

p/s:sorry guys,x byk gambar nak share sbb aku jd emcee di hari kejadian,hari semifinal jadi lightingmen...so xde nak jimba2 sgt