Tuesday, December 13, 2011

Pra AJL 26- Ramalan dan Pandangan

Salam semua,


Masing-masing dah tahu kan senarai akhir AJL 26.Amacam? Anda berpuas hati? xper..jgn tarik2 rambut..susah kalau nak cakap pasal lagu yang baik..benda2 mcm ni subjektif untuk dibincangkan.Tetapi lagu terbaik yg dicari dlm AJL selalunya dijadikan kayu pengukur untuk lagu pada tahun itu.Maknanya,kalau kita ckp pada tahun 1986,sememangnya lagu Sekadar Di Pinnggiran adalah lagu terbaik pada era itu.

Tapi tu semua pengiktirafan daripada mereka yang pakar.Kita ni hanya pendengar yang xdelah ilmu mana pun.So,adakalanya xperlula kita nak bising sgt sbb siapa kita nak tentukan juara milik siapa...Paperhal pun selaku penyokong kuat muzik tanahair,aku tetap ok walaupun adakalanya lagu yg dipilih itu adalah lagu yg bukan dlm kelompok faveret song aku pun..

Ok,untuk tahun ni,aku nak wat ulasan n pandangan sebelum AJL bermula..selama ni pun aku ulas selepas event,so,xnampakla ramalan aku sgt..jom,kita tgk finalis satu persatu

                       Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)

personally,lagu ni sgt mudah dari segi komposisi muzik dia.Dari segi lirik cukup ringkas dan padat dengan unsur2 nasihat.Tetapi,kelemahan lagu ini dari pandangan mata saya ialah,lagu seperti ini sudah lama ada didalam industri muzik kita.Seingat saya,ada sebuah lagu lama seakan2 lagu ini pernah wujud ketika zaman P.Ramlee lagi.Dan,jika mahu dilihat dr segi komposisi lagu ini,ianya seolah2 sebuah lagu yang setaraf dengan lagu Sandarkan pada Kenangan.Mungkin pemilihan lagu ini ke final juga disebabkan suntikan baru yang dibawa oleh altimet yg mana bahagian rapping nya seolah2 dekat dgn budaya semasa.

                                             Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

Faizal Tahir untuk tahun ni membawa perubahan baru dari segi lagunya.Untuk susunan lagu kali ini unpredictable,tidak seperti lagu beliau pada tahun2 yang lalu.Pemilihan tajuk Karma dan liriknya sgt sesuai dgn  muzik yg diketengahkan.Kekhuatiran saya ialah,apabila lagu ini tidak seimpak lagu2 lama beliau.Mudah sekali,kalau lagu tidak meniti di bibir pendengar bermakna lagu itu masih belum lawas didalam industri muzik.Good Job FT,kalau tahun ni x sangkut pun,at least ko dah bg pendedahan awal kepada pendengar tentang muzik ni.

                                                                                    Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

Ini lagu kontroversi 2011.Lagu ini menjadi mangsa mainan politik.Kita berbincang dr segi karyanya dahulu.Ikhlasnya lagu Penakut ini memberi impak yang mendalam bagi pendengar.Cumanya,ianya tidak diletakkan dalam pasaran mainstream.Liriknya semudah nama lagunya.Muziknya mempunyai komposisi drama yang baik.Cuma ianya seolah2 kedekut,dalam erti kata lain lagu ini tidak puas didengari.Dari aspek kepuasan,sememangnya didlm menghasilkan karya,karya yang kedekut adalah satu karya yang bersifat bijak kerana ia mendorong pendengar utk mendengar dan memahami lagu tersebut dgn lebih mendalam.Dari segi mainan politik industri muzik,semua orang tahu insiden AIM yang dialami oleh Yuna.DIkhuatiri lagi apabila AJL tahun ini dijadikan alasan untuk Yuna membalas dendam.Bukan untuk apa,sebaik2nya apabila sesuatu keputusan itu dibuat,perlu ada penjelasan yg kukuh.

                                                Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

Bravo to Kru sbb menghasilkan sebuah karya yang tidak ada langsung pengaruh KRU.Lagu ini menjadi siulan ramai disebabkan Anuar Zain  dan Merong Mahawangsa.So,lagu ini sedikit demi sedikit meniti di bibir peminat.Dalam kata erti lain,ini adalah kelainan yang dibuat oleh Edry.Cuma sedikit kerisauan ialah apabila lagu dendangan Anuar Zain kebanyakkan berbau melankolik,yg mana ianya terlalu klise untuk didengari.Dalam kata lain,muzik lagu ini lebih tinggi markahnya dari penulisan liriknya.

        Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

Lagu ni sechicky tuan empunya badan.Honestly,saya x berapa minat dengan lagu ini kerana ianya terlalu feminisme.Dalam erti kata lain,dari segi muziknya sahaja sudah menunjukkan kekuatan maksud ini.Ianya adalah bonus untuk Yuna mentafsirkan karya dan cerita beliau didalam lagu tersebut.Jika diamati betul2,lagu ini berpotensi menjadi lagu malar segar kerana keunikan muziknya.Saya akui lagu ini hebat walaupun sy tidak gemarkannya.

Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

Lagu terbaik APM 2011.Aku jerit time lagu ni menang sbb lagu ni mmg best.Lirik dia yang mendalam,muziknya yg sayu buat aku berangan2 nak nyanyi lagu ni time kahwin nanti.hehe.Ok,back to basic,lagu superb,lirik amazing cuma aku risau durasi lagu ni yang sedikit panjang,dlm erti kata lain lambat panas.Kita tgk mlm finale nanti,bagaimana Ramli MS arrange muzik lagu ni..x sabar rasanya.

Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Lagu baru,genre baru,nafas baru,penulisan lirik gaya baru,komposer baru dan penyanyi baru.Bersediakah anda sekiranya tahun ini lagu beliau dinobatkan sebagai juara?Kalau korang bersedia,fikirkan kembali apa yang berlaku pada Ana Raffali tahun lepas.Jika dibandingkan,lagu Ana lagi serius dari lagu budak ni,tetapi masih kena kondem.Tetapi kalau anda mahukan sesuatu yang baru,mengapa tidak Cinta Muka Buku diangkat sebagai juara?.
Ini adalah lagu generasi baru.Kalau thn lepas korang kondem Ana Raffali pastu korang tahun ni sokong Cinta Muka Buku,korang memang keji..hahaha

Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

Lagu ini mahakarya hebat.3 vokalis terbaik Malaysia bergabung tenaga untuk lagu yang sungguh tragis.
Pada mulanya,aku adalah peminat tegar lagu ini,tetapi lama kelamaan aku  merasakan yang ada yg x kena dgn lagu ni kerana aku dah rasa bosan sedikit.Jujurnya,lagu ini hanya memberi kesan smp 5 minit je,pastu xde pape dah.Dalam erti kata yang lain,lagu ini umpama lagu saduran Cinta nyanyian Ibu Kris dan Ibu Melly.Jadi,ianya hebat tetapi liganya sudah ketinggalan.Jangan salah sangka,lagu ini tetap hebat cuma ianya setaraf lagu Cinta,ciptaan seberang.

Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

I have friends just told me that this song's too cheesy.Ok,itu pandangan beliau sebb mungkin lagu ini terlalu ringan untuk didengar.Honestly,ini antara lagu terbaik yang bertanding pada AJL nanti.First,lagu ni ada cerita yang lengkap,muziknya sgt cheesy(seperti yang dikatakan) dan dlm erti kata lain muzik dan penulisan liriknya mempunyai markah yang seimbang.Cuma,point yg perlu dilihat adalah didalam penulisan lagu ini terdapat penulisan campur or rojak seperti  'overtime' & 'support bini'Tetapi,this is AJL bukannya test JULAI Bahasa Melayu.yang penting kualiti lagu berkenaan.Sekiranya lagu ini diangkat juara,bermakna penulisan lirik di Malaysia juga sedang berkembang.
Dari segi susunan vokal Monoloque & Atilia sendiri sudah memperihatkan keunikan lagu ini.Harmonizing louqe sejujurnya saya katakan ia diluar norma.


Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

Lagu ini bergenre baru tetapi ianya sedikit mendatar.Apa yang membuatkan lagu ini sedikit hebat adalah disebabkan suara Boy yang energetic.Kiranya,kekuatan lagu ini adalah ianya terlalu signature dan tidak boleh dinyanyikan oleh orang lain.Masalah yg berikutnya adalah,ianya tidak multi form,bermakna ianya seolah2 mengulangi rangkap muzik yang sama.Jadi,mampukah ia memberi impak kepada pendengar?



Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

Aizat,lu memang Aizat...Muzik sgt superb.First time dengar terus ingat orang lama skali lagu kau Jat.hurmmm.ANyway lagu ni mmg masterpiece ko kot..Siap pakai angklung lagi ni..Tapi...ada tapinya,baru-baru ni adalah try lagu ni kat karok REDBOX SoGo,lirik lagu ni terlalu cloudy la Jat..Terlalu floating,x mendalam sgt Jat..bg akula,,,Mungkin sebb muzik ko sendiri dah mampu sampaikan story kau ni.Markah Lagu memang power..lirik mcm x berapa sgt...sorry bro,lagu ni tetap jadi lagu poojaan aku..

Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

Yang ni terbalik kisahnya dengan Beribu Sesalan,Mula2 aku x gemar sgt lagu ni sbb Alyah(dia nyanyi x control kalau live).Tapi lama kelamaan makin superb plak ..SuSUnan lagu ni lain sgt2..Dalam erti kata lain,muzik lagu ni sgt bagus..energetic but penulisan lirik dia meragukan..bukanke supposedly lagu ni lagu sedih,awat muzik dia mcm memberontak.Tapi,lagu ni jgn pandang sebelah mata la...superb ni..



Anyway,jgnlah emosi baca artikel ni,It just for fun n share my knowledge about music with u guys..Kalau ada yang terkurang,sy mintak maaf..kalau ada yang setuju..just senyum je..lagipun nak gadoh2 kat sini wat per pun,Juri nanti akan berkampung,time tu diorang akan tarik2 rambut nak cari pemenang.Bukannya diorang baca pun artikel ni,kalau diorang baca pun,apalah sgt ilmu yang aku ada ni dgn pengalaman diorang.X effect pun.Nak ramal lagi?jom tgk siapa yang aku ramal

Tahun ni sengit  giler bagi aku.dah 4 tahun aku ramal,alhamdulillah hampir semuanya menjadi..kita tgk ramalan aku tahun ni..

Senarai lagu yang dijangka mendapat perhatian:

-Awan Nano
-Sedetik Lebih
-Kisah Hati-
-Kekanda Adinda
-Beribu Sesalan
-Sg Lui
-Penakut

Persembahan Terbaik:(xleh ramal,sbb kena tggu malam kejadian la)

Vokal terbaik: 3 Suara/Hafiz

Ketiga-Penakut

Kedua-Awan Nano

Juara Lagu-Kekanda Adinda

p/s:guys...again aku ingatkan,ini ramalan n pendapat peribadi aku sahaja..bagi penyanyi2 yg kot2 terbaca artikel ni.take it as kritikan membina..ok...enjoy2..happy


4 comments:

  1. d- xsabaq ye nak mengomen!!!!

    aq ase HAFIZ/AIZAT / FT/YUNA pn leh mng gak

    PSMBHN TERBEK aizat/YUNA @FT

    ReplyDelete
  2. aku seperti biasala..tp kalau bukan monoloque pun kira ok..cuma tahun ni susah nak predict

    ReplyDelete
  3. I wish kita dapat tengok benda ni sama sama

    ReplyDelete
  4. pada ari berkenaan aku kerja..tp leh tgk lagi..nanti kita skype..dont worry,ulasan tetap akan kuar sama2..hehehe

    ReplyDelete