Sunday, August 28, 2011

Jumizah Samsudin

dedikasi ini sempena perkahwinan beliau pada 3 September 2011


Tuhan,terima kasih kerana menciptakan seorang insan yang cukup bermakna didalam hidup kami.Sempena perkahwinan beliau nanti,saya ingin mendedikasikan slot ini untuk beliau.Bukan bertujuan untuk mengaibkan dan juga mendewakan sesiapa,tetapi tujuan slot ini adalah untuk menghargai beliau sepanjang perhubungan ku sebagai sahabat dan juga adik kepada seorang kakak..

hari istimewaku,13 OGOS 2009-graduasi

Bermula dengan perkenalan dialam universiti,wanita ini telah menarik perhatianku ketika membuat persembahan didewan SK 2,PP Sains Kemasyarakatan,USM.Bertitik tolak dari situ kami berkongsi minat yang sama,Muzik.Aku pernah sebaris diatas pentas bersama beliau,Berkongsi lagu-lagu gembira dan sedih.Menyokong diantara satu sama lain.Masih ingat disatu masa ketika menyertai konsert Jazzband,beliau meminta kerjasama kami(ahli-ahli Jazzband) untuk menyanyikan lagu Birthday untuk kawan baiknya melalui panggilan telefon.Sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan,kawan beliau berkata "Jumi,arini bukan birthday aku" Berdekah satu ruang makan apabila melihat insiden itu.Peristiwa itu antara titik awal aku mula rapat dengan beliau.



Beliau merupakan kakitangan Usm yang sgt membantu kami.Beliau tidak pernah memanjakan kami,malah beliau mengajar kami akan selok-belok dunia pentadbiran yang perlu diikuti oleh mahasiswa hari ini.Segala masalah pelajar,akan dikongsi bersama.

 busking jalanan bersama Dewan Budaya USM

Pengalaman ku cukup indah,kami pernah menjejakkan kaki ke Ujibakat Akademi Fantasia musim kelima.Kedua-dua diantara kami layak hingga ke stage akhir.Cukup menyeronokkan..Dunia muda kami sgt giler.Adakalanya kami melakukan sesuatu bagi mencipta kenangan yang istimewa.Melepak hingga ke lewat malam.Berkaraoke 24jam.Menjadi hos & emcee ketika Dinner SK.Menemani beliau menyiapkan kerja dipejabat sehingga lewat malam bersama kawan2 lain.


Duka beliau adalah milik kami,duka kami adalah milik beliau.Ada disatu masa,ketika beliau mengalami masalah didalam perhubungan beliau.Aku & Zoey menjadi kaki dan tulang belakang didalam hidupnya.Benar,perempuan ini berhati waja tetapi disudut hati,beliau masih seorang wanita.

Setelah aku meninggalkan alam universiti,impak benar hidupku tanpa beliau.Pernah beliau nasihatkan kami "hangpa akan alami seperti mana aku alami sekarang ni,kehidupan" cukup memberi kesan kepadaku. Tetapi,aku percaya bahawa perhubungan,persaudaraan, dan persahabatan tidak akan terputus sekiranya ia dilakukan dengan ikhlas.Benar,semenjak aku meninggalkan USM..kami masih berhubungan seperti biasa.Cuma adakalanya,bila terlalu sibuk..kami terlupa akan satu sama lain.Tetapi alhamdulillah,dunia siber tidak pernah berhenti menghubungkan kami.Sejauh mana aku pergi, pasti aku berkongsi cerita dengan beliau.

Mungkin ada yang ragu-ragu dengan perhubungan kami.Tidak lebih dari kasih seorang kakak kepada seorang adik. Aku sendiri tidak pernah memiliki seorang abang dan kakak.Jadi beliaulah kakak dan idola aku.

Ketika aku dikhabarkan akan perkahwinan beliau dengan jejaka JoHor ini.Aku tidak putus-putus mendoakan kebahagian beliau.Sememangnya,aku mengharapkan beliau memperoleh teman hidup yang soleh,memahami dan boleh menjaga beliau.Akhirnya jodoh kakak ku,Jumizah Samsudin adalah dengan Kamarul Hafiz Omar (Khafi)


Kepada semua pembaca,niat saya cukup mudah.Saya mahu meluahkan kasih sayang saya kepada kakak saya yang terlalu banyak berkorban dan mengajar saya didalam menghadapi dunia sebenar.

Kepada kakak yang saya sayangi,hang pasni jadilah isteri yang solehah kerana hang melangkahkan kaki ke alam baru.Tetapi hang jgn sesekali menjadi orang lain..Kami bahagia melihat hang gembira disamping orang tercinta

Kepada abang ipar,hang bertuah kerana hang memiliki the only JUMI in te world.Hang xkan jumpa wanita macam dia kat tempat lain.Hang jaga dia elok2.Kami akan sentiasa mendoakan kebahagian hangpa berdua.

p/s:untuk coretan nakal dari seorang adik

Kakak ada BF!!!
shame shame,x malu
Kakak ada BF!!!
shame shame,xmalu
Kakak ada BF!!!
 shame shame,xmalu
Jumi love Khafi!!!
shame shame,xmalu
Jumi love Khafi!!!
shame shame, malu
Jumi love Khafi!!!

my best KAKAK











No comments:

Post a Comment