Thursday, October 20, 2011

Belangsungkawa : ATEH

Pagi 17 october aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon oleh adikku,Radzi.Panggilan itu sangat tenang tetapi berlatar belakangkan suara tangisan ibu.

Adik:Bang,ko leh amik mc x arini?
Aku:Mc????watper?arini mmg aku cuti.
Adik:Balik bang...Ateh dah meninggal.

Terpegun mendengar kata2 itu,Baru 2 hari yg lepas,kawanku Muhaimin kehilangan makciknya juga,Ateh...Aku tidak berfikir panjang...Persiapkan diri dan terus pulang ke KL,menziarahi jenazah dan anggota keluarganya.

Ateh adalah makcik aku,kakak kepada ibuku.Arwah adalah anak ke 5 dari 10 orang adik beradik,dan anak perempuan yang ke 4.Beliau mempunyai 3 orang cahaya mata dan beberapa dozen cucu(tak ingat,sbb ramai.Takut silap kira).Kenapa beliau istimewa di mata kami..sy kongsikan pengalaman saya...

Ateh X Pernah Marah.

Seumur hidup saya mengenali arwah.Tak pernah saya mendengar arwah memarahi sesiapa didalam hidupnya.Kiranya ada skalipun,sy tidak pernah menganggap yang itu adalah satu kemarahan.Sekiranya ada anak2 buah yang bergaduh,beliau la orang pertama yang meleraikan pergaduhan.Kalau ada abang2 atau kakak2 yg membuli adiknya,arwah la orang yang menegurnya,Arwah tidak pernah sesekali memarahi atau memukul budak2,malahan arwah la orang yang akan membackup kami kalau parents kitorang memukul kami..Arwah sendiri akan menangis kiranya ada budak dipukul ddepan matanya.

Ateh Yg Pemurah

Ateh memang sayangkan budak2.Dari sy kecil hingga menjadi dewasa,perkara ini tidak pernah berubah.Kalau ateh pergi pasar,dia pasti membelikan sesuatu untuk budak2 dirumah.Kerana dia tidak mahu,budak2 itu bertanyakan "Ateh ada beli paper x untuk kitorang???".Bagi arwah,biarlah soalan itu disimpan kemas.Biar arwah bertindak dulu.Biar budak2 itu gembira dulu.Antara barang yg selalu ateh belikan kepada kami,makanan ringan,ais krim, buih belon, ngan air gas...

Ateh Yg Bijaksana

Pernah satu ketika dulu,kaum ibu sibuk memasak didapur..si anak sedang bermain di ruang tamu.tiba2 datang salah seorang drpd kami dr dapur, "weh,ada tumbung..jom amik".Kami berlari ke dapur dan meminta kepada Ateh,masing2 mahukan daripada Ateh.Bygkan sebiji tumbung yg enak itu mahu direbutkan oleh sedozen kanak2..tetapi  Ateh sgt bijak,arwah menyuruh kami beratur...dan memotong tumbung kepada potongan kecil. Arwah berpesan "memang x cukup tumbung ni kalau nak makan sorang,tp ateh nak semua orang merasa.dah dapat sorang satu ni,kena cium pipi ateh" tp bila dah dapat masing2 lari,xnak cium ateh sbb arwah br menyiang ikan.Ateh hanya tersenyum

Ateh Si Pendengar

Dari segi ini,arwah sgt rapat dengan mak cik saya yg kedua,Angah.Kadang2 kemesraan mereka  sgt sy kagumi,Mereka berdua saling hormat menghormati antara satu sama lain.Istimewanya,mereka selalu berkongsi masalah,rahsia dan cerita.Arwah ateh selalu bertandang kerumah angah di Banting.Macam2 masalah dikongsi bersama.Ada saatnya ketika hari pengebumian arwah,saya selalu terpikirkan hari2 mendatang Angah tanpa Ateh disisinya,

Ateh Si Penglipur Lara

Ateh antara makcik yg sudah menunaikan haji di Mekkah.Alhamdulillah,sepanjang beliau disana,beliau selamat melaksanakan ibadah beliau.Apabila beliau pulang ke tanah air,mcm2 cerita ateh kongsikan bersama kami.Pelbagai kisah di tanah suci beliau kongsikan.Tak terlepas juga pengalaman aneh yang pernah beliau kongsikan ketika di Mekkah,dan pengalaman bertemu arwah atok di Masjidil Haram.Untuk makluman semua,arwah merupakan antara anak yg paling rapat dengan Arwah atok razak

Jika nak cerita pasal arwah,memang byk sgt yg menarik..tetapi untuk hari ini...ada eloknya sy mengambil langkah mendiamkan diri seketika,mengenangkan kembali masa bersama arwah.

Kepada seisi keluarga arwah,be strong and step forward in ur life.We do believe that we'll see again in akhirat,kepada arwah.kami sayang ateh..no one can replace u...syukur kerana hadir dlm hidup kami..semoga tenang roh mu disisi Allah.Amin


al fatihah..
Ateh a.k.a Saaniah Bt Hj Abd Razak

P/s:teringat arwah ateh selalu buat kek jem..rindu ATEH,sayang ATeh!

No comments:

Post a Comment