Sunday, March 27, 2011

Tribute to Allahyarham Wahirin

Al Fatihah.

Mungkin ada yang tertanya-tanya gerangan hamba Allah yang menjadi tajuk kupasan penting pada hari ini.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang berlaku dan pemergian beliau adalah diatas kehendakNya.

Wahirin sebenarnya adalah salah seorang daripada anak murid saya yang pernah mengikuti program pembangunan muzik di sekolahnya.Beliau juga merupakan rakan akrab kepada adik lelaki saya Ruzaini & Radzi. Sepanjang perkenalan kami bersamanya,cukup banyak memori indah telah kami tempuhi.Saat2 susah senang kami rasa bersama.Arwah merupakan seorang yang cukup merendah diri,kaya dengan senyuman dan agak nakal sepanjang perkenalan saya.Tetapi,sy faham disebabkan kenakalan beliaulah...arwah menarik perhatian orang ramai kerana telatahnya yang menghiburkan..

Seorang yang sgt menghormati orang tua,prihatin dengan kepayahan sahabat andai boleh sy katakan yang arwah antara rakan terbaik yang pernah dimiliki oleh sy dan rakan2 yang lain.Ada satu masa disaat saya berang dengan prestasi anak murid sy,arwahlah antara insan yang menyejukkan hati saya.Beliau pernah berkata "Rileksla abg Rusdi,next time kalau kita masuk lagi pertandingan ni..kita kelepet betul2"
cukup meninggalkan kesan.

Setelah saya meninggalkan program ini,tidak banyak yang saya ketahui tentang perkembangan anak2 murid saya termasuk arwah.Kumpulan muzik yang dihasilkan juga tidak seaktif dulu..Namun,segalanya berubah apabila satu panggilan telefon benar-benar menghentak hidup saya..panggilan yang menyatakan beliau koma akibat dipukul.

Panggilan itu benar2 menghantui ,sepanjang masa sy mendoakan agar beliau sentiasa kuat dan kembali kepada keadaan yang baik..namun,tuhan lebih menyayanginya...Beliau telah pulang kerahmatullah...ramai2 shabat2 beliau mengunjungi beliau.. apakan daya,hanya mendengar perkhabaran dari adikku yang sentiasa berada disampingnya..Pemergian beliau meninggalkan impak..Tiada gunanya menyalahkan sesiapa diatas pemergiannya.

Saya difahamkan bahawa arwah menjadi mangsa keadaan..Kedua2 tangannya patah,mukanya teruk dipukul dan terdapat beberapa kesan tikaman pada anggota badannya.Beliau menjadi mangsa kepada samseng yang cuba mencari rakannya.Saya juga difahamkan kejadian iu berlaku di salah sebuah Kafe siber pada jam 3 pagi..selain beliau 3 orang rakannya turut menjadi mangsa yang mana seorang terkorban,2 orang koma(termasuk arwah) dan seorang lagi hilang tanpa dikesan..Perihal ini menjadi kes polis dah pernah dikeluarkan didada akhbar Metro...

Kepada anak2 muda yang gemar keluar pada waktu malam..ingatlah kecelakaan berlaku dimana2.Mengikut kajian yang dibuat oleh ahli criminologist barat,hampir 80% jenayah berlaku pada waktu malam.Sekiranya anda mahu meluangkan masa pada waktu itu,sila maklumkan kepada ahli keluarga anda dan elakkan ketempat2 yang boleh mengundang kemalangan...

Di sini saya kongsikan bersama anda dengan video yang menyimpan memori arwah bersama kumpulan muziknya..


1 comment: