Saturday, August 27, 2011

IFTAR di Padang MPK 2

Salam ramadhan semua,

lagi beberapa hari lagi ramadhan akan meninggalkan kita dan syawal pula akan tiba.Jadi pada saat-saat hujung ramadhan ini,biasalah ramai yang membuat persiapan nak raya.Manakala untuk aku pulak,tahun ini aku try nak balik raya time hujung-hujung puasa.Biar ada thrill skit.Ok..Hari ini aku nak share beberapa gambar yg mana aku dan kawan-kawan aku berbuka di Padang MPK2,Kuantan.Apa yg special sgt??

 makanan kami yg ringkas..tidak termasuk selipar dan lutut
 gagah bergambar...lg 15min
 ramainya umat!
 subhanallah..panorama yang indah
 PARAM-PASAR RAMADHAN
 masjid tiap2 minggu aku smayang jumaat

 uda lee marcel

 matkit

 ammar ramlan

uda jr

menarik dan ajaibnya warga kuantan,ketika sebelum berbuka,kawasan padang sgt meriah dan bising..tetapi sebaik sahaja azan berkumandang..kawasan padang tersebut menjadi sunyi sepi.Antara kebesaran tuhan yang aku saksikan sendiri.Tiada langsung bunyi tangisan anak kecil,hilai tawa..Menariknya lagi apabila sessi berbuka puasa ini dijalankan sekitar 10-15min kerana ramai yang beredar untuk pulang dan menunaikan maghrib.Cayalah org kuantan!

Disini,ingin aku berkongsi pengalaman berbuka disatu Medan Selera terletak di tgh-tgh ibukota Kuala Lumpur,yg mana tempat ini menjadi tempat lepak aku ketika dialam persekolahan.Aku pernah memaklumkan kepada keluargaku bahawa tempat ini panas seperti neraka.Satu hari,ayah mengambil keputusan untuk berbuka disana dan apa yang membuatkan aku tidak selesa adalah,disitu adalah port org x puasa yg paling besar pernah kulihat.rata-ratanya,anak muda melyu ISLAM...apa yang menyedihkan lagi,ketika azan berkumandang,para pengunjung (majoritinya anak muda) mula bersorak sehingga menenggelamkan laungan azan.Lantas ibuku berkata;

"now,ibu dah tahu naper tempat ni kau panggil NERAKA."

p/s-bukan cadangan aku yer untuk berbuka kat tempat sebegitu...walau apa pun,bravo warga Kuantan!!!


1 comment: