Wednesday, January 20, 2010

Aset Negara Yang Perlu Dihargai

Arini,bila aku gi kat google search n try cari info pasal Malaysia,aku terkejut sebab xbanyak  info yang menarik diketahui oleh dunia.Bila dibandingkan dengan negara2 jiran yang ada,maklumat tentang kita(MAlaysia) memang xbest langsung...Yelah,Indonesia ada Bali,Thailand ada Phuket n Filipina ada Cebu...bila Malaysia diorang mention Penang je,tupun ranking yang last2..kutuk2 sebab pantai kat penang x sebest pantai negra2 jiran...disebabkan semangat Patriotik yg ada,aku terus listdown aset2 negara yang boleh dibanggakan,yang ada kat negara kita je...yg perlu kita tunjukkan...


Legasi P.Ramlee

mungkin ada yang terperanjat bila aku listdown tokoh budaya dan karyawan ni...aku menganggap bahawa dia dan juga legasinya menjadikan Malaysia lebih unggul didalam persada seni.Siapa yang tak kenal karyanya seperti Seniman Bujang Lapok,Ibu Mertuaku,Penarek BEcha,Laksamana DO RE MI,Musang Berjanggut,6 Jahanam,Madu 3 dan sebagainya lagi yang pernah mendominasi anugerah2 perdana pada eranya.
Muzik hasil ciptaannya juga sememangnya berjiwa melayu dan meraih perhatian masyarakat dengan mudah.Karekter seniman ini yang ringkas dan humor sedikit sebanyak membuatkan namanya diberi perhatian.Pemergian seniman ini sememangnya meninggalkan kesan dan pengaruh yang hebat kepada tanahair kita.Jadi hasil & karya beliau menuntut kita untuk menghargai aset anak Malaysia

PUTRAJAYA


Bandar baru hasil idea mantan perdana menteri,Tun Mahathir ini amat sesuai dikatakan sebagai aset penting jika dibandingkan dengan struktur bangunan yg lain seperti Kompleks Sukan Bukit Jalil dan KLCC.Ini kerana nilai kesenian dan kebudayaan melayu amat jelas dilihat pada pengaruh setiap bangunan di Putrajaya.Tambhan pula,sistem pembandaran yang terancang ini memberi kesan terhadap persekitan hidup masyarakt setempat.Jadi,sebagai rakyat Malaysia,kewujudan bangunan ini wajar dibanggakan.

Teh Tarik


Siapa orang Malaysia xpernah minum teh tarik angkat tangan?Meh aku pelangkung ngan dulang dulu...Bagi aku teh tarik ni dah  sebati dgn amalan hidup kita...kalau x breakfast ngan teh tarik,cikai2 pun tgh mlm kang lepak ngan member pun teh tarik gak...Bapak aku yang elergik susu pun boleh jd hantu teh tarik,macam mana nak jawab?Teh tarik ni dah jadi lambang penyatuan budaya dan gaya hidup org Malaysia.Sampai ada yang nak terbangkan teh tarik ke angkasa...sempoi!

MAK YONG


Korang pernah tgk Mak YONG?bukan KAK YONG kelab kanak2 angkasapuri...MAK YONG adlah antara kesenian Malaysia yg diiktiraf oleh UNESCO...bg siapa yg xpernah tgk MakYong,baik pegi sbb
Mak Yong sgt best!
Ianya adalah gabungan teater,tarian dan nyanyian dlm satu persembahan yang diolah dgn begitu cantik dan selalunya menggunakan dialek Kelantan..Lagi satu,mak yong ni bukanlah gunakan bahasa yang susah kita nak paham pun sbb kadang2 terselit gak unsur2 humor yg urban..sbb kawan aku dr oversea pun faham jenaka dlm Mak Yong...bagi aku,kalau korang xtgk mesti kata x best..tp xkenal maka x cinta...

SONGKET
 
harap2 xdelah kontroversi bila aku listkan songket sbg aset dan warisan yg perlu kita hargai...bukat apa,dulu bila kita sibuk upgrade batik smp ke peringkat dunia,abis kena hentam ngan jiran sebelah..padahal sama akar umbi..tp,kalau songket ni bukan sekadar kita sahaja tp semua orang perlu hargai sebb warisan ni dah lama ,dan x mustahillah ada songket yang boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit..Songket x silap aku memg hampir semua orang ada kat umah sbb time raya br nak pakai.Lagi satu,songket ni janganlah basuh dgn washing machine...silap aribulan ,dapat badi dia nanti..hehe

HUTAN BELUM,PERAK


mula2 aku dengar pasal hutan ni time pas abis blajar kat USM,skali aku check hutan ni sgt amzing sbb flora dan faunanya belom diterokai  sejak dulu lg..dan kerajaan pun dah mulakan peranannnya menjaga hutan ni demi generasi akan datang.DI hutan ini juga terdapat beberapa spesis tumbuhan yang jarang ditemui di planet ini.Diharapkan ianya akan menjadi sehebat Amazon kalau kita sbg manusia benar menjaganya.(jgn berangan nak jadikan hutan ni mcm PANDORA plak...)


NICOL DAVID


anak jati pulau pinang ni mmg aku tabik.kalau korang x paham permainan skuash,mesti korang ckp apalah sgt game ni,atok aku kalau main pun leh champion.Cuba korang plak try main,konfirm rasa mcm nak mati nye..
Skuash antara permainan yg susah aku pernah main.dan disebabkan anak Malaysia sorg ni dah mengunggulinya di pentas duni,jadi aku nak bg standing ovation kat dia.
CLAP! CLAP!CLAP!
Dahla muda pastu ranking no 1 dunia.Bg aku,penghargaan kat dia adalah untuk membuktikan bahawa anak2 Malaysia boleh pergi jauh..Dan Nicol David dah mulakannya...korang bile lagi..

PULAU SIPADAN,SABAH
 

 Antara pulau yang paling strict nak masuk sbb kemasukan pelancong adalah disukat.Lagipun pulau nilah yg jadi rebutan antara kita & Indonesia.Paperpun,landskap lautnya antara 3 terbaik didalam dunia kerana terumbu karangnya sgt sihat2 dan mempunyai pelbagai jenis spesis yg jarang ditemui.Diorang sukat kemasukan manusia atas dasar menjaga keselamatan pulau itu sebenarnya.Menurut kwn aku yg org sana,korang kena apply lesen masuk setahun sebelum tarikh yg korang mintak..angkat ko!

JIMMY CHOO


mana2 perempuan dlm dunia ni mesti berangan nak pakai kasut mamat ni.bukan kasut kat kaki dia,tp kasut ciptaan dia.Nama2 besar seperti Lady D,Britney,Margaret Tatcher,Queen Rania,Queen ELizabeth pernah menjadi antara pelanggan2 utama kepada anak Malaysia ni.Hasil ciptaannya memang ekslusif dan berprofil tinggi dan dia merupakan antara taikun kasut terhebat didunia.ada berani gilah KLCC...try beli sebelah kasut je,menjerit duit korang!!!

KARTUNIS LAT
 
Bapak aku antara peminat kartunis ini.Anak kelahiran Ipoh ini bukan sekadar melukis diatas kanvas,tetpi menyampaikan cerita dan mesej melalui pengalamannya.Uniknya kartun beliau  mempamerkan budaya hidup sebenar rakyat Malaysia dan mempunyai nilai2 moral yg sgt tinggi .Namun kebanyakkan karya beliau adalah didalam bahasa inggeris dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa,dan telah diterjemahkan kedalam 15 bahasa asing termasuklah Jerman,Jepun,Peranchis dan sebagainya lagi...Bravo!!

CHEF WAN


Beliau pernah dinobatkan antara chef terbaik di dunia mengalahkan Jamie OLiver ok!
Siapa x suka tgk celotehnya yang sgt selamba,mengusik tetamunya di dlm televisyen.Inilah berkat dan bakat yang ada pada anak Malaysia ini.Terdapat desa-desus menyatakan bahawa beliau akan menjadi anak Malaysia pertama yg muncul didalam rancangan OPRAH!(sempat lagi  ke)
Beliau bukan sekadar chef yang hanya tau memasak tetapi beliau juga mempunyai bakat didlam bidang lakona.Penah tgk citer Lurah Dendam ngan Baginda.Disebbkan mulut becoknya juga,beliau disayangi oleh peminat2nya.
jadi bakat dan pencapaian beliau ini perlulah dihargai kerana tiada lawan yg boleh menggugat kebolehannya.

 GENERASI MUDA



Inilah harta penting negara.Anak2 muda kita sbb diorang nilah yg bakal menerajui tampuk kepimpinan negara.
Tapi yang sedihnya,anak2 muda kita ni ada diantara mereka dah rosak,terlibat dgn dadah,mat rempit dan sebagainya lagi.Ada pula yang kecik2 lagi jd mangsa x berdosa dibuang oleh mak bapak(kes buang bayi),diculik dan diperdagangkan.Kadang2 terpikir juga,kalau skarang  nilai kemanusiaan dah pupus,apa yg sebenarnya kita terapkan kat generasi muda kita hari ni ?
tapi,masih ada lagi harapan apabila ada diantara generasi kita telah mencipta nama.Jadi,kita sbg yang lebih berpengalaman,teruskanlah menyokong mereka!










 






Tuesday, January 19, 2010

KELUARGA AKU di PETROSAINS...

Kalau siapa yang sekerja dgn aku,mesti korang akan pelik dengan gelaran2 yang aku bagi kat sesetangah orang yang ada kat dalam petrosains tu.ala,bukan aku ngejek customer pun,cuma gelaran member aku yang dah aku anggap mcm keluarga sendiri.Mcm mana boleh jadi sampai tahp camni,siap orang panggil aku Uda lah,si polan tu mami lah,ada pulak atam..mcm2 lagi.Ini semua penangan mulut puaka aku time event Sahabt dulu,main petik gelaran kat orang..so korang nak tahu siapa watak2nya...kita mulakan dr yang paling kechik!

ACHIK



!nilah adik bongsu kami dan anak kesayangan abah! Nama dia Fairuz,masih study lagi kat UKM.Mula2 dia x amik port sgt adik beradik ni janji dia wat kerja.Antara sikap dia yang aku puji, dia wat keje paling senyap,selalunya adik kecik ni kuat merengek,tp dia tak.Kalau ada sesiapa buli dia,Anjang di Backup...Fairuz ni sgt unexpected sbb nampak je lemah lembut disukai ramai(cuba tgk pose kat sungai,manja kan!) tapi,skali main Water War Game,dia kedepan dulu.Kalau dia pegang group dlm kem,mesti group dia sapu awrd byk mcm Avatar menang Golden Globe..

UCU



 Ini pulak UCU kami.Susahnya nak amik pic ko,ni pun nasib aku sambar kat Alangnya profile.Nama diberi IZI,ucu ni mmuuuuuuddddddaaaaaaaaa sangat!
Ucu ni jugak mcm Lady Diana,suka wat kebajikan,cuba tgk pic kat atas,ala2 ratu wat charity..hahaha
best thing about her ialah dia ni garang tp x pernah marah orang.Sebb Ucu ni jenis layan je..Byk insiden lawak yang selalu dia kena...tp,ucu ni bukan pelawak mcm aku,dia serius type..kan!
Ucu ni kalau kat opis dia nilah yang bagi kerje kat adik beradik..Pastu dia jugak yang kira gaji adik beradik!
sebb dia Volunteer VMU.Tp, ucu ni jugaklah tempat adik beradik meluahkan perasaan kalau ada problem,kalau xcaya tgklah VMU tu kalau nak time balik..dah mcm bilik kaunseling

ANJANG
 

 Ini anak lelaki abah yang paling bongsu.Kakak2 dia siap risau bila abah nak hantar anjang ke ALAMerica, risau takut x leh jaga diri..  (kata mereka,kitorang abang2 ok je)
Nama sebenar anjang ialah Ainod...seronok tentang Ainod ni dia sgt jalan2 cari makan,kalau makan mesti seronok..wooo,susah dol dpt adik camni...kalau time lapa,mesti dia menang...kalau kita x abis makan...dah tau takdir makanan kita tu...Anjang study kat Alamerica 3 tahun,tp skrng ni dia dah balik cuti 3 minggu..so,seronoklah kami ada geng makan.hahahahah(gelak BESAR PUNYA!)

ATEH


Jgn memain ngan ateh aku ni,kaki pukul punya..hahaha
NAma betul Ateh aku ialah Hanafi..dia ni kalau menari mmg volabcious..ada feel punya!
Ateh aku ni kalau bab control crowd mmg champion,budak2 leh terkencing dgr dia punya suara...lg satu ateh ni x kedekut ilmu,ada je benda nak share..tau je cari kerja..bukan calang2 orang ni...Abah punya pemikiran pun dia leh baca..sentap ABAH!!ampun kan kami bah!

ANDAK 1 & ANDAK 2

ni memang jd kontroversi,ketika musim pertama...andak kami ialah Fitri(kiri)..disebabkan masalah kesihatan beliau tidak dapat memegang watak itu lagi..hahahaha(mcm gampang ayat aku) lalu watak ini diberikan kepada Taufiq(kanan) dr Langkawi dan kekal sehingga hari ini.
sebenarnya dua2 ni andak,cuma si fitri ni jarang bersama kami dah..lgpun dia dah ada kerjaya baru dan meninggalkan adik beradiknya yang lain..sob sob..so kita assume yang andak 1 duduk kat oversea...
so,si taufiq ni plak camne leh jd andak kami...dulu 1stime jumpa,mati2 ingatkan berusia 80an(tetiba)..sekali sama umur dengan UDA korang la WEY!!!!
Uda ngan si Andak 2 ni mmg satu kepala..byk jenayah yg abah xtaui diorg dah wat bersma..huhuhuaaaa..
maklumla..seusia!!

ALANG
 

ni plak kakak aku yang paling rapat,apa tidaknya...kalau kak nam bersama mmg x pandang kiri kanan dah! huhu!  AYU kan...nama diberi fatin(taken dah)
Alang aku ni bukan apa,dia terperangkap kat Opis outreach tu,dia sendiri mcm xtau yg dia tu volunteer ke staf...keliru celaru dalam diri,,,
tu yang kdg2 weng...
tp,kalau dia xde x best sbb alang aku ni byk tolong adik beradik yang lain..
nak wat camner kan,alang aku ni kdg2 bz outstation..so,sunyilah umah petrosains kitorang..
alang ni jugak informer along,ingat dulu2 time diorang ngutuk mamat poyo yg suka kejer sendiri tu...time2 nak semayang...rapat kan...arwah dah budak tu(siyal je)

ANGAH
 

ni dia dipersilakan ratu urut..angah a.k.a ADA aku mmg pandai urut...budak sukan tu...
FUYyyyooooooo!!!!
Anak2 abah angah sorang je cool n gamble..nak tau sebb apa..
dia selalu layan nescafe tin purple...tu yg rileks tu...kalau korang nak tips jaga kesihatan,mintak kat angah aku ni..kiranya dia ni mcm pengamal perubatan ubat tradisi la ni..
Nampak je cool,dlm leleh gak kalau event habis!huhuhu

ALONG
 

Along aku ni dulu degil(kata abah)...abah x suka dia bw motor tu...kalau bw motor tu,mesti x pakai helmet..kan
Nilah dia kakak aku MAS AINA...dialah anak abah yang paling jauh pergi belajar..TEXAS,amik degree zoologi..tu yang balik MAlaysia menang awards sains tu sbb menghasilkan kucing berekor straw!(camne tu)
Along aku ni,mula2 garang...tp bila dah kenal..ya ALLAH,boleh than gak ting tong!
Tp,yang bestnya Kak Long aku ni...kalau dia handle program,baik je ngan budak2...dah mcm segmen KAK YONG didlm rancangan kelab kanak2 angkasapuri...
Abah kata,kalau along gi oversea..mesti meletop,dah macam KIMORA..(xcaya,tanya abah)

MAMI
 

Ni lah mami Atirah kami...jgn salah faham,walaupun kami adik beradik ada abah n mami,tetapi mereka tiada langsung hubungan biologikal..angkat ko!
mami aku ni asyik gelak je kalau jumpa aku! saling bom-mengebom!
budaya mcm nilah yg kita nak..hah
Mami aku kalau time kerja ko jgn main2,kalau ko main2..konfrim ko jd bahan umpatan selama-lamanya...
Tp,kalau time suka-suki,n membuli...mumi akan berjuang smp menang...Gila ko nak lawan mami!Ceh!
mami aku ni prihatin,sgt mak2 layan kitorang yang tua2 bangka ni!
Napa ucu jegil mata kat aku?kan!

ABAH
 

nilah abah kami...MR FAUZI..
abah ni sgt sporting...aku x pun x pernah jumpa orang mcm ni..sempoi!
DIa suka budak2 dan dia sgt teruja dgn benda2 yang pelik..
kalau nampak permandangan yang cantik,pasti WOW!!!
tp,sikap dia yang suka benda2 pelik ni yang aku ikut!
abah kalau jumpa kami adik beradik..mesti dia mcm bersemangat n happy...
Dan abah ni dulu pernah mengalahkan Linda Jasmin dlm tarian bollywood sbb abah koreografer Bollywood kat MALAYsia..
nak lawan??

UDA
 

kan! sbb tu perangai aku ni teruk sikit dlm adik beradik!
dah ghupa macam tu...tu yg pakai firming krim...(alang kantoikan aku)
btw,aku sangat gembira jumpa manusia2 kat atas ni n aku sebenarnya dah thap sayang kat diorang sbb aku betul2 rasa mcm diorang ni famili aku..kadang2 aku je yang x mcm ahli keluaraga sbb taulah perangai aku ni...tp kalau dpt gather balik ni,konfirm gelak smp Achik Konvo!

 

ETIKA : susah sgt ke nak ikut?

Korang faham x istilah ETika? Bukan Etiqa Insurans,oh No NO!(gaya MAS AINA a.k.a Kak LOng aku sambil menggerakkan jari telunjuknya kekiri dan kekanan). Etika secara ilmiahnya bermaksud tingkahlaku yang bertatacara....xfaham lagi,meh aku permudahkan dalam bahasa kita...ADAB!

Kalau hidup dengan persekitaran yang lengkap seperti di KL ni,sepatutnya kita lebih bertamadun sebb kita hidup dalam komuniti yang ramai dan sudah terang lagi bersuluh bahawa kita (org Malaysia) antara masyarakat yang mempunyai nilai2 timur yang tinggi.Tapi, bila dilihat kembali rutin harian kita,masih ada lagi mereka-mereka yang berwajah sampah melakukan perkara jahiliah ini.So,kita tgk kembali mana2 kawasan yang selalu menjadi isu panas.

LRT PUTRA
-kalau dah namanya pengangkutan awam,seharusnya dicangkul sedalam2 didalam benak yang kemudahan ini adalah milik bersama dan harus mempunyai sikap bertolak ansur.tapi ini tidak,selalunya berlaku pada hari pejabat ketika waktu pulang.Ketika itu sudah pastinya ramai manusia berpusu2 memasuki ruang menunggu dan secara akalnya mereka akan beratur untuk memberi laluan kepada penumpang yang turun.Tetapi,dengan selamba badaknya,sesetengah mereka yang berwajah sampah ini,mencatas barisan penumpang yang menunggu(barisan tu dah leh kalahkan orang ujibkat AF) dan dengan bangangnya juga,merempoh melawan arus penumpang2 yang ingin keluar dr LRT..perkara ini selalu terjadi di stesen KLCC.Sudah beberapa kali ia berlaku didepan mata aku,dan hari ini aku berjaya membuat semua orang spotlite kat aku sebb aku menempik kat sekumpulan budak2 bangang yang buat perkara camgini.Ini dialognya.,.,


"Hoi! korang ni binatang ke apa??? barisan panjang ni untuk apa?buat akaun haji?Pergi beratur boleh tak sebelum aku terajang sorang2!" 

kan aku dah ngamok...camne tu..abis semua orang kat situ pandang aku siap bagi laluan untuk aku masuk kedalam lrt.(wah dah mcm hero)budak2 yang kena tempik tu apa lagi,kenala beratur kat belakang skali sbb org ramai mcm menyokong tempikan aku tu...siyap tunduk mcm kuar mahkamah la katakan!angkat ko!

Popeye kat Wangsa Walk
-ni satu lagi yg mmg cukup aku pantang skali kalau aku dah senyum,pastu muka wat mcm cibai..camni kisahnya,aku lepakla dengan kawan skolah lama aku, Hadi n aku pakat nak ajak dia makan kat Popeye wangsa walk.Secara kebetulan aku mmg dah pangkah muka sorang minah  yg jaga cashier sbb sbelom ni aku dtg ngan Zaren(member USM) dia dah wat muka palat, dan pada hari itu juga dia bertugas.Jadi aku pun menyapa dengan ceria..


"Hi...selamat ptg," dengan muka ceria aku yang xkelihatan bodoh!


"Nak makan apa?Penampar nak?nak ngorat konon,"ujar perempuan tu slumberly..



Tap...skali pengsan aku dgr statement dia!

Apa lagi,dah ada orang switch on suis mulut puaka aku ni,kawan aku yang si Hadi ni pun tercengang..then,aku jawabla..

"Eh sundal,ko dr hari tu mmg x reti nak layan customer.Ko nak aku jerit2 mintak order kat ko?Eh,muka mcm ko ni xlayak jadi cashier apatah lagi nak aku ngorat.Ko panggil manager ko skarang! CEPAT!,"tempik aku sambil suasana sunyi sepi dan cengkerik saja yang bunyi.

"Mintak maaf encik..Saya x sengaja..lgpun manager takde.."

kan! tetiba dia gentar! skali kawan aku si Hadi take over,buat order sbb Hadi suruh aku cari tempat,xnak bg aku bising...tp,kalau dah puaka,puaka jugak

"kalau ko lambat hantar pasni,aku hempok ko ngan dulang tu,"sempat lagi sound siap mencebik bibir kearah dulang dimeja org sebelah.

tulah,kalau dah terlibat dlm dunia customer service ni,jgnlah suntik mulut tu ngan botox..senyum jelah...x rugi pun.kdg2 org yang kejer kat tmpt camni,pelanggan yang kena ceria dulu..apa kes? kalau x reti senyum,jgn keje customer servis ni..sekurang2nya pelanggan x komplen kalau kita wat silap,sebb kit layan dia dgn baik...lagi satu,mulut kalau puaka mcm aku...control lah depan orang....ngan member2 kalau korang nak menghanjeng antara satu sama lain,xperlah...ni dgn customer kot...kalau nak blusher free,try2 la buat...

Tandas Awam
-ni mmg citer betol.berlaku di Tandas awam stadium putra bukit jalil..time ni merupakan penutupan rasmi sukan universiti asean 2008.time ni aku jd sukarelawan sukan..then kami dikerahkan utk menghadiri closing ceremony ...so,time event berlangsung...tetiba adik kecik aku nak kencing..so bergegas lah aku ke tandas yang berdekatan...

time aku nak masuk tandas tu,tetiba ada mamat indon  kuar dari satu jamban ni..so,aku pun xdelah nak masuk jamban dia sbb dia baru pakai kan.aku masuk kat sebelah dia...fuh,selamat bersih..then aku pun kencinglah...tetiba hidung aku ni terbau sesuatu yang maha dasyat! sebusuk bangkai yang hebat! aku pun syaklah,yang mungkin ianya dtg dr jamban sebelah yang digunakan oleh mamat indon tu td..

so,aku pun basuhla apa2 yang patut kat sinki sambil try menjeling2 melalui cermin kearah jamban yang disyaki..dan aku mengambil keputusan untuk melihat adakah ianya bangkai...aku berjalan dengan perlahan.sekali diselak daun pintu itu......



OH MY GOD!!! 

Besar giler taik orang tu...dah mcm kepala biawak...aku siap berundur kebelakang lagi sbb terkejut,xpernah melihat najis sebesar itu...apa lagi geng,aku pun call lah kawan2 aku untuk dtg ke toilet untk menyaksikan keajaiban ini..Bile member dtg,siap amik pic n mms kat org lain.Member aku tanya,barang siapa..aku pun ckpla ianya milik mamat indon sorang ni,badan keding mcm Duta Sheila On 7,muka xde la  jawa sgt..skali kawan aku ckp "Entah2 ko punya!" Sial je aku kena paku...tp kejadian tu wat aku berfikir,susah sangat ke nak pam kalau dah berak...kan dah kantoi,orang siap publish mineral ko kat mms lagi besar mana taik ko..tepikir gak mcm mana dia berak huh?


giler rare!



Sunday, January 17, 2010

LASKAR PELANGI



mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi


haha..salam petang ahad,aku xtau kenapa adrenalin aku memuncak petang ni.ada je yang aku nak buat sampai x sedar yang sekarang dah nak ptg..hehe..ok,skrang ni aku nak share ngan korang dengan satu filem yang sangat best..utk pengetahuan korang,aku gigh cr dvd citer  ni, satu Kuala Lumpur x jumpa2...sebb aku pernah tgh trailer filem ni kat youtube,mmg terbaik sebab aku faham bahasa dia.Filem ni dr Indonesia diterbitkan x silap aku tahun 2008 dan menjadi filem terbaik Asia Pasifik kat Festival Filem Asia Pasifik baru2 ni yang berjaya mengalahkan Papadom, Talentime & Wayang.(filem2 Malaysia)





Bahasa dlm filem ni x seberat bahasa seperti didalam cerita Ada Apa Dengan Cinta..lgpun cerita sgt dekat dengan budaya melayu serantau.Nak tau cerita dia pasal apa? PENDIDIKAN

Cerita yang diadaptasi dr novel tulisan Andrea Hirata mengenai sebuah sekolah di Belitong pd tahun 1969  yang mempunyai 10 murid-murid miskin yang luarbiasa. Mereka berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan masalah,suka duka bersama2 dua orang guru mereka.Mereka membuktikan kepada masyarakat Belitong bahawa pendidikan dan prinsip2 moral yang dipegang oleh mereka juga mampu menghasilkan kejayaan kerana sekolah mereka itu merupakan sekolah agama...hah..mcm tulah

Cerita dia sgt mudah...konfliknya tidak terlalu menekan dan visual permandangan lokasi yang diambil sangat menakjubkan.Penonton tidak akan berfikir terlalu banyak kerana ia merupakan filem ringan yang sarat dengan mesej.Lagu-lagu didalam filem ini juga agak sebati dengan hidup kita kerana ada diantaranya merupakan lagu2 popular di Malaysia



Watak2 yang dibawa oleh kanak2 ini juga amat berkesan dan mencuri tumpuan apabila sesebuah babak ditukar kerana para penonton tidak jemu melihat telatah mereka yang sgt natural.Kalau anak anda mempunyai masalah ke sekolah,filem ini insyaallah mampu membuka sedikit minda dan paler otak penonton akan kepentingan ilmu..


3 watak utama: Lintang, Ikal & Mahar


Mungkin penonton akan sedikit kecewa apabila menonton penghabisan filem ini kerana kita tidak dapat melihat sepenuhnya apa yang berlaku kepada anak-anak Belitong ini.Tetapi,secara rumusannya filem ini amat wajar ditonton oleh seisi keluarga dan sememangnya layak diiktiraf sbg Filem Terbaik di FFAP2009..



p/s:aku ngulas mengalahkan promoter filem pulak..tp citer ni beb mmg best,adik aku sendiri ckp...filem ni lagi best dr Talentime..senyap aku!huhu

Saturday, January 16, 2010

Mengapa sekolah pada hari ini dah x best?

Hi,salam sejahtera dan selamat beristirehat di pagi ahad(pagi ke,alamak!! kantoi bangun lambat).Btw,pg ni aku agak runsing melihat perlakuan adik aku yang sekarang ni kuat berangan,maklumlah baru abis SPM katanya.memerlukan rehat yang panjang...pergh,tp xkan ko nak melepek kat umah je kan,pastu xnak menolong..nak kuar umah sukaati abah dia je,pastu nak duit,pandailah bermadah ngan mak aku...dik,gilah cr kerja partime...xkan tupun nak omak ekau uruskan...pastu pulak,bapak aku siap taja buat lesen lagi,malas bebnor nak gi bengkel...ujian berkomputer tu dah asyik repeat je..jgnlah jd malas..semacam sgt konyer BENTAN tu...

kadang2 aku terpikir balik,bukan nak sabotaj atau apa,apa yang dia buat zaman skolah dulu...aku akui adik aku ni agak bijak drpd adik-beradik yang lain(termasuklah aku) tp aku dpt rasakan persekitaran sekolah hari ini tidak lagi membentuk sahsiah murid2..siapa setuju jatuh tangan..haha..ini hanya pendapat,bukan tuduhan...kalau mana ada yang silap,yang kita x perasan,kita boleh perbaiki...

pernah dulu,adik aku terlepas cakap yang dia takkan sambung belajar lagi sbb dia dah bosan belajar..time aku dengar tu,terus menyirap telinga aku...apa ko pikir ko pandai sangat?terus aku ckp ko nak jadi mekanik ke kat jalan gombak tu?terus dia diam...

aku perasan semenjak aku meninggalkan alam persekolahan,institusi pendidikan ini tidak lagu membentuk persekitaran pembelajaran yang menarik...apa tidaknya,murid2 pada setiap awal tahun akan di kerah menghabiskan semua aktiviti kokurikulum sblom bulan tujuh..ini kerana pihak sekolah mahu menumpukan sepenuhnya kepada peperiksaan2 besar menjelang penghujung tahun...jadi,kita dapat lihat disini bahawa aktiviti2 pelajar menjadi beban kepada pihak skolah..pernahkah kita terfikir implikasi terhadap tindakan ini membentuk pelbagai konflik?antaranya:

-Konflik Pelajar dan guru
kebanyakkan pelajar hanya ke skolah bukan untuk belajar,tetapi lebih kepada aktiviti sosial mereka..mereka lebih gemar bergaul sesama sendiri dan cenderung kearah aktiviti yang bersifat outdoor..jd,bagi golongan pelajar yang agresif,mereka akan lebih gemar memonteng kelas,lari skolah,merokok dan sebagainya lagi..mereka bukan memonteng kelas atas dasar benci akan guru,tetapi mereka sebenarnya menyampaikan satu mesej bahawa persekitaran yang wujud di sekolah tidak lagi sesuai dgn diri mereka...

dan bagi guru pula,azam dan kesungguhan mereka telah membutakan mereka untuk menyampaikan sesi pengajaran dengan lebih interaktif..bagi mereka,pelajar yang gemar keluar kelas itu adalah bermasalah sedangkan guru itu sendiri malas untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pendekatan yang bijak,kerana mereka perlu menghabiskan masa pengajaran mereka,dan kiranya proses pembelajaran itu terganggu,guru menganggap pelajar tersebut telah melakukan kesilapan yang besar...

dan sbg guru,mereka perlu melihat bahawa terdapat 3 golongan utama didalam kelompok pelajar itu sendiri iaitu:

-pelajar yang aktif(agresif)
-pelajar yang sederhana(bersikap mendengar)
-pelajar yang pasif(golongan yang sering diabaikan)

didalam permasalahan pelajar hari ini,sememangnya guru2 telah dpt mengawal 2 golongan utma iaitu golongan yang sederhana dan yang pasif,jadi segala permasalahan disiplin yang wujud adalah terdiri daripada golongan yang aktif...oleh itu,segala bentuk hukuman dan pendekatan yang agresif tidak wajar lagi dilaksanakan kerana ia hanya mengeruhkan lagi keadaan..

-Konflik Guru dan guru

hari ini,saya hanya mampu mengatakan bahawa graduan dalam bidang perguruan tidak lagi berkualiti..sy melihat guru2 baru yang dilahirkan tidak mampu membentuk walaupun seorang murid...ini kerana kebanyakkan guru2 baru adalah muda dan tidak begitu didedahkan dengan persekitaran persekolahan yang benar2 mencabar kematangan mereka.bagi saya,mereka tidak cukup masak dgn masalah2 pelajar..

saya juga berpendapat,bahawa guru2 baru pada hari ini,tidak lagi inovatif dan kritis.mereka menerima bulat2 acuan pendidikan yang telah diamalkan oleh guru2 yang lama dan kita sering mengeluh dengan keadaan semasa mengubah sahsiah pelajar...jadi mengapa kita tidak berubah dengan melaksanakan pendekatan yang baru...???

sebagai contoh,guru2 pada hari ini masih menganggap mereka hanya perlu menghabiskan waktu mereka untuk mengajar.adakah mereka benar2 mengajar?
didlam konteks pembelajaran,guru seharusnya lebih mendekatkan diri dengan pelajar..memahami kehendak pelajar..sebagai contoh untuk membentuk idea didalam bidang penulisan,guru2 seharusnya memulakan ia dengan tajuk2 yang lebih kepada persekitaran pelajar,contohnya,MENGAPA FACEBOOK MEMBAWA KEBAIKAN? KEBAIKAN SHUFFLE TERHADAP KESIHATAN?..jadi disini,kita berjaya membentuk minat pelajar2 terhadap bidang penulisan bukannya dengan tajuk2 pak menteri:
DASAR LANGIT TERBUKA:PERMULAAN ERA GLOBAL,PERPADUAN ANTARA NEGARA2 MEMBANGUN MENGHAPUSKAN ERA KAPITALIS.

Guru disekolah sendiri hanya ingin menjaga kepentingan sendiri.Mereka malas untuk bergaul dgn pelajar mereka sendiri.bagi mereka cukup sekadar "Aku bagi ilmu,siapa nak amik,siapa xnak sudah!" ini jelas apabila kegiatan kokurikulm mereka sering dibataskan dan adakalanya tidak disokong langsung,ini kerana bagi mereka ia tidak bermakna kerena markah di kertas peperiksaan lebih berharga.(ni adalah kata2 mereka yang kononnya berfikiran jauh dgn menganggap kokurikulm tidak penting...

Ada satu kisah yang pernah berlaku pada aku yang mana ketika zaman sekolah menengah, aku terlalu aktif dengan kegiatan debat,pidato, nasyid & nyanyian..cikgu2 aku persendakan aku yang benda2 ni tidak dpt membantu aku pun..malah aku selalu dimarahi kerana byk kelas aku tuang(sbb latihan dgn GURU)..bila setiap kegiatan aku ini diiktiraf sehingga ke peringkat kebangsaan..cikgu2 aku nilah yang lebih2 megah..sbb nama sekolah naik..so,automatically skolah byk dpt award n beri kesan kepada imej n pendapatn diorang..sedangkan satu ketika dahulu,tiada langsung kata2 semangat ataupun sokongan...akhirnya,aku hanya mendpat segulung sijil sedangkan bakat aku diluar boleh menjana pendapatan...tapi aku tahu,yang penglibatan aku terhadap kegiatan kokurikulm bukan untuk wang tetapi utuk kepuasan sendiri...

dan hari ini,realitinya kokurikulm membantu aku lebih dr mereka yang bijak pandai..bukan nak berlagak,tapi inilah hakikatnya..aku sendiri dah tamat pengajian berbanding dgn rakan2 aku yang terlebih akademik..aku sendiri boleh dikatakan mempunyai pendapatan walaupun aku masih tidak ada kerjaya yang tetap..aku sendri rasa lebih berkeyakinan berbanding mereka yang menikut acuan cikgu2 aku..

tidak banyak guru yang berdedikasi kepada kerjayanya...kalau anda seorang guru,pastikan anak2 murid anda mengingati nama anda sepanjang hidup mereka.semalam,didalam akhbar utusan,seorang ahli akademik UKM menyatakan bahawa budaya memuji pelajar sudah pupus dan ini menyebabkan keseronokan didalam pembelajaran sudah tidak ada lagi,,mungkin benar jika terlalu memuji akan membuatkan pelajar2 menjadi bongkak dan megah..tetapi perlu diingatkan,jikalau mahu memuji,memujilah dengan cara meransang minat..sedangkan Nabi sendiri menyatakan tiada kata2 yang elok hanya dengan perkataan yang indah...kerana setiap kata itu adalah doa...

Jadi pada hari ini,apa yang anda ingin lakukan untuk masa depan gernerasi kita?
Berubahlah kepada cara yang lebih tulus dan menarik..

kepada semua cikgu yang pernah doakan kegagalan anak2 muridnya termasuk aku,kami lebih berjaya dari cikgu..dan Kepada PUAN NIK KARIMAH,salah seorang anak murid cikgu yang paling cikgu benci kini dah jadi Pilot,dah terbang merata dunia...kenapa cikgu masih lagi di skolah itu?

kepada semua,guru2 yang membaca blog ni,x semua cikgu jahat...kalau salah fahaman saya,betulkan ia dengan tindakan anda...saya xnak anak sy tidak bermotivasi utk hidup..

Thursday, January 14, 2010

Iktibar dan Pengajaran

Hari ini merupakan hari ulangtahun aku yang ke-24.Normally,angka ni merujuk kepada usia yang agak mantap kerana selalunya waktu ini semua orang sudah tamatkan pengajian dan memperolehi kerjaya.Tetapi aku,alhamdulillah berjaya menamatkan pengajian,cuma masih merangkak lagi dalam mencari kerja yang bagus.Sepatutnya hari ini menjadi hari yang paling gembira utk aku sbb ramai yang wish birthday aku sehingga individu yang xpernah terpikir pun ada selitkan ucapan kat wall facebook aku..terima kasih semua..tetapi,sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.

Aku menerima sms dr ibuku ketika aku berkerja.SMSnya menyatakan bahawa atukku telah meninggal dunia pada 1 Januari lepas..aku terkedu seketika dan sememangnya mengganggu benak otak aku.Aku tau,ramai tertanya2,mengapa aku x bersedih ke atas pemergiannya dan mengapa baru hari ini aku tahu pemergiannya

Aku xtau nak berkongsi dgn siapa,sebb semua org tidak tahu masalah aku ini...biarlah ringkas aku menyatakan bahawa Arwah atuk satu ketika dahulu telah memutuskan hubungan kekeluargaan dengan anak2nya termasuklah bapaku.Namun,hanya seorang saja anak yang dia percaya iaitu Mak Long aku yang JAHANAM!!! dr dulu lagi dia benci akan ibuku,dan sering menuduh ibuku mempunyai ilmu hitam (padahal dia yang pakai bomoh).Dia juga menuduh ibuku membuatkan anak perempuannya gila,padahal keluarga aku nilah yang menolong anak perempuannya sakit satu ketika dahulu.kerana taksub dengan ajaran yg bukan2,dia sanggup menghasut orang lain supaya membenci ibuku..

Ada satu ketika selepas permergian arwah nenek,kami sekeluarga pernah dihalau oleh Mak Long dan arwah Atok..tetapi,ibu hanya berdiam diri kerana ibu percaya bahawa kami sekeluarga hanya perlu mengikut keputusan ayah.selepas kejadian itu,atok mula memutuskan hubungannya dengan anak2 yang lain kerana mereka menyokong kami..dan sejak itu,bermulalah episod luka selama 5 tahun yang mana keluarga aku ini saling berperang di Medan Mahkamah.

Ini semua gara2 merebutkan harta pusaka nenek yang ketika beliau hidup,Mak Long ku telah menandatangani hibah dgn menyatakan bahawa bahagiannya akan diberikan kepada orang lain dan dia tidak akan meminta satu sen pun...namun,dasar ajanji yahudi,setelah pemergian nenek..mak long muncul dan menuntut kembali haknya..dia tahu dia telah membuat silap..tetapi dgn menggunakan arwah atok,dia boleh mendapatkan haknya kembali...dia mempengaruhi atok utk membatalkan hibah tersebut dan menuntut harta nenek mengikut kaedah faraid...disebabkan kesilapan inilah yang membuatkan perjuangan arwah atok tersadai dilandasan yang salah...

Arwah atok bukanlah orang yang baik,tetapi dia juga bukan orang yang jahat.Aku sbg salah seorang cucunya pernah kelihat kesempurnaan org tua ini.Dia hanya berubah ketika sisa2 hidupnya mahu berakhir ditambah pula dengan hasutan tamak mak Long aku yang gila..Kiranya benar atok aku ini orang yang jahat,sudah pasti aku tidak pernah merasai kasih sayangnya..

Mungkin cerita aku ni boleh dipandang enteng oleh sesetengah pihak,tetapi ramai juga yang tidak tahu akan kesusahan yang dilalui oleh kami sekeluarga.Kami dipulau oleh org kampung kerana memprcayai kata2 Mak Long.Kami juga sukar utk berhadapan dgn orang ramai apabila menyambut hari raya.Ada satu kisah dipagi raya,apabila ayah dan adik cuba memujuk arwah atok untuk berdamai di pagi raya yang mulia.tetapi,ianya tidak berlaku apabila ayah diherdik dimaki dan dihalau ke luar rumah..Ayah aku seorang yang sgt garang tetapi pagi itu dia menangis kerana terlalu sedih dan baginya dia tidak ada sesiapa lagi melainkan kami...

Aku tahu darah arwah atok mengalir dlm tubuhku.dan ada ketikanya ayahku berperangai seperti atokku,tetapi kejadian ari ni benar2 membuka mata aku, agar menjaga hubungan keluarga sendiri.Aku ingin berpesan kepada semua termasuklah keluarga,sahabat dan kenalan...walaupun kita memarahi seseorang,janganlah smp kita membencinya..kerana benci itu adalah kenakalan neraka.Dan aku tetap menyayangi atukku walaupun dia tidak menerima kami seadanya...

AL FATIHAH
Abbas B Zainal

Sunday, January 10, 2010

ANUGERAH JUARA LAGU 24


knocky knocky!



time ni baru je abis ajl,n aku siap rebut2 lagi nak pakai pc umah sbb laptop aku dah rosak...btw,aku sure mlm ni jutaan rakyat malaysia terpaku depan tv sejak jam 9.00 mlm td sbb menonton AJL..takbir raya pun orang x tgk tv mcm ni..oklah...seperti tahun lepas,aku tahhun ini akan terus memberi ulasan terhadap event tahunan yg menjadi ikutan orang ramai..tp kali ni aku agak tabik sbb overall aku leh katakan ianya antara yg terbaik... well kita ikut kronologi dia dulu...


opening:

dlm paper ada mention awal2 dato' ct akan perform nyanyi lagu MUH(lagu untukmu)..then aku terbayangkanlah yang lagu tu akan jadi melewh n over melankolik...sekali mmg betul,aku rasakan lagu tu mmg x sesuai perform camtu,tambahan pula ada pulak unsur2 irama etnik yang mengharukkan lagi lagu tu...kiranya mcm x berapa kena...

tetapi,bila Lan duet ngan Dato CT. baru kuar aura lagu tu...dato ct bukan main lagi jerit ala2 panggil Dato K makan malam..tp si Lan pulak yang menyahut..memang best!thumbs up!



Estranged-Aurora


pembukaan Ajl kali ni mantap,tahun ni dia agak simple dan xde lagi dah unsur2 wayang kulit...lagu aurora ni sebenarnya sedap cuma dr pendengaran aku,aku rasa dia sedikit bersepah..dan bahayanya lagu ni membuat sebutan lirik jadi mengulum..ecspecially kat part Aurora oh Aurora...dah jd bunyi lain..lagi pun,koir yang diorang gunakan sgt mantap..triad diorang best giler..syabas..



Alya-Tak Mungkin Kerna Sayang


lagu ni pd mulanya aku x amik port sgt sbb lagu ni mcm biasa dengar,lebih2 lagi ajai yang buat...mcm dah sama..tp yg buat aku terkejut mlm ni biler vokal dia sangat jelas dan bertenaga..sbb dia ni jenis penyanyi yang lepaskan suara,no control2!! lagi satu,konsep persembahan puun menarik,siap ada tarian jemari kan...tp sayang,alya ni pemalas pulak,xnak menari sama..taula ko duduk atas sofa Cavensi besau!!



Misha Omar-Cinta Adam & Hawa


lagu ni aku ramalkan menang sbb pencipta dia budak USM,so kena la support produk USM..lagi satu sbb lagu ni susah ..come on beb,lagu ni aku rasa misha je yang leh bw...aku tgk performance dia yang baca2 sajak tu smp abis,mata x berkelip..terpukau dengan vokal dia.wow!!



Hafiz-Masih Jelas


time raptai katanya rambut lurus,skali ala2 makungga...hehe..sory rambut x bagi markah ok...persembahan dia biasa je..cuma suara dia xberapa jelas,come on beb,juara kan..tp bagus budak ni,dia leh hold EMosi dia smp abis lagu..jelas kelihatan...lampu2 tu apa motifnya??



Bunkface-Situasi


kalau band indie masuk mesti arrangement gempak..bunkface punya music dah mcm muse bw lagu Feeling Good..walaupun key diorang dah turun,tp memg terpercik aura lagu tu...yang lagi best,diorang siap sambar budak2 idola kecil musim kedua Aril N nurul...bagus gak expose budak2 tu,ada bakat ada ruang...(kecik2 dah merasa AJL,aku bila lagi?)huhu



Stacy-Pakai Buang


konsep zoo dan binatang buas diatas pentas mmg menjadi,walaupun kali ni x seenergetic tahun lepas(thn lepas dia terkinja2 mcm agnes monica)tp tahun ni persembahan dia ada iras2 Christina Aguilera..wild,buas,cage...pastu siap pakai efect2 lampu...dah mcm artis taiwan perform..bravo stacy!



Aizat-Pergi


lagu ni mmg ada jiwa..1st aku suka giler suara pompuan india tu..mmg best giler..bak kata Azmeer roh dia yang nyanyi...pastui plak,yang main muzik cina tu pulak,orang melayu..pergh...skali aku tgk konsep dah 1 MALAYSIA...mmg bestla..xyah jerit2...siap ada tribute utk legends MALAYSIA...lagu mana yg leh wat ko sedeih n bangga...lagu Pete Teoh ni la..



Hujan-Aku Scandal


aku suka flash Mob dia,pastu muka cuak noh yang kunun2 xtau paper...lagu arrangement pun seronok..teringat zaman2 PAkcik2 dlm citer P.Ramlee..cuma pasni koreograf balik tarian flash mob tu..Oprah kalau tgk dia leh gelak guling2...



Tomok-Rindu Terhenti


dulu mamat ni dikenali sbg mamat leleh ,all out betul atas stage siap promo filem lagi..hahaha. gempak seh diana danielle jahit baju tomok malam tu...dah mcm adam lambert nya baju..masalahnya bukan tomok sorang je,akim, faizal tahir, black sumer design dah nak sama...diana danielle jahit gak ke?hehehe...aku suka effect hantu diana danielle peluk tomok kat tv,tp dia xde kat atas pentas...ala2 lagu filem GHOST!!



Black-Aku Sayang RIndu Kamu


konsep lama la bro nyanyi dr luar pentas..zaman2 jamal abdillah dah buat dah...tp nasib baik vokal ko ke langit...sume orang rasa terbang...koir ko pun ganas gak..nyanyi kat tmpt penonton..kiranya juri kena toleh belakang amik markah..hahah..tp,vokal ko mmg improve..x sia2 mas idayuu rotan ko dulu..jgn lupa belanja mentor ko.huhu..



Akim-Bengang


beb,props ko aku x paham..mula2 yang ko duduk tu atas apa?aku tgk dah mcm badak air menguap?kata ada kesinambungan dr video klip,bukan dlm video klip ko bakar keter ke?xde kesinambungan pun,kalau ada spatutnya ko buat persembahan ala2 claim insurans siap gado2 sbb bengang tunggu lama....br betul...muka ko dah gempak garang,patutnya ko kena bw kayu besbol pecahkan keter ke apa...baru msg smp...tp vokal ko lg bagus dr hafiz...buat pertma kalinya aku dgr ko nyanyi ada klimaks,,,,kalau x selama ni mendatar je...



Yuna-Dan Sebenarnya


welcome gurls...aku pernah dgr dia nyanyi lagu whitney houston time OIAM 1 dulu..vokal dia bagus gile..tp sbb lagu dia lagi best,dia terpaksa ikut karekter lagu tu...thats y dia bukak mulut mcm nak x nak je...aku suka konsep dia mcm KT Turnstall..rekod bunyi pakai mesin perakam kat kaki tu...cuma dia wat kejap je..kalau dia wat smp satu lagu...konfirm best..n,Yuna lah satu2nya penyanyi yg tidak diiringi orkestra pimpinan RAMLI MS...dia yg request sendiri..



Aizat-Kau dan Aku


best gak sbb korang wat senaman ngan budak2 skolah...tp sebenarnya aku x berapa gemar melihat penglibatan budak2 dlm pentas ajl sbb ajl wat ari ahad,esok skolah kan,...so mcm x proper...konfirm esok cikgu akan ckp:Mazlin,berapa aizat bayar awak utk terkinja2 kat atas pentas smalam?kerja rumah yang saya bg tu dah siap?camner tu,siapa nak jawab,Aizat???
tp bro,persembahan lu mmg best ada cerita..kan best kalau lagu skolah aku camtu...(pening ustazah aku)



Faizal Tahir-Bencinta


arrangement lagu ni bagus...sbb dia tau Faizal Tahir x berapa sihat so dia kasi tukar abis..muzik mmg best...cuma aku xpaham interpretasi penari dia...aku tau black n white,tp x cukup untuk smpkan msg...good job bro..s.khabar arini ada kontroversi undian ko n tomok...sbb katanya ko nye show gempark n meninggalkan kesan kepada penonton..tp muzik ko je yang best yg lain masih lagi boleh dijangka...





Ramalan:


Vokal terbaik

ada 2 je,misha omar n black...misha kontrol bagus,black powerfull...


Persembahan Terbaik

aku xtau nak pilih siapa sbb masing2 ada konsep yg berbeza...cuma aku tgk performance siapa yang ada unsur2 joyful!


Ketiga
Bencinta-Faizal Tahir


Kedua
Dan Sebenarnya-yuna


Juara Lagu 24
Cinta Adam & Hawa-misha omar



Keputusan

vokal terbaik
black
aku rsa pasni kita kena percaya ngan bakat2 baru...dia orang pertama yg l\hapuskan stigma tu



persembahan terbaik
aizat-kau dan aku
mmg patut sbb unsur2 joyfull tu ada,tp ko kena backup budak2 skolah ni kalau cikgu hentam diorang esok..hehehe


ketiga
Bencinta-Faizal Tahir
mmg antara lagu yg akan dpt top 3 nya...kontroversi undian ngan tomok pun dah bagi hint yang faizal tahir akan dpt tempt



kedua
Dan Sebenarnya-Yuna
proud dgn dia la sbb bakat baru yg diiktiraf...siap pakai tudung tu...bagus yuna..pasni dgr lagu CInta Sempurna by Yuna gak..hehehe



Juara Lagu 24
Pergi-Aizat
aku terlepas pandang kehebatan lagu ni...orang bijak pandai muzik pernah ckp kat aku,yang lagu yang baik itu adalah lagu yang samp kedalam hati..n malam ni,pete teoh mencipta segalanya...aku dpt rasakan markah lebih sebb ada unsur 1 MAlaysia..tahniah Aizat!!
cuma aku xnaklah dengar yang lagu ni sbb yasmin ahmad,lagupun one of their jurry kan Farid ridzuan yang mengasaskan YAYASAN YASMIN AHMAD..so,jgnla kata Dato farid guna kuasa dia pulak..lgpun lagi ni mmg mengejutkan ramai pihak,dan ia berada dilandasan sendiri.

p/s
tahniah kepada semua pemenang n kepada 3 serangkai hos yang funky..u guys did a good job!!