Saturday, January 16, 2010

Mengapa sekolah pada hari ini dah x best?

Hi,salam sejahtera dan selamat beristirehat di pagi ahad(pagi ke,alamak!! kantoi bangun lambat).Btw,pg ni aku agak runsing melihat perlakuan adik aku yang sekarang ni kuat berangan,maklumlah baru abis SPM katanya.memerlukan rehat yang panjang...pergh,tp xkan ko nak melepek kat umah je kan,pastu xnak menolong..nak kuar umah sukaati abah dia je,pastu nak duit,pandailah bermadah ngan mak aku...dik,gilah cr kerja partime...xkan tupun nak omak ekau uruskan...pastu pulak,bapak aku siap taja buat lesen lagi,malas bebnor nak gi bengkel...ujian berkomputer tu dah asyik repeat je..jgnlah jd malas..semacam sgt konyer BENTAN tu...

kadang2 aku terpikir balik,bukan nak sabotaj atau apa,apa yang dia buat zaman skolah dulu...aku akui adik aku ni agak bijak drpd adik-beradik yang lain(termasuklah aku) tp aku dpt rasakan persekitaran sekolah hari ini tidak lagi membentuk sahsiah murid2..siapa setuju jatuh tangan..haha..ini hanya pendapat,bukan tuduhan...kalau mana ada yang silap,yang kita x perasan,kita boleh perbaiki...

pernah dulu,adik aku terlepas cakap yang dia takkan sambung belajar lagi sbb dia dah bosan belajar..time aku dengar tu,terus menyirap telinga aku...apa ko pikir ko pandai sangat?terus aku ckp ko nak jadi mekanik ke kat jalan gombak tu?terus dia diam...

aku perasan semenjak aku meninggalkan alam persekolahan,institusi pendidikan ini tidak lagu membentuk persekitaran pembelajaran yang menarik...apa tidaknya,murid2 pada setiap awal tahun akan di kerah menghabiskan semua aktiviti kokurikulum sblom bulan tujuh..ini kerana pihak sekolah mahu menumpukan sepenuhnya kepada peperiksaan2 besar menjelang penghujung tahun...jadi,kita dapat lihat disini bahawa aktiviti2 pelajar menjadi beban kepada pihak skolah..pernahkah kita terfikir implikasi terhadap tindakan ini membentuk pelbagai konflik?antaranya:

-Konflik Pelajar dan guru
kebanyakkan pelajar hanya ke skolah bukan untuk belajar,tetapi lebih kepada aktiviti sosial mereka..mereka lebih gemar bergaul sesama sendiri dan cenderung kearah aktiviti yang bersifat outdoor..jd,bagi golongan pelajar yang agresif,mereka akan lebih gemar memonteng kelas,lari skolah,merokok dan sebagainya lagi..mereka bukan memonteng kelas atas dasar benci akan guru,tetapi mereka sebenarnya menyampaikan satu mesej bahawa persekitaran yang wujud di sekolah tidak lagi sesuai dgn diri mereka...

dan bagi guru pula,azam dan kesungguhan mereka telah membutakan mereka untuk menyampaikan sesi pengajaran dengan lebih interaktif..bagi mereka,pelajar yang gemar keluar kelas itu adalah bermasalah sedangkan guru itu sendiri malas untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pendekatan yang bijak,kerana mereka perlu menghabiskan masa pengajaran mereka,dan kiranya proses pembelajaran itu terganggu,guru menganggap pelajar tersebut telah melakukan kesilapan yang besar...

dan sbg guru,mereka perlu melihat bahawa terdapat 3 golongan utama didalam kelompok pelajar itu sendiri iaitu:

-pelajar yang aktif(agresif)
-pelajar yang sederhana(bersikap mendengar)
-pelajar yang pasif(golongan yang sering diabaikan)

didalam permasalahan pelajar hari ini,sememangnya guru2 telah dpt mengawal 2 golongan utma iaitu golongan yang sederhana dan yang pasif,jadi segala permasalahan disiplin yang wujud adalah terdiri daripada golongan yang aktif...oleh itu,segala bentuk hukuman dan pendekatan yang agresif tidak wajar lagi dilaksanakan kerana ia hanya mengeruhkan lagi keadaan..

-Konflik Guru dan guru

hari ini,saya hanya mampu mengatakan bahawa graduan dalam bidang perguruan tidak lagi berkualiti..sy melihat guru2 baru yang dilahirkan tidak mampu membentuk walaupun seorang murid...ini kerana kebanyakkan guru2 baru adalah muda dan tidak begitu didedahkan dengan persekitaran persekolahan yang benar2 mencabar kematangan mereka.bagi saya,mereka tidak cukup masak dgn masalah2 pelajar..

saya juga berpendapat,bahawa guru2 baru pada hari ini,tidak lagi inovatif dan kritis.mereka menerima bulat2 acuan pendidikan yang telah diamalkan oleh guru2 yang lama dan kita sering mengeluh dengan keadaan semasa mengubah sahsiah pelajar...jadi mengapa kita tidak berubah dengan melaksanakan pendekatan yang baru...???

sebagai contoh,guru2 pada hari ini masih menganggap mereka hanya perlu menghabiskan waktu mereka untuk mengajar.adakah mereka benar2 mengajar?
didlam konteks pembelajaran,guru seharusnya lebih mendekatkan diri dengan pelajar..memahami kehendak pelajar..sebagai contoh untuk membentuk idea didalam bidang penulisan,guru2 seharusnya memulakan ia dengan tajuk2 yang lebih kepada persekitaran pelajar,contohnya,MENGAPA FACEBOOK MEMBAWA KEBAIKAN? KEBAIKAN SHUFFLE TERHADAP KESIHATAN?..jadi disini,kita berjaya membentuk minat pelajar2 terhadap bidang penulisan bukannya dengan tajuk2 pak menteri:
DASAR LANGIT TERBUKA:PERMULAAN ERA GLOBAL,PERPADUAN ANTARA NEGARA2 MEMBANGUN MENGHAPUSKAN ERA KAPITALIS.

Guru disekolah sendiri hanya ingin menjaga kepentingan sendiri.Mereka malas untuk bergaul dgn pelajar mereka sendiri.bagi mereka cukup sekadar "Aku bagi ilmu,siapa nak amik,siapa xnak sudah!" ini jelas apabila kegiatan kokurikulm mereka sering dibataskan dan adakalanya tidak disokong langsung,ini kerana bagi mereka ia tidak bermakna kerena markah di kertas peperiksaan lebih berharga.(ni adalah kata2 mereka yang kononnya berfikiran jauh dgn menganggap kokurikulm tidak penting...

Ada satu kisah yang pernah berlaku pada aku yang mana ketika zaman sekolah menengah, aku terlalu aktif dengan kegiatan debat,pidato, nasyid & nyanyian..cikgu2 aku persendakan aku yang benda2 ni tidak dpt membantu aku pun..malah aku selalu dimarahi kerana byk kelas aku tuang(sbb latihan dgn GURU)..bila setiap kegiatan aku ini diiktiraf sehingga ke peringkat kebangsaan..cikgu2 aku nilah yang lebih2 megah..sbb nama sekolah naik..so,automatically skolah byk dpt award n beri kesan kepada imej n pendapatn diorang..sedangkan satu ketika dahulu,tiada langsung kata2 semangat ataupun sokongan...akhirnya,aku hanya mendpat segulung sijil sedangkan bakat aku diluar boleh menjana pendapatan...tapi aku tahu,yang penglibatan aku terhadap kegiatan kokurikulm bukan untuk wang tetapi utuk kepuasan sendiri...

dan hari ini,realitinya kokurikulm membantu aku lebih dr mereka yang bijak pandai..bukan nak berlagak,tapi inilah hakikatnya..aku sendiri dah tamat pengajian berbanding dgn rakan2 aku yang terlebih akademik..aku sendiri boleh dikatakan mempunyai pendapatan walaupun aku masih tidak ada kerjaya yang tetap..aku sendri rasa lebih berkeyakinan berbanding mereka yang menikut acuan cikgu2 aku..

tidak banyak guru yang berdedikasi kepada kerjayanya...kalau anda seorang guru,pastikan anak2 murid anda mengingati nama anda sepanjang hidup mereka.semalam,didalam akhbar utusan,seorang ahli akademik UKM menyatakan bahawa budaya memuji pelajar sudah pupus dan ini menyebabkan keseronokan didalam pembelajaran sudah tidak ada lagi,,mungkin benar jika terlalu memuji akan membuatkan pelajar2 menjadi bongkak dan megah..tetapi perlu diingatkan,jikalau mahu memuji,memujilah dengan cara meransang minat..sedangkan Nabi sendiri menyatakan tiada kata2 yang elok hanya dengan perkataan yang indah...kerana setiap kata itu adalah doa...

Jadi pada hari ini,apa yang anda ingin lakukan untuk masa depan gernerasi kita?
Berubahlah kepada cara yang lebih tulus dan menarik..

kepada semua cikgu yang pernah doakan kegagalan anak2 muridnya termasuk aku,kami lebih berjaya dari cikgu..dan Kepada PUAN NIK KARIMAH,salah seorang anak murid cikgu yang paling cikgu benci kini dah jadi Pilot,dah terbang merata dunia...kenapa cikgu masih lagi di skolah itu?

kepada semua,guru2 yang membaca blog ni,x semua cikgu jahat...kalau salah fahaman saya,betulkan ia dengan tindakan anda...saya xnak anak sy tidak bermotivasi utk hidup..

No comments:

Post a Comment