Sunday, January 17, 2010

LASKAR PELANGI



mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi


haha..salam petang ahad,aku xtau kenapa adrenalin aku memuncak petang ni.ada je yang aku nak buat sampai x sedar yang sekarang dah nak ptg..hehe..ok,skrang ni aku nak share ngan korang dengan satu filem yang sangat best..utk pengetahuan korang,aku gigh cr dvd citer  ni, satu Kuala Lumpur x jumpa2...sebb aku pernah tgh trailer filem ni kat youtube,mmg terbaik sebab aku faham bahasa dia.Filem ni dr Indonesia diterbitkan x silap aku tahun 2008 dan menjadi filem terbaik Asia Pasifik kat Festival Filem Asia Pasifik baru2 ni yang berjaya mengalahkan Papadom, Talentime & Wayang.(filem2 Malaysia)





Bahasa dlm filem ni x seberat bahasa seperti didalam cerita Ada Apa Dengan Cinta..lgpun cerita sgt dekat dengan budaya melayu serantau.Nak tau cerita dia pasal apa? PENDIDIKAN

Cerita yang diadaptasi dr novel tulisan Andrea Hirata mengenai sebuah sekolah di Belitong pd tahun 1969  yang mempunyai 10 murid-murid miskin yang luarbiasa. Mereka berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan masalah,suka duka bersama2 dua orang guru mereka.Mereka membuktikan kepada masyarakat Belitong bahawa pendidikan dan prinsip2 moral yang dipegang oleh mereka juga mampu menghasilkan kejayaan kerana sekolah mereka itu merupakan sekolah agama...hah..mcm tulah

Cerita dia sgt mudah...konfliknya tidak terlalu menekan dan visual permandangan lokasi yang diambil sangat menakjubkan.Penonton tidak akan berfikir terlalu banyak kerana ia merupakan filem ringan yang sarat dengan mesej.Lagu-lagu didalam filem ini juga agak sebati dengan hidup kita kerana ada diantaranya merupakan lagu2 popular di Malaysia



Watak2 yang dibawa oleh kanak2 ini juga amat berkesan dan mencuri tumpuan apabila sesebuah babak ditukar kerana para penonton tidak jemu melihat telatah mereka yang sgt natural.Kalau anak anda mempunyai masalah ke sekolah,filem ini insyaallah mampu membuka sedikit minda dan paler otak penonton akan kepentingan ilmu..


3 watak utama: Lintang, Ikal & Mahar


Mungkin penonton akan sedikit kecewa apabila menonton penghabisan filem ini kerana kita tidak dapat melihat sepenuhnya apa yang berlaku kepada anak-anak Belitong ini.Tetapi,secara rumusannya filem ini amat wajar ditonton oleh seisi keluarga dan sememangnya layak diiktiraf sbg Filem Terbaik di FFAP2009..



p/s:aku ngulas mengalahkan promoter filem pulak..tp citer ni beb mmg best,adik aku sendiri ckp...filem ni lagi best dr Talentime..senyap aku!huhu

No comments:

Post a Comment