Friday, February 19, 2010

FAV Contestant in American Idol 2010

knocky! knocky!

sorry guys, byk sgt drama berlaku minggu ni..ada yang mengguris hati,ada yang gelak berguling2.. xkisahla...perkara-perkara negatif usah disogokkan didalam blog ni..mencemar feelin katanya...

ok2,korang follow x rancangan American Idol?kalau ada yg x follow,blajar2 la tgk sbb even shown ni ada drama2 bagai,tp talent kat sini mmg WOW!tp aku x nak ulas pasal rancangan ni sbb show ni dah nak masuk season 9,Simon Cowell pun dah nak blah dah..so aku akan citer pasal fav contestant aku je..

aku dah start follow dr time audition,tp secara keseluruhannya aku rasa talent tahun ni x sehebat thn lepas yang sgt berlambak variasinya..ok2...my fav thn ini adalah:

 
DIDI BENAMI-style nyanyi mcm Colbie Caillat + Taylor Swift

 
Andrew Garcia-Hazami versi International

 
Crystal Bowersox-suara mak rock

 
Aaron Kelly-umur budak,suara besar punya

 
Casey James-pure rock....ada style limp bizkit nya vokalis..

inilah fav2 aku...so siapa yang kenal aku,mesti faham apa yg aku suka dlm nyanyian..dlm nyanyian aku suka dengar vokal2 pelik yg sedap mcm suara Fantasia Barino, Ferhad,Jac,Daughtry,Ryan starr..suara2 yg ada kerekter sendiri..so,kalau korang nak dengar kelainan suara dlm AI9 ni,korang try dgr 5 ekor peserta...btw, sebenarnya,mungkin ada yg lg best tp hanya mereka berlima ni jer yg memikat aku..

yg bawah ni faveret aku setiap musim bermula American Idol season 3...check my list...

 
Latoya London (season 3)
-suara amazing giler...pompuan ni wat aku bukak mata yg rupa2nya 
ada pencabar whitney n mariah
-top 4

 
Anthony Fedorov(season 4)
-imigran ukraine,jelmaan clay aiken
-vokal mirip Marc anthony
-top 5

 
Chris Daughtry(season 5)
-rockers alaf baru
-diramal juara
-top 4

 
Chris Richardson(season 6)
-vokal mirip justin timberlake
-sportsman berjaya(american football)
-top 5

 
David Archuleta(season 7)
-vokal unik
-diramal juara
-top 2

 
Adam Lambert(season 8)
-AI8 dah mcm show dia
-setiap minggu mendominasi persembahan
-satu2nya peserta yg mendapat standing o by simon
-diramal juara
-top 2

kesimpulannya,aku rasa tahun ni punya bakat biasa2 saje...walaupun judges dia kat lg hebat dr thn lepas..tp aku x rasa mcm tu...bg aku AI yg mempunyai peserta wanita hebat adalah:

season 3
-Fantasia Barino
-Diana Degarmo
-Jasmin Triaz
-Latoya London
-Jennifer Hudson
-Amy Adams


manakala AI yg mempunyai talent peserta lelaki yg hebat pula jatuh kepada:

 
season 8
-Danny Gockey
-Adam Lambert
-Kris Allen
-Anoop Desai
-Matt Giraud
-Scott Macintyre

p/s:nasib baik aku x duduk US,kalau x abis duit utk vote sahaja!!...

Sunday, February 14, 2010

STREETSMART CAMP-Kem Bumi Jati,Seksyen 30,Shah Alam

Salam permisi donk..sory bangat sebb lama x update story kat blog ni..bukan apa,byke keje nak buat n komitmen ngan keje melimpah2(mcm keje CEO)...ok2..untuk bulan Feb ni aku mulakan dengan penglibatan aku didalam Dunia Street Smart...

Pada mulanya,aku hanya mendengar desas-desus bahawa aku terpilih menyertai StreetSmart Camp daripada pihak VMU,tetapi bila disahkan oleh Kak Sya,apa lg kena bukak kitab lah aku sbb contend dalam streetsmart ni berbeda sikit berbanding dengan program2 yang pernah aku join..so,alhamdulillah..pada peringkat awalnya,aku mengharungi hari2 training dengn baik..disertakan persiapan yang cukup rapi(safety vest je yg x cukup)...

Ok,kem ini berlokasi di shah alam,seksyen 30..menariknya kawasan ini agak terpencil dan mungkin anda akan sedar yang anda tidak seperti di Shah alam(mungkin di Perlis???Kem Bumi Jati mmg rare,sebelum pergi aku dah survey dlm internet..dr segi kelengkapannnya dilihat agak lengkap,setibanya disana,aku bersyukur kepada Yg MAHA Esa kerana tempat ini sgt best...nak tahu kenapa?


 
 Dewan Utama yg diliengkapi dengan pendingin hawa

 
Mempunyai Dataran yang boleh digunakan untuk Telematch & Move Up Ur day


 
 Dewan Makan yg sgt lengkap

  
 Kemudahan Bilik Air yang bersih

  
 Ruang Dorm yang luas dan selesa

 
Surau

Amacam,infrastruktur je pun dah leh kasi nangis..sbb tempat mengikut kenyataan orang kampung,ia juga dijadikan lokasi berkursus untuk badan kerajaan dan NGO.jd kelengkapannya amat hebatla..

Ok,now kita ckp mengenai team ni pulak..hahaha..masing2 suspen!Dalam team ni,hanya 4 orang Volunteer je yg terlibat,selainnya adalah staf2 Streetsmart sendiri..so,nak kenal ke dgn diorang ni?kita mulakan dr yg atas skali..

KAK RAU

inilah Head Street Smart kami..panggil Kak Rau je,jgn lebih2..Kak Rau ni orangnya tenang dan
sgt menggalakkan team ini untuk berfikir sebelum bertindak..tu sempoi je team 

Jai
 
sebut betul2,JAI bukan Jai HO...nanti kena holiau baru ko tahu..fuh..jai ni partner aku time chasis,memang caghe!!kalau bab menari,mmg aku layan sbb maklumla aku slaku manusia giler...kalau kacau Jai time menari,konfirm aku nangis..sbb jai sorang je leh wat tarian eksotik yg aku x leh wat...

Rizal
 
Nama di beri Rizal...orang serius di balik senyumannya yg manis..tp,kalau dah dtg seru,sama hampeh gak ngan kitorang...xleh komen lebih2...nantii  xleh gi kem lagi..huhu..


Nimi
 
Kena amik pic separuh je,xleh byk2...huh..korang ingat x andak 1,inilah andak 1 nye cewk..nimi dah kira kak andak la...ko pun x tau kot nimi...take note,pastu tampal kat baju..

Naqeeb

 
ini pulak,abg emcee kita...abg naqeeb ni kalau korang borak nampak mcm gamble je,skali kalau berbicara kalah aznil(ye ke?)btw,naqeeb dpt kredit lebih dr cikgu2 sbb dia sgt adorable ngan bebudak..(sukalah tu)hahaha


ED
 
for ur info,mula2 aku dgr nama Ed ni,aku mati2 ingat lelaki,skali akak laa..Ed ni jrg haruk,tp kalau orang dah start masuk anin,dia pun tumpang skaki la..Aku rasa,time dia baca nama maskot tu,muka tahan gelak dia paling kantoi!


Ron

mamat ni memng unpredictable..mcm2 benda kalau ada isu melibatkan dia,kitorang gelak guling2 tp dia wat x tau je..ko mmg rare la ron!!....kalau buat kajian kes ni,memang lama nak dpt master..



Ijam
 
kem ini merupakan kem terakhir ijam kerana sebaik tamat sahaja kem ini,beliau di kira dah quit la sbb dia dpt offer kejer baru..kira kem ni tribute untuk dia jugakla...ijam ni mula2 aku tgk takut gak,sbb muka dia agak brutal jika dibandingkan dgn si ron,tp jiwa tisu ni..kalau bangun pagi,inilah makhluk yg paling nyenyak...huhu
Tiya
tiya pada kem ini telah diangkat sebagai kakak faci yang berjaya mencipta terms2 hebat sehingga mampu membuatkan kak rau dan anasir2 liar(uda & Pi) sentap!
antaranya:WHat so funnu??? & Giler Merepek!!
so kalau ayat ni spread kat dlm centre,ni sumer salah Tiya...



Lutfi(Jiran Sebelah)
 
faham2la kalau lutfi ni ada,konfirm jd mat kacau..tp syok mamat ni smp aku x bleh blah bebudak sumer takut ngan dia sbb dia main sosah je sesiapa yg kerek!kiranya kalau dia lalu,sumer bebudak ketepi...garang kat muka je,hati tisu gak ni mcm ijam..bg adiah lebihan kat group..ala2 puteri diana laa..

Izi(ucu)

 
abah slalu pesan jaga anak kesayangan abah sorang ni elok2..ye bah,uda jaga ni...siapa gelak2 lagi..ucu,kalau bab marah bebudak kena bagi dia..sebb dialog dia tu agak relevan jika dibandingkan dgn sesetgh pihak(aku la tu)


Uda

 
ewah..tetiba terkacak pulak..sorry ye,asyik snap pic pic orangpic sendiri terlupa nak amik..giler merepek!
sebenarnya,bg aku kem ni agak special untuk aku kenang...sbb pertama kalinya team ni membantu aku untuk belajar sesuatu yg baru(contend dia,persekitaran dia,training dia dll)cuma aku agak sedih sbb,permulaan perkenalan aku dgn sesetgh individu mcm ijam n naqeeb telah hampir berakhir.yelah,sebb diorang nak blah..untuk lutfi n tiya,kerja ngan korang mmg happening...bilelah leh kem sama2 lgi...hurm!

Sunday, January 24, 2010

BINTANG IRAMA 1 MALAYSIA 2010

korang tgk x pertandingan ni?..rugi kalau korang xtengok sbb korang mesti ternganga bile tgk peserta2 diorang menyanyi..aku pun menyanyi gak,tp biler aku tgk pertandingan ni,aku terus malu sbb peserta2 bukan melayu mendominasi keputusan pd malam itu.malah,ada yang betul2 buat aku kagum sbb diorang betul2 berminat memartabatkan irama malaysia ni..sedangkan kita ni pulak(org melayu) terhegeh2 nak nyanyi lagu omputih..nak jd mcm mariah carey n sbgnya lagi..


pemenang BIMA 2010-FELICIA(cina),LAKSHAMAN(INDIA),FADZILAH(MELAYU)


sebenarnya x salah kalau nak jd penyanyi mcm mana pun,cuma aku nak kritik sikit je...lite-lite..apa kurangnya prestij pertandingan mcm ni dimata kita..sbb,rata2 yang nak jd penyanyi sume nak cr platform gempak2..memg betul nak kukuhkan nama kena cr pertandingan yg best,tp aku rasa,kalau korang bagus, masuk mana2 pertandingan pun korang pasti leh menang..kan!

so,mcm lakshman yg memenangi pertandingan Bintang Irama 1 Malaysia ni,jgn putus asa..and aku org melayu sgt support kerjaya nyanyian ko! good luck!

CATATAN KEMBARA :KUALA KANGSAR

knocky! knocky!

well, lupa plak nak inform awal2 yang weekend lepas blog ni x beroperasi sgt sbb aku sekeluarga pergi Berlibur di KUALA KANGSAR...yes...mcm pelikkan famili aku gi cuti kat pekan kecik..sebenarnya,aku xpernah pi situ,famili aku je penah..then diorg mmg dah tangkap cintun ngan pekan tu...then now br aku faham y.Mula2.pg sabtu tu kitorang gerak sebelum subuh lg sbb nak angkut adik POMPOAN aku kat UITM sri iskandar...sampai sana dlm lingkungan kul 9 gakla...then,kitorang pecut menuju ke Pekan Parit dulu,utk mencekik...pastu br la pecut ke sana..(K.KANGSAR)

mula2 smp tu,aku rasa pekan Kuala Kangsar tu sama je ngan pekan2 kecik yg lain seperti Pekan PD,Pekan Kemaman dll.Tp,kata orang,xkenal maka x fall in love..angkat ko!Dan sbb yg aku leh katakan Kuala KAngsar ni Unik adalah seperti berikut:

MAKANAN:


tgk uncle ni tebar roti canai ni jer dah wat meleleh.makanan2 kat sini sumer nya kalau korang telan terasa mcm korang makan makanan yg best kat rumah...xcaya,nak tgk nasi lemak dia pulak?


nasi lemak dia mmg sedap..mcm makan kat umah kwn aku...time mak diorang masak..siap ada papadom tu..fuh!!memang menangkap..nak tau harga n.lemak ni hanya RM 2.00(rendang ayam siap telur mata kuning goyang)


perhatian kepada geng2 buruk makan aku,laksa di Kuala Kangsar ini dipercayai Laksa yang terbest pernah aku temui..Nama laksa ni,Laksa Pak DIn,kalau korang sebut je nama laksa ni,konfirm senang nak cari..memang rare..kalau korang hirup je kuah dia,korang seolah2 berada dialam yg lain..camne tu?



 

korang layan x PAU?aku adalah antara peminat PAU yg agak agresif didunia..hahaha,btw korang ada berani makan pau buatan cina?kat sini,memang lain sikit budaya dia,ada gaya pemahaman 1 malaysia sikit..kat sini,orang melayu mmg selamba makan kat restoran cina..mcm berjaya kan 1 Malaysia kat sini..huhu.PAu sini sgtla masyuk sbb inti dia x kedekut,paunya pulak geboo, dan kalau makan skali,esok nak lagi..(ni pun dah terasa kat tekak ni)

CENDERAMATA:


takut aku tgk mak aku renung..takut dia nak beli Rak besi ni,nak ckp apa?



kecikkan labu sayung dia,leh sejukkan air liur je tu!






pompuan ni kalau shopping mmg menakutkan,dia sendiri x tau nak beli apa..jgn dia angkut 1 kedai sudah!


nilah bengkel wat labu sayong..diorang dh sukat2 tanah liat mengikut bentuk dan acuan yg diingini...kalau nampak segedebak tu,maknanya diorang nak wat pasu cina hong kong depan pintu,yg leh muatkan kereta kancil.. tp,bengkel ni mmg bersih!



ni,kata pemilik bengkel merupakan mesin bancuh tanah liat...kiranya kalau time raya,nak cari side income lehla bancuh kuih bahulu,besar punya!



siapa suka sauna?tryla masuk! konfirm kuar jd debu..leh simpan dalam labu sayong..kan!
inilah dia microwave gergasi yang bakar labu sayong ni..aku tabik spring kat tauke dia sebb microwave ini merupakan subsidi kerajaan..dia leh dpt sbb bisnes dia sgt bagus..kepada kengkawan yang nak berniaga,contohilah dia..

BANGUNAN & ALAM SEKITAR 




ni kat pesisir sg perak..adik aku ckp,dulu 1st time dtg sini air sg dia rapat sgt..dah sama tinggi ngan tebing.pastu aku ckplah.."bukan banjir ke namanya tu?"..balas adik aku,"bukanlah,sg ni mmg mesra ngan tebing dia,x amik kesempatan pun,"(PULAK DAH!)

 
masjid ni slalu aku tgk kat buku teks Kajian tempatan time skolah2 rendah dulu je..sbb masjid ni diiktiraf antara masjid tercantik..skali,dah dtg sini,apa lagi crlah masjid ni..nak tgk dr dekat..
subhanallah..mmg cantik..shot pun cantik!

 
yg ni aku frust,kunun2 nak amik pic istana ni..kot2 nampakla Raja Nazrin minum ptg..skali xdpt sbb istana ni dikelilingi oleh pepohon2 yg rimbun..hahaha,siyala ayat aku ni.
aku agak tabik dgn persekitaran istana ni,sbb dia bg pelawat round sekeliling istana walaupun x masuk istana...cuba korang gi Istana johor,istana negara,istana n.sembilam...korang nak dekat pun,silap2 aribulan kena tembak dah..kiranya istana ni mesra rakyat la.


parents aku suka gile tgk muzium ni..kami dtg lewat 30 min,dah tutup..tp tgk anyaman dinding dia kat luar tu pun dah wat bapak aku menjerit2..cantik wo...

 
nilah rupa pekan Kuala Kangsar time waktu malam,xdelah happening sgt tp sweet..kalau nak bandingkan ngan pekan Tenom n Pekan Pd,kul 7 mlm dah golap! yg bukak pun 7E je..kat sini happening lagi..tp xdela karok n nite club ok...ko ingat ni pekan LAS VEGAS per..

 
ni pulak rupa pasar tani yg aku jumpa ngan MEOR exrumate aku dulu..bapak aku kalau bercuti kat pekan2 kecik ni mmg dia cr pasar..tgk mende2 pelik kat tempat orang...tp mmg betul,benda2 kat kl mmg xde kat sini..xcaya..korang gilah sendiri...

MANUSIA



ni jibaok(kanan) yg kitorang kena amik dia kat UITM dia..adik pompuan aku lah....nyusahkan je..ish!

 
 pasni,aku plan nak travel ke MANILA..siapa nak ikut?siyes ni?

 
nilah exrumate aku(MIOR KHAIRUL AZREN) yg aku jumpa kat Pasar Tani Kuala Kangsar..tp xdelah dia dressup bw bag bagak ni..sempoi je..suar pendek siap gi beli paper je...

Thursday, January 21, 2010

GLEE better then HSM..

ok! ok! bertenang!
aku tau adrenalin korang tgh memuncak sbb tgk GLEE semalam..exspecially,lagu2 dia yang agak best compare then High SChool Musical...b4 drama siries ni nak kuar,aku ada gak baca pasal drma ni smp cetus fenomena kat US bile 1st time ditayangkan..then,drama siries ni plak sapu award 4 best comedy n musical series kat Golden Globe...lagilah wat aku mcm x sabar nak tgk..so,mlm td pas aku tgk American Idol,aku terus jelah tgk tayangan perdana ni kat TV...




overall mmg thumbs up n better then HSM sbb xde isu kekanak2an walaupun ianya berlatarbelakangkan dunia high school...lakonan dia pun agak realistic,xder fairy tale sgt, dan karekter dia sgt muhibah n ada pelabagai jenis manusia kat skolah diorang..so apa lagi,next week kenala tonton.its every wednesday,9.00pm on starworld(711).

sinopsis:
mengisahkan seorang guru yg ingin mengembalikan kegemilangan kelab Glee (mcm kelab koir) yg telah ditinggalkan oleh guru lama mereka(gayish giler)..then cikgu baru ni membuat ujibakat dan mempunyai  sebilangan kecil sahaja ahli(x lebih 10 orang pun) sehingga satu hari beliau cuba mencari jalan untuk mepengaruhi pelajar lain menyertainya termasuklah pelajar dr kelab lain..so..sambungannya kenalah tgk sendiri.huhu

KERABAT dan Penduduk KG Petrosains

Ya Allah,sebaik sahaja aku post isu mengenai Keluarga ku di Petrosains,pelbagai feedback aku perolehi..ada yg nak kenal ngan sipolan lah,ada watak utama tertinggallah smp mengharukkan keadaan.Tetapi,jgn bimbang sbb watak2 ini akan terus diperkenalkan dr masa ke masa kerana bil ahli keluarga dan penduduk Kg Petrosains akan Bertambah..Yihaa...so kali ni..aku akan post watak2 kerabat dan penduduk2 kg di sini..
 
ABG LONG

lupa pulak nak khabr yg sebenarnya ini adalah watak utama yg tercicir..bila adik beradik aku baca je blog,terus dioarg caras aku,tuduh aku buang abg..astaga..bukan begitu adik beradik...degrlah keluhan hati ini..
sebenarnya susah nak cr pic along ko,nipun rezeki aku godek kat album profil aku...xnmpak muka pun xper,sbb abg long aku ni sudah berumah tangga..so,bg kaum hawa diluar..kami anak2 abah yang lelaki ada 3 org lg..abg long aku ni jgn main2 bab agama,kalau ada kemusykilan,bolehla merujuk pada beliau..
walaubgmanapun,abg long aku ni sporting giler...kalau bab2 it dia mmg taikun..ko tgk dia pegang kamera pun dah tau...

ATAM
 
hah..ini lah dia sepupu kami...nama dia apin..gelaran dia atam the bibir queens...kenapa bibir?
dulu,time kecik2 suka main merajuk...pernah skali abah kitorang besit dia ngan rantai emas pusaka nenek(tetiba) gara2 sabotaj letak chewing gum kat hp abah...terus menangis n merajuk...tu yg time merajuk bibir mencebik ke luar tu...leh sangkut hanger dah! nakal si atam ni!
lagi satu...kecik2 dah pandai dah request dada jantan yg gulp2,,haha..nasib baik anak2 jantan abah sume berdada boink! boink! kalau x abis kena kacau!

PAK USU
 

PERHATIAN! anak2 abah paling gentar dgn Pak USU..giler korang...Pak Usu kalau jegil mata je dah leh wat kami adik beradik sit up!giler kan!
pak usu ni bukan lah garang,tapi personalitinya kuat sgt...dominan omputih sebut...kalau dia jerkah,abis hidupan dirimba bertempiaran dan ombak dilautan bergelora..cewah!
IN TERM OF WHAT?
itu kena tanya dia,tagline dia tu...satu  lg peklon dia kalau dia soal,dia sendiri yg jawab..
Ucu kami paling manja ngan dia...x gitew!

OSHIN


cantik x pose dia! inilah bintang Kg kami..dia ni kira ala2 wanita rebutanlah oleh para jejaka kat kg kami ni..tp dia rapat gak ngan keluarga abah...cuba tgk spek kat atas tu..spek along aku tu!kan!
Oshin ni,sgt brutal walaupun gadis diatas pentas..(ye ke?)
skali kalau dia bersuara,dah tercabut atap2 zink kat kg kami ni..abis abah gak amik upah baiki umah orang..
tp sekali oshin perform atas stage,lebih2 lagi kalau menari...terkandas akidah korang sbb sheikh yg merasukinya tu bukan calang2..semangat Beyonce ok!
kalau oshin gelak...korang sure sempat buat airnya kat pantry sbb gelak dia makan masa,kalau dia gelak lg...korang leh punch kad pastu cancel kejer korang untuk esokk plak!


BANG CHIK
 

bang chik ni,kalau ikut turutan adik beradik kami...dr alang ke atas je yg rapat...yg bawah x sempat kenal sbb time bang chik ada,kitorang x dilahirkan lagi...sbb abg chik skarang ni jadi taikun eksport Dinosour kat luar negeri..so,dia pun kdg2 x tetap duduk mana...tp,time2 raya tu adalah balik kg skali skala...
kalau korang nak borak ngan abg chik ni...standby extra 1 jam sebb,satu jam pertma akan ada contend2 mengenai kerjaya dan planning(bisnes)...1 jam kemudian barulah masuk air..sorry bang chik,ni sumer kata2 kakak2 kami!

JIRAN SEBELAH
 

tgk muka ngan pose pun dah tau kan perangai anak jiran sebelah ni...nama dia lutfi..nakal ya rabbi..tp abah kata lutfi ni baik...abah x tau yang lutfi nilah yg tutup bekalan air umah kita time raya dulu..hahaha
tp,kalau ptg2 lutfi ni lah yang bawa kitorang main PSP...maklumlah,kitorang famili org kg je,main konda kondi ngan adik beradik..tp,sbb lutfila anjang ngan ateh kumpul duit beli XBOX...lutfi ni gak suka nyakat anak2 pompuan abah...tp,dia ni cool sbb skali kalau dah masuk kepala..dah xleh pisah dah paler tu...
Lutfi ni gaklah yg slslu antar kuih talam bulan2 puasa...tp kuih tu mcm dah berusik je(musykil)

TOK PENGHULU
 

meletopkan tok penghulu kami...dgn tongkat tu..skali dia libas kat korang..pasti leh diri 8 jam..hahaha
tok penghulu ni lah pencetos kami adik beradik...kalau dia x izinkan kami bersama,mmg xdelah aku nak wat tribute giler ni...tok penghulu ni orangnya senyap je...tp kalau dia bersuara,org2 kampung mesti tunduk..karisma tu beb!
tp kalau paper prob berlaku,dia backup BESAR PUNYA!
Abah dulu pernah gak nak bertanding jawatan penghulu ni,tp kami anak beranak x setujula sbb abah lebih sesuai jd exco kerohanian kat surau je..
ampunkan uda bah!