Sunday, December 20, 2009

Tahniah Harimau Malaya

aku x pernah lagi bagi ulasan mengenai dunia sukan kat blog aku ni..rata2 yg baca mesti mcm pelik sbb kelazimannya isu yang aku ketengahkan adalah mengenai dunia seni..tetapi,hampir 3 malam aku berfikir,aku membuat keputusan untuk meluaskan lagi konteks perbincangan aku didlam blog ini..jadi kepada para pembaca jangan nak pening kepala,ianya cuma sedikit penambahan idea sahaja..xde apa yg kurang...

sebelum itu,aku nk ucapkan jutaan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yg telah membawa pulang pingat emas di sukan sea laos, baru ni..aku memang kaki bangku,dan follow bola malaysia semenjak kita menang pesta merdeka(team yang sama) je then aku gila2 time world cup je..so,info mengenai dunia bola ni just 30% je aku ada...haha..jgn nak kutuk aku pulak..

ok2.sejarahnya,aku tau kta mm lama x merasa pingat emas dalam mana2 sukan besar..paling baru dulu pun,kita dpt balik jadi juara pesta bola merdeka,kalahkan myanmar..itupun,masih ada lg pengkritik yg bising kata sebb kita lawan ngan team yg lemah sbb time tu thailand n vietnam x join..

n now,sukan sea pelengkap segalanya..anak2 buah k.rajagobal dah buat pengkrtik sukan tempatan sonyap(bak kata org n9)..walaupun mlm tu gol sendiri,tp aku tabik kat performance diorang yg aku sendiri..mlm tu aku dah nekad..kalau kalah skalipun,aku tetap puas hati(yeke?bukan ko kata nak bakar speaker home teater ke?)pergh,aku juga ucapkan tahnia kpd penyokomg vietnam sbb diorang sgt beradab,sbb walaupun diorang kalah,tp aku x dengar pun insiden pergadohan berlaku,,syabas vietnam!(lain kali jgn wat statement berlagak dlm paper ye)

aritu pulak aku sgt patriotik..dah lah keje,balik kul 6,bos aku siap wat roll call ala2 meeting penting!! siap gadoh2 lagi...abis keje terus balikla..hahah
nasib baik smpt tgk sepruh masa kedua,tu pun adik aku dah wat statement siayal..'Vietnam dah lead 2-0 bang." siyal kan??bagi aku tarik muka je..ceh.

muka bgsat tu mcm bos aku lahtu...

.hurraayy!!!

aku pun siap bertuala je tgk bola...bila dah score satu rumah jerit...maghrib pulak tu..apa la nak jadi ngan keluarga Mat ROsli ni...isk2... itulah ragamnya bila penyokong Malaysia menonton dr rumah..yg paling best gak ,bile aku nak nangis tgk mak aku nangis.yelah beb,berapa lama kita nak kena entam n caci...ini peluang kita menang,kita patut bersyukur...



tahniah...
kepada semua pemain secara langsung mahu pun tidak,Baddrol Bakhtiar, Faizal Abu Bakar, Fadly Baharom, Khyril Muhymeen Zamri (Kedah), Farizal Harun, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak, S. Kunalan, Shahurain Abu Samah (N. Sembilan), Nurul Azwan Roya (Johor FC).Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom, Amirulhadi Zainal (Selangor), Kamarul Effandi Abd. Rahim, Razali Umar Kandasamy (Perak), Ismail Faruqi Ashari, Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu), Ahmad Fakri Saarani, Farizal Marlias (Perlis), Norshahrul Idlan Talaha, Syed Adney Syed Hussein, Bunyamin Umar (UPB-MyTeam) serta Ahmad Azlan Zainal, Ramzul Zahini Adenan (Kelantan).terima kasih kerana memulangkan kembali maruah kita sbagai anak MALAYSIA. setelah menjadi skuad kebangsaan, diharapkan jgn terlalu mengejar ranking..kita pulun semua perlawanan, kita kembali semula menjadi gergasi utama dirantau ini...doa kami rakyat malaysia akan bersama anda.

No comments:

Post a Comment