Wednesday, January 20, 2010

Aset Negara Yang Perlu Dihargai

Arini,bila aku gi kat google search n try cari info pasal Malaysia,aku terkejut sebab xbanyak  info yang menarik diketahui oleh dunia.Bila dibandingkan dengan negara2 jiran yang ada,maklumat tentang kita(MAlaysia) memang xbest langsung...Yelah,Indonesia ada Bali,Thailand ada Phuket n Filipina ada Cebu...bila Malaysia diorang mention Penang je,tupun ranking yang last2..kutuk2 sebab pantai kat penang x sebest pantai negra2 jiran...disebabkan semangat Patriotik yg ada,aku terus listdown aset2 negara yang boleh dibanggakan,yang ada kat negara kita je...yg perlu kita tunjukkan...


Legasi P.Ramlee

mungkin ada yang terperanjat bila aku listdown tokoh budaya dan karyawan ni...aku menganggap bahawa dia dan juga legasinya menjadikan Malaysia lebih unggul didalam persada seni.Siapa yang tak kenal karyanya seperti Seniman Bujang Lapok,Ibu Mertuaku,Penarek BEcha,Laksamana DO RE MI,Musang Berjanggut,6 Jahanam,Madu 3 dan sebagainya lagi yang pernah mendominasi anugerah2 perdana pada eranya.
Muzik hasil ciptaannya juga sememangnya berjiwa melayu dan meraih perhatian masyarakat dengan mudah.Karekter seniman ini yang ringkas dan humor sedikit sebanyak membuatkan namanya diberi perhatian.Pemergian seniman ini sememangnya meninggalkan kesan dan pengaruh yang hebat kepada tanahair kita.Jadi hasil & karya beliau menuntut kita untuk menghargai aset anak Malaysia

PUTRAJAYA


Bandar baru hasil idea mantan perdana menteri,Tun Mahathir ini amat sesuai dikatakan sebagai aset penting jika dibandingkan dengan struktur bangunan yg lain seperti Kompleks Sukan Bukit Jalil dan KLCC.Ini kerana nilai kesenian dan kebudayaan melayu amat jelas dilihat pada pengaruh setiap bangunan di Putrajaya.Tambhan pula,sistem pembandaran yang terancang ini memberi kesan terhadap persekitan hidup masyarakt setempat.Jadi,sebagai rakyat Malaysia,kewujudan bangunan ini wajar dibanggakan.

Teh Tarik


Siapa orang Malaysia xpernah minum teh tarik angkat tangan?Meh aku pelangkung ngan dulang dulu...Bagi aku teh tarik ni dah  sebati dgn amalan hidup kita...kalau x breakfast ngan teh tarik,cikai2 pun tgh mlm kang lepak ngan member pun teh tarik gak...Bapak aku yang elergik susu pun boleh jd hantu teh tarik,macam mana nak jawab?Teh tarik ni dah jadi lambang penyatuan budaya dan gaya hidup org Malaysia.Sampai ada yang nak terbangkan teh tarik ke angkasa...sempoi!

MAK YONG


Korang pernah tgk Mak YONG?bukan KAK YONG kelab kanak2 angkasapuri...MAK YONG adlah antara kesenian Malaysia yg diiktiraf oleh UNESCO...bg siapa yg xpernah tgk MakYong,baik pegi sbb
Mak Yong sgt best!
Ianya adalah gabungan teater,tarian dan nyanyian dlm satu persembahan yang diolah dgn begitu cantik dan selalunya menggunakan dialek Kelantan..Lagi satu,mak yong ni bukanlah gunakan bahasa yang susah kita nak paham pun sbb kadang2 terselit gak unsur2 humor yg urban..sbb kawan aku dr oversea pun faham jenaka dlm Mak Yong...bagi aku,kalau korang xtgk mesti kata x best..tp xkenal maka x cinta...

SONGKET
 
harap2 xdelah kontroversi bila aku listkan songket sbg aset dan warisan yg perlu kita hargai...bukat apa,dulu bila kita sibuk upgrade batik smp ke peringkat dunia,abis kena hentam ngan jiran sebelah..padahal sama akar umbi..tp,kalau songket ni bukan sekadar kita sahaja tp semua orang perlu hargai sebb warisan ni dah lama ,dan x mustahillah ada songket yang boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit..Songket x silap aku memg hampir semua orang ada kat umah sbb time raya br nak pakai.Lagi satu,songket ni janganlah basuh dgn washing machine...silap aribulan ,dapat badi dia nanti..hehe

HUTAN BELUM,PERAK


mula2 aku dengar pasal hutan ni time pas abis blajar kat USM,skali aku check hutan ni sgt amzing sbb flora dan faunanya belom diterokai  sejak dulu lg..dan kerajaan pun dah mulakan peranannnya menjaga hutan ni demi generasi akan datang.DI hutan ini juga terdapat beberapa spesis tumbuhan yang jarang ditemui di planet ini.Diharapkan ianya akan menjadi sehebat Amazon kalau kita sbg manusia benar menjaganya.(jgn berangan nak jadikan hutan ni mcm PANDORA plak...)


NICOL DAVID


anak jati pulau pinang ni mmg aku tabik.kalau korang x paham permainan skuash,mesti korang ckp apalah sgt game ni,atok aku kalau main pun leh champion.Cuba korang plak try main,konfirm rasa mcm nak mati nye..
Skuash antara permainan yg susah aku pernah main.dan disebabkan anak Malaysia sorg ni dah mengunggulinya di pentas duni,jadi aku nak bg standing ovation kat dia.
CLAP! CLAP!CLAP!
Dahla muda pastu ranking no 1 dunia.Bg aku,penghargaan kat dia adalah untuk membuktikan bahawa anak2 Malaysia boleh pergi jauh..Dan Nicol David dah mulakannya...korang bile lagi..

PULAU SIPADAN,SABAH
 

 Antara pulau yang paling strict nak masuk sbb kemasukan pelancong adalah disukat.Lagipun pulau nilah yg jadi rebutan antara kita & Indonesia.Paperpun,landskap lautnya antara 3 terbaik didalam dunia kerana terumbu karangnya sgt sihat2 dan mempunyai pelbagai jenis spesis yg jarang ditemui.Diorang sukat kemasukan manusia atas dasar menjaga keselamatan pulau itu sebenarnya.Menurut kwn aku yg org sana,korang kena apply lesen masuk setahun sebelum tarikh yg korang mintak..angkat ko!

JIMMY CHOO


mana2 perempuan dlm dunia ni mesti berangan nak pakai kasut mamat ni.bukan kasut kat kaki dia,tp kasut ciptaan dia.Nama2 besar seperti Lady D,Britney,Margaret Tatcher,Queen Rania,Queen ELizabeth pernah menjadi antara pelanggan2 utama kepada anak Malaysia ni.Hasil ciptaannya memang ekslusif dan berprofil tinggi dan dia merupakan antara taikun kasut terhebat didunia.ada berani gilah KLCC...try beli sebelah kasut je,menjerit duit korang!!!

KARTUNIS LAT
 
Bapak aku antara peminat kartunis ini.Anak kelahiran Ipoh ini bukan sekadar melukis diatas kanvas,tetpi menyampaikan cerita dan mesej melalui pengalamannya.Uniknya kartun beliau  mempamerkan budaya hidup sebenar rakyat Malaysia dan mempunyai nilai2 moral yg sgt tinggi .Namun kebanyakkan karya beliau adalah didalam bahasa inggeris dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa,dan telah diterjemahkan kedalam 15 bahasa asing termasuklah Jerman,Jepun,Peranchis dan sebagainya lagi...Bravo!!

CHEF WAN


Beliau pernah dinobatkan antara chef terbaik di dunia mengalahkan Jamie OLiver ok!
Siapa x suka tgk celotehnya yang sgt selamba,mengusik tetamunya di dlm televisyen.Inilah berkat dan bakat yang ada pada anak Malaysia ini.Terdapat desa-desus menyatakan bahawa beliau akan menjadi anak Malaysia pertama yg muncul didalam rancangan OPRAH!(sempat lagi  ke)
Beliau bukan sekadar chef yang hanya tau memasak tetapi beliau juga mempunyai bakat didlam bidang lakona.Penah tgk citer Lurah Dendam ngan Baginda.Disebbkan mulut becoknya juga,beliau disayangi oleh peminat2nya.
jadi bakat dan pencapaian beliau ini perlulah dihargai kerana tiada lawan yg boleh menggugat kebolehannya.

 GENERASI MUDA



Inilah harta penting negara.Anak2 muda kita sbb diorang nilah yg bakal menerajui tampuk kepimpinan negara.
Tapi yang sedihnya,anak2 muda kita ni ada diantara mereka dah rosak,terlibat dgn dadah,mat rempit dan sebagainya lagi.Ada pula yang kecik2 lagi jd mangsa x berdosa dibuang oleh mak bapak(kes buang bayi),diculik dan diperdagangkan.Kadang2 terpikir juga,kalau skarang  nilai kemanusiaan dah pupus,apa yg sebenarnya kita terapkan kat generasi muda kita hari ni ?
tapi,masih ada lagi harapan apabila ada diantara generasi kita telah mencipta nama.Jadi,kita sbg yang lebih berpengalaman,teruskanlah menyokong mereka!










 






4 comments:

  1. aku suke blog ko.. aku suke semua.. good job bro.. weih, aku ade bende nak bg kat ko ni.. kalu ko nak la.. kalu taknak takpe.. ko check ni http://curseshadow.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. tenkiu2...follow blog aku
    nanti aku follow ko..hehe

    ReplyDelete
  3. eip! aku suke ko masukkan hutan belum tu!! memang best amat dan sangat indah oke tempat tu..*since ak keje wat research kat sane lebih stahun kot* n i definitely jatoh chenta oke!! uhhh...tp sayang babe, tempat tu gradually dah kne selongkar oleh org2 y tak btanggunggjawab..*uhh, ak syg alam skitarrr* tp there's no way we can stop them T_T

    ReplyDelete
  4. sirius ke?hutan belum tu supposedly diclaim sbg antar hutan yg blom ditroka ke?siyal betul...we shuld do smthing!

    ReplyDelete