Thursday, January 14, 2010

Iktibar dan Pengajaran

Hari ini merupakan hari ulangtahun aku yang ke-24.Normally,angka ni merujuk kepada usia yang agak mantap kerana selalunya waktu ini semua orang sudah tamatkan pengajian dan memperolehi kerjaya.Tetapi aku,alhamdulillah berjaya menamatkan pengajian,cuma masih merangkak lagi dalam mencari kerja yang bagus.Sepatutnya hari ini menjadi hari yang paling gembira utk aku sbb ramai yang wish birthday aku sehingga individu yang xpernah terpikir pun ada selitkan ucapan kat wall facebook aku..terima kasih semua..tetapi,sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.

Aku menerima sms dr ibuku ketika aku berkerja.SMSnya menyatakan bahawa atukku telah meninggal dunia pada 1 Januari lepas..aku terkedu seketika dan sememangnya mengganggu benak otak aku.Aku tau,ramai tertanya2,mengapa aku x bersedih ke atas pemergiannya dan mengapa baru hari ini aku tahu pemergiannya

Aku xtau nak berkongsi dgn siapa,sebb semua org tidak tahu masalah aku ini...biarlah ringkas aku menyatakan bahawa Arwah atuk satu ketika dahulu telah memutuskan hubungan kekeluargaan dengan anak2nya termasuklah bapaku.Namun,hanya seorang saja anak yang dia percaya iaitu Mak Long aku yang JAHANAM!!! dr dulu lagi dia benci akan ibuku,dan sering menuduh ibuku mempunyai ilmu hitam (padahal dia yang pakai bomoh).Dia juga menuduh ibuku membuatkan anak perempuannya gila,padahal keluarga aku nilah yang menolong anak perempuannya sakit satu ketika dahulu.kerana taksub dengan ajaran yg bukan2,dia sanggup menghasut orang lain supaya membenci ibuku..

Ada satu ketika selepas permergian arwah nenek,kami sekeluarga pernah dihalau oleh Mak Long dan arwah Atok..tetapi,ibu hanya berdiam diri kerana ibu percaya bahawa kami sekeluarga hanya perlu mengikut keputusan ayah.selepas kejadian itu,atok mula memutuskan hubungannya dengan anak2 yang lain kerana mereka menyokong kami..dan sejak itu,bermulalah episod luka selama 5 tahun yang mana keluarga aku ini saling berperang di Medan Mahkamah.

Ini semua gara2 merebutkan harta pusaka nenek yang ketika beliau hidup,Mak Long ku telah menandatangani hibah dgn menyatakan bahawa bahagiannya akan diberikan kepada orang lain dan dia tidak akan meminta satu sen pun...namun,dasar ajanji yahudi,setelah pemergian nenek..mak long muncul dan menuntut kembali haknya..dia tahu dia telah membuat silap..tetapi dgn menggunakan arwah atok,dia boleh mendapatkan haknya kembali...dia mempengaruhi atok utk membatalkan hibah tersebut dan menuntut harta nenek mengikut kaedah faraid...disebabkan kesilapan inilah yang membuatkan perjuangan arwah atok tersadai dilandasan yang salah...

Arwah atok bukanlah orang yang baik,tetapi dia juga bukan orang yang jahat.Aku sbg salah seorang cucunya pernah kelihat kesempurnaan org tua ini.Dia hanya berubah ketika sisa2 hidupnya mahu berakhir ditambah pula dengan hasutan tamak mak Long aku yang gila..Kiranya benar atok aku ini orang yang jahat,sudah pasti aku tidak pernah merasai kasih sayangnya..

Mungkin cerita aku ni boleh dipandang enteng oleh sesetengah pihak,tetapi ramai juga yang tidak tahu akan kesusahan yang dilalui oleh kami sekeluarga.Kami dipulau oleh org kampung kerana memprcayai kata2 Mak Long.Kami juga sukar utk berhadapan dgn orang ramai apabila menyambut hari raya.Ada satu kisah dipagi raya,apabila ayah dan adik cuba memujuk arwah atok untuk berdamai di pagi raya yang mulia.tetapi,ianya tidak berlaku apabila ayah diherdik dimaki dan dihalau ke luar rumah..Ayah aku seorang yang sgt garang tetapi pagi itu dia menangis kerana terlalu sedih dan baginya dia tidak ada sesiapa lagi melainkan kami...

Aku tahu darah arwah atok mengalir dlm tubuhku.dan ada ketikanya ayahku berperangai seperti atokku,tetapi kejadian ari ni benar2 membuka mata aku, agar menjaga hubungan keluarga sendiri.Aku ingin berpesan kepada semua termasuklah keluarga,sahabat dan kenalan...walaupun kita memarahi seseorang,janganlah smp kita membencinya..kerana benci itu adalah kenakalan neraka.Dan aku tetap menyayangi atukku walaupun dia tidak menerima kami seadanya...

AL FATIHAH
Abbas B Zainal

4 comments:

  1. bersama kita berjuang untuk tidak menjadi seperti mereka... kita masih berpijak di bumi nyata. memang nasib kita dihina dan di keji...tapi bukan bermaksud kita menyerah dan merelakan begitu.memang darah abas zainal ada dalam darah kita...tapi kita tahu diri kita tidak mencerminkan abas zainal.tapi apa yang aku tahu, aku kan berdiri menyokong di belakang keluargamu..begitu juga keluargaku. Dan aku tahu kita dipayungi lindungan Allah Yang Maha Panyayang.Semoga yang terkandas menerima balasannya...Amin

    ReplyDelete
  2. =) sume org ade cerita di sebalik kegembiraan. its how u face it. senyum, Tuhan menduga org y beriman...

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah. Aku bangga membaca setiap bait dalam post ini. "dan ada ketikanya ayahku berperangai seperti atokku". YES!! Sangat!! Walaupun aku tidak kenal datok hang itu. Aku doa yang ditinggikan darjat di sisi Allah dan dimurahkan rezeki. I love u brother - Jumie S. |Sedang online pakai acct Sue sebab tengah update page THO Red Gincu!

    ReplyDelete
  4. haha..sempat lagi pakai account org..hee

    ReplyDelete