Monday, February 16, 2009

salam perkenalan

hello kalian,

mungkin ada yang tertanya-tanya,siapakah gerangan saya didalam menyertai dunia blog ini...mungkin ada yang menyangkakan kehadiran saya adalah sekadar suka-suka meluahkan apa yang terbuku,yang terlintas dan yang terpendam didalam hati ini.Saya hanya sekadar orang biasa,yang mahu menggunakan peluang kebebasan bersuara sbg satu percubaan untuk mematangkan diri saya,meningkatkan kemahiran sosial secara ilmiah.mungkin ada yang tidak suka dengan pendekatan ini,tetapi sekurang2nya,izinkanlah saya menjadi diri saya sendiri.

disini,saya hanya memberi pandangan terhadap apa yang berlaku didalam persekitaran hidup khususnya didalam bidang seni dan kehidupan.ini kerana saya mahu menggunakan kemahiran dan pengetahuan saya untuk diaplikasikan didalam dunia sosial yang sebenar.Bagi mereka yang menyokong saya,terima kasih.Bagi mereka yang tidak,juga terima kasih kerana menjadi sebahagian drpd pengkritik yang saya hormati.

saya merupakan seorang mahasiswa Usm tahun akhir didalam bidang Antropologi & Sosiologi yang meminati dunia muzik,politik dan sosial.Saya juga merupakan seorang sukarelawan dan telah berkhidmat didalam bidang ini selama 2 tahun.Saya pernah mengikuti program2 anjuran Petronas dan Kementerian Belia dan Sukan.

Penglibatan saya disini telah membuatkan saya melihat satu perubahan yang drastik didalam masyarakat kita.Dan,saya merasakan inilah masanya saya melakukan sesuatu bg memperjelaskan apa yang saya lihat.Sesunnguhnya,tiada siapa yang betul dan salah disini..kerana manusia tidak pernah sempurna.Diharapkan kalian semua,memperolehi sesuatu yang bermakna didalam blog ini...

sekian,

ART

No comments:

Post a Comment