Tuesday, February 17, 2009

Proton Exora - Malaysians MPV


salam kalian,

hari ini,satu kejutan berlaku apabila Proton Mpv telah diberi nama sebagai Exora.Syabas bagi mereka yang menang kerana memiliki proton MPv secara percuma.Disini,selaku warganegara Malaysia,saya berbangga diatas pencapai proton yang telah berjaya mencapai satu tahap baru dengan melahirkan MPVnya sendiri.

bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia automotif,sudah pasti telah mendengar kehadiran keluarga proton baru ini sejak awal tahun lalu.Berita baik ini turut diikuti oleh bapa saya, yang sememangnya bercadang untuk menambah sebuah lagi kenderaan.Jadi desas-desus kemunculan Proton Baru ini telah membuatkan ayah saya untuk memilih MPV terbitan proton sebagai pilihannya. Jadi ayah saya telah membuat tempahan awal, dan hanya menunggu waktu keluarannya sahaja.Jadi selepas ini,sy sendiri berpeluang mengendalikan MPV baru keluaran proton.

Apa yang menarik mengenai MPV ini selain harganya yang sgt berpatutan adalah ruang panel meternya kini adalah digital dan mempunyai skrin lcd untuk tontonan penumpang dibahagian belakang (2 skrin lcd).secara logiknya ia sudah cukup untuk memenuhi kehendak penumpang. Bagi keistimewaan yang lain pula ,akan saya jelaskan pada bulan Mei ini,setelah saya puas mengendalikannya.hehe

sekian,

ARt

No comments:

Post a Comment