Sunday, February 22, 2009

Tahniah !!

salam semua,

terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada semua,(ada ke peminat?) kerana terlewat menyiarkan isu-isu menarik kerana 2-3 hari ni kesihatan saya agak terganggu.Jadi setelah sembuh dari demam,saya telah menghadiri ujibakat WCPA 2009 yg diadakan di Queensbay Mall petang td,tetapi terlebih dahulu sy ingin memaklumkan bahawa kehadiran saa bukanlah untuk menyertai ujibakat ini tetapi sekadar ingin menyokong beberapa orang teman yang terlibat.

sebaik tibanya disana,saya disajikan dengan halwa telinga yang agak baik kerana seorang peserta wanita sedang asyik menyanyikan lagu asli.walaubagaimanapun,saya begitu yakin bahawa didalam kategori nyanyian ini,Malaysia sukar unuk menghantar wakil dari golongan amatur kerana diperingkat antarabangsa nanti,kita akan berhadapan dengan pencabar-pencabar dari negara2 luar yang mempunyai bakat-bakat hebat.bukan tidak yakin dengan bakat tempatan.Tetapi perlu ada bakat2 yang berprestij tinggi untuk mewakil Malaysia.

kehadiran saya di Queensbay Mall itu adalah untuk melihat bakat seorang penari muda yang agak hebat diatas pentas.Dalam kategori tarian,ianya menampilkan persaingan antara Shalina dan Nato.Shalina yang juga merupakan penari terbaik festival zapin 2008 (MAKUM) mempertarungkan zapin sarawak manakala Nato pula memilih Zapin Kontemporari sbg pilihannya.Kedua-dua bakat ini mempunyai keistimewaan mereka sendiri,sehingga ada dalam kalangan penonton memerikan tepukan gemuruh kepada mereka berdua.

Akhirnya,mereka berdua terpilih untuk ke peringkat seterusnya di Kuala Lumpur.Perjalanan mereka ke Hollywood telah bermula dan akan turut dicatatkan didalam blog ini.Tidak lupa juga saudara Johanis kerana terpilih keperingkat berikutnya didalam kategori Lakonan.Diharapkan,ada diantara mereka mendapat tempat unutk mewakili negara.Tahniah dan selamat berjuang!!

sekian,

ART

No comments:

Post a Comment