setelah tugasan kampus ku hantar pg td, aku mempunyai masa yg sgt panjang untuk fokus dengan blog aku ni.Hurm,menulis dan mengkritik tentang seni bukan senang apatah lagi aku yang tidak mempunyai didikan mendalam tentang bidang ini.Tapi aku percaya,pandangan org biasa seperti aku lah yang meletakkan harga sesebuah karya dan bakat kerana dunia seni memang prejudis.Hari ini aku ingin bercerita tentang vokal2 gila yang pernah aku dengar dan mampu membuatkan aku memberikan standing ovation kepada mereka.Walaupun mempunyai vokal yang baik,tak bererti aku adalah peminat mereka.Kita semak satu persatu...
1) REGINE VELASQUEZ

2) ANTHONY FEDOROV

Beliau merupakan finalis American Idol bagi musim ke4.Kemunculan beliau dipertikaikan kerana mempunyai imej Clay Aiken(nerdy). Walaubagaimanapun, anak kelahiran Ukraine ini telah menghangatkan pentas American Idol dengan vokalnya yang persis seperti Marc Anthony dan Clay Aiken.Belian pernah membuatkan SImon Cowell terpaku dengan persembahannya ketika menyanyikan lagu Celine Dion,I Surrender.Semenjak itu,walaupun beliau tidak ke pentas akhir,beliau tetap memiliki bakat,pesona dang pengaruhnya sendiri.Inilah bakat sejati dari Ukraine.Beliau juga pernah menyanyikan lagu kebangsaan US (national anthem)ketika perlawanan ragbi di Chicago.Tapi malangnya,beliau masih tidak memiliki album dan single.
3)DARYL BRUNT

4) Jaclyn Victor
Siapa tidak mengenali beliau?Secara umunya,rakyat Malaysia mengenalinya kerana memilih juara sulung Malaysian Idol.Kehadiran beliau di persada muzik tanahair bukan sekadar untuk meraih populariti,tetapi beliau merupakan satu dimensi angkatan baru yang membuka mata orang ramai akan kepentingan bakat.Beliau pernah menyertai Shanghai Music festival,IKON,Asian Idol dan pelbagai lagi pertandingan bertaraf dunia.Disini,keunikkan Jaclyn itu sendiri yang membuatkan saya memilih beliau sebagai antara pemilik vokal gila didalam dunia ini apabila berupaya menggunakan mic dengan jarak yang jauh.Hanya beliau dan Patti Labelle sahaja yang pernah melakukan aksi sebegini.
bersambung.....
ART
No comments:
Post a Comment