Monday, February 16, 2009

Relevankah lagi AF?

hello kalian,

baru-baru ni,satu Malaysia digemparkan dengan berita mengenai Mas AF2 yang ditahan di wad psikatri gara-gara tingkahlakunya yang agresif dibalai polis Ampang.Daripada sumber2 yang dipercayai Mas bertindak demikian kerana tertekan dengan kerjayanya dan ada juga yang membabitkan teman lelaki Mas sbg punca masalah yang dihadapinya.Akhirnya,kini Mas perlu berehat dan Maestro perlu melakukan sesuatu agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku lagi.

Didalam permasalahan ini,Mas secara sejarahnya merupakan janda beranak dua berasal dari kampung nun jauh di Tawau.Beliau pada mulanya,merupakan seorang penjual sate yang berubah nasibnya setelah dipilih memasuki rancangan realiti Akademi Fantasia.Sepanjang program itu dilansungkan,Mas merupakan antara pelajar yang mendapat perhatian ramai disebabkan staus dan latar belakang beliau.Walaupun tidak berjaya seperti rakan-rakan yang lain,Mas tetap diminati dan mempunyai kelompok peminat sendiri.Mungkin disebabkan terlalu bergantung kepada Maestro dan harapan itu tidak disempurnakan dengan baik,jadi Mas mengambil langkah untuk bertindak menyatakan sesuatu kepada Maestro secara tidak langsung dengan langkah yang salah.Mungkn bagi Mas,beliau menaruh harapan terlalu tingi untuk kembali ke persada muzik tanahair seperti rakan2nya yang lain,yang semestinya sudah mempunyai nama seperti Zahid,Adam,Farah,Bob dan lain-lain.

jadi disini berlaku pengabaian terhadap artis2 maestro sebenarnya kerana mereka terpaksa menjaga ramai bakat2 baru sehingga ada dalam kalangan juara sendiri masih gagal menghasilkan album sulung mereka ?jadi relevankah lagi akademi fantasia?mungkin ada bintang AF lain yang tertekan seperti Mas,tetapi apa yang dapat dilihat melalui tindakan Mas ini adalah beliau menyatakan kepada masyarakat bahawa AF itu sendiri tidak relevan lagi jika sistemnya masih sama,meyimpan bakat yang ramai dan mengabaikan bakat mereka disbbkan terlalu mengejarkan keuntungan.

Sekadar pandangan,bukan tohmahan,saya melihat AF ini hanya mempunyai 2 jalan untuk mengurangkan provokasi masyarakat.

1)sekiranya mereka mengambil bakat2 baru,pastikan hanya Juara sahaja yang mempunyai kontrak dengan Maestro.Bagi bakat2 yang lain,inilah dunia realiti yang sebenar,mereka perlu mencari peluang sendiri.Dan juara yang dipilih haruslah dipromosi dengan sebaik mungkin kerana mempunyai pihak pengurusan pastinya mempunyai perbelanjaan yang banyak,dan dapat meningkatkan kualiti bintang tersebut.sekurang2nya,mereka mendapat tempat yang sesuai setelah 9 minggu diperam didalam AF.

2)Af direhatkan selama 2 tahun.

secara iktibarnya,AF bukan lagi medan mencari bakat yang sebenar...apa yang berlaku kepada Mas mungkin akan berlaku kepada anda juga sekiranya anda tidak sedar bakat anda dimanipulasikan.

sekian,

Art

No comments:

Post a Comment