Thursday, February 19, 2009

Kerispatih vs Fazli Zainal = Anuar Zain

salam kalian

mesti hairan kan tgk tajuk blog ni? apa kena mengena diorang dengan blog ni.hehe..bukan apa,aku try belek2 paper kot2 ada isu best yang boleh kita kongsi bersama2,namun tiada yang menarik hati.Seperti lazimnya,isu skandal,isu rasuah,isu Mawi Ekin loya,isu renjer pegang kemaluan singalah semuanya hanya sekadar mahu menghangatkan pasaran akhbar.dan itulah,yang menjadi sebab saya memilih untuk menjadikan kisah hari ini sebagai isu yang boleh dibincangkan didalam blog saya ini.

kerispatih????Fazli zainal????Anuar Zain???? apakah semua ini?related dgn saya ke?oh no,its not.
sebenarnya saya sedang membuat persiapan untuk menghadapi ujibakat Bintang Usm y akan dijalankan pada hari Khamis minggu hadapan.Sebelum ini,pihak penganjur telah menyenaraikan 24 lagu yang boleh dipilih untuk dinyanyikan ketika sesi ujibakat it nanti.Sememangnya,saya telah membuat pilihan iaitu untuk menyanyi kan lagu Kerispatih iaitu Tapi Bukan Aku.Saya telah membuat persiapan dengan latihan gerak gempur yang saya sendiri lakukan dengan memperkasakan nyanyian saya terhadap lagu ini ketika cuti minggu yang lepas.Sementelah berada di USM,saya mempersembahkan lagu ini kepada rakan2 yang lain untuk dinilai...tapi malang skali apabila mereka lebih tertarik dengan nyanyian saya ketika mendendangkan lagu Fazli Zainal.Jadi disni wujudlah konflik dalaman iaitu saya bertarung dengan prinsip saya sediri.

Ini kerana jiwa dan hati saya lebih serasi dengan lagu Kerispatih sedangkan persembahan vokal saya lebih bagus apabila mendendangkan lagu Harapan(kata-kata kawan yang lain).Jadi saya mengalami dilema ini selama 2 hari.Dan ketika hari ujibakat di peringkat Desasiswa Restu,saya mengambil keputusan menyanyikan lagu Anuar Zain iaitu Lelaki Ini.dan saya berjaya melakukannya dengan baik.SYukur alhamdulillah.

kini,saya tidak pening sekali lagi kerana saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan juri ketika sesi ujibakat nanti...(tp still takut ngan Azmeer)jJadi doakanlah saya berjaya sehingga ke peringkat akhir.Mudah-mudah ada rezeki di akhir tahun saya ini.

Sekian,

ARt

No comments:

Post a Comment